MLM Coaching Program » · Register

July 2007


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh…

Saudara saudari yang dihormati,

rat-race.jpgPernahkah saudara/i membela tikus putih atau hamster?. Di dalam kandang kecil tempat ia bermain itu terdapat satu jenis alat permainan tikus yang berbentuk seperti Eye on Malaysia. Tikus putih atau hamster ini akan menghabiskan masanya berlari di dalam kitaran itu dan berlari dan berlari dan terus berlari… tetapi secara ironinya… dia tidak ke mana-mana, tempat nya masih sama. Tiada perubahan dari segi jarak tetapi saya yakin larian itu cukup memenatkan… tidak percaya, cuba bayangkan kita pula berada di tempat itu…

Robert T. Kiyosaki ada menyebut tentang putaran ini yang dipanggil “RAT RACE”. Ya… rat race atau perlumbaan tikus ini berlegar di satu tempat yang statik. Kita bergerak dan berpusing menggunakan seluruh tenaga tapi secara realiti, kita tidak ke mana-mana. Kita masih di takuk yang sama sebagaimana yang kita mula dahulu.

RAT RACE boleh diterjemahkan di dalam kehidpan kita sehari-harian. Saya ingin memberi satu contoh. Di dalam contoh ini kita adalah tikus yang berlari itu. Ahmad yang baru sahaja menjadi lepasan universiti mendapat gaji RM 2600 sebulan sebagai seorang jurutera muda. Selepas membeli sebuah kereta Honda dengan bayaran RM 700 sebulan dan sewa rumah sebanyak RM 800 sebulan. Beliau perlu membayar PTPTN sebanyak RM 300 sebulan dan mengirim kepada ibu bapanya sebanyak RM 300. Baki RM300 sebulan digunakan untuk keperluan perbelanjaannya. Baki gaji : Ahmad menyimpan sebanyak RM 100 sebulan.

Setiap tahun gaji dinaikkan sebanyak RM 150. Sekarang gaji beliau selepas 2 tahun bekerja ialah RM 2900. Beliau ada sedikit simpanan. Namun beliau merasakan sudah sampai masanya dia berumah tangga. Ahmad kahwin dengan seorang guru yang bergaji RM 2000. Hendak berkahwin kena besar-besaran… pinjaman peribadi dari bank rakyat diambil sebanyak RM 30,000, dan bayaran kepada bank adalah sebanyak RM340 untuk 8 tahun. (more…)

passive-income.jpgSuatu hari di dalam ceramah mingguan MLM yang saya sertai.. (saya pernah join MLM yer), seorang penceramah yang berpendapatan RM 60,000 sebulan berdiri di hadapan. Beliau merupakan seorang Ustaz yang mempunyai perniagaan konsultansi untuk memberi motivasi kepada syarikat ataupun pelajar2. Beliau juga mempunyai Mercedes Brabus hadiah dari syarikat MLM dan tinggal di sebuah banglo miliknya.

” Kalau Anda Orang Kaya… anda boleh goyang kaki….. “.

” Haaa.. cuba tengok saya goyang kaki ni… nampak tak macam orang kayaaa… “, sambil menggoyang-goyangkan kakinya.. dan disambut dengan tawa hilai pendengar termasuk saya.

” Tapi kalau Anda Nak Kaya…. Anda TAK boleh goyang kaki….. “, ujarnya dengar nada yang membentak dan serius menyebabkan kami terdiam….

Ya.. Ustaz ini memang kaya. Dan apa yang Ustaz tadi ingin sampaikan kepada pendengarnya ialah jikalau kita bekerja kuat, InsyaAllah, kekayaan akan berpihak kepada kita. Kita mesti kerja kuat untuk kita menandingi bangsa lain. Itu tiada kompromi. Walaubagaimanapun, pendapatan yang kita dapati daripada jerit perih usaha kita ini dipanggil PENDAPATAN AKTIF. Apa itu pendapatan Aktif? Di dalam bahasa yang mudah, pendapatan aktif adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita. (more…)

cashflow-101.jpgPernahkah anda bermain saham dan anda kerugian lebih daripada RM 15,000 kerana tamak dan kekurangan ilmu??.

Pernahkah anda cuba untuk berniaga kerana dorongan orang lain, mengeluarkan modal yang besar sebanyak RM 12,000 daripada simpanan anda tetapi akhirnya gagal??

Pernahkah anda membeli sebuah rumah bernilai RM 140,000 dan kemudiannya anda dapati lokasi rumah itu hanya sesuai diduduki oleh golongan jin dan makhluk sepertinya sahaja??

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan mengalami jantung berdebar mengenangkan masalah-masalah seperti di atas?

Mungkin anda tidak pernah. Tetapi itu adalah senario yang berlaku kepada saya. Percayalah bahawa ia bukan satu situasi yang menyenangkan. Ia adalah satu perkara yang anda mahu lupakan di dalam lipatan sejarah hidup anda. Walaupun begitu, ia menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya, lebih bijak dan lebih berhati-hati. Bak kata pepatah, “what cannot kill you makes you stronger”. Tetapi seramai mana yang boleh bangun semula dari kejatuhan ini. Apatah lagi jikalau kerugian yang dialami berjuta nilainya. Saya amat bernasib baik kerana diuji Allah di dalam tempoh yang masih kuat bekerja. Bagaimana mereka yang sudah tidak mampu.

Menjana pendapatan pasif daripada sumber pekerjaan sekarang bukan perkara main-main dan boleh dibuat sambil lewa. Ia memerlukan pengalaman dan ilmu kewangan yang sewajarnya. Ilmu boleh dicari daripada buku dan makalah yang sedia ada. Tetapi pengalaman yang ditimba itu juga sama peri pentingnya. Pengalaman saya adalah daripada “school of hard knocks”. Ketukan di kepala saya sangat kuat sehingga meninggalkan kesan mental yang mendalam (untuk pengetahuan anda, saya masih waras ye.. ). Saya yakin anda tidak mahu mengalami nasib yang sama. (more…)

cokelat.JPG

New art of advertising.. Cokelat ini dapat daripada syarikat yang tidak ada langsung kena mengena dengan cokelat. Satu daripada Syarikat Pilatus ( Manufacturer of single-engine turboprop aircraft) dan dan satu lagi daripada syarikat di mana saya berkerja BSE ( Consultant and Technical Services for Steel Mills) . Menarikkan ;) Anda pun boleh lakukannya. Fikirkan satu cara promosi yang agak pelik dan berkemampuan dengan perniagaan anda. Bila ada sesuatu yang pelik, orang akan ingat selalu.

Di dalam sesuatu perniagaan, khidmat pelanggan yang cekap amat diperlukan untuk berjaya. Bukan sahaja di dalam perniagaan online malah offline juga perlu menyediakan khidmat pelanggan yang cekap. Sudah semestinya bakal pelanggan akan berasa senang berurusan dengan kita. Jika anda mahir sekalipun dalam mempromosikan perniagaan anda, baik online (E-mail marketing, Search Engine Optimization) mahupun offline (Brochure, flyers ect.) , ianya adalah sia-sia jika anda mengabaikan khidmat pelanggan.

A happy customer will tell one or two people; an unhappy one will tell 10!

Ingatlah kata-kata ini sebelum anda membuat kesalahan iaitu mengabaikan khidmat pelanggan. Jadi selalulah membuat pelanggan anda gembira apabila berurusan dengan anda.

Ada beberapa langkah untuk mempunyai khidmat pelanggan yang cekap dan langkah ini lebih sesuai untuk diaplikasikan di dalam perniagaan online.

  1. Jalankan proses jualan anda secara automatik agar pelanggan anda berasa selamat dan tahu status penempahannya. Langkah ini anda boleh lakukan dengan ‘autoreponders’. Sebagai contoh, mengucapkan terima kasih atas pembelian online meraka, status produk dan mengalu-alukan kedatangan dan langganan mereka.
  2. Buat satu laman FAQ di laman web jualan anda. Sediakan maklumat yang selengkapnya, jadinya anda telah mempunyai jawapannya sebelum pelanggan bertanya.
  3. Mudahkan cara pelanggan anda menghubungi anda. Dengan menyediakan ‘Contact Form’ akan memudahkan meraka menghubungi anda. Letakkan nombor telepon, memudahkan pelanggan yang ingin mendapatkn informasi dengan segara. Ingat! Maklumat ini jangan diletakkan di tempat terselindung yang menyulitkan para pelanggan. Seelok-eloknya letak di setiap laman, mungkin anda boleh cuba meletak nombor telepon anda di ‘header’ laman web anda ;) macam yang dilakukan oleh Team Saifulsham.
  4. Bertanya kepada pelanggan bagaimanakah anda boleh memperbaiki khidmat pelanggan anda.

Ingat, perkhidmatan pelanggan yang cekap tidak memerlukan kos yang banyak. Anda tidak perlu berbelanja dengan memberi produk-produk dengan percuma atau diskaun yang banyak. Dengan satu isyarat yang kecil seperti mengucapkan terima kasih atas pembelian mereka membolehkan anda menarik minat pembeli tadi untuk melakukan pembelian untuk seterusnya.

Sekarang ini, saya membuat latihan praktikal kali kedua di bumi Germany ini. Kali ini saya telah bekerja di Badische Stahl Engineering GmbH (Consultant and Technical Services for Steel Mills) selama 6 bulan. Secara umumnya saya amat menyukai tempat kerja ini, suasana kerja yang ‘friendly’ dan tugasan-tugasan yang mencabar. Banyak pengalaman yang saya perolehi, lebih-lebih lagi dalam bidang reka bentuk mesin. ( Pelik plak didengarnya :P ) Sebab banyak tugasan saya cenderung kepada mereka bentuk design baru untuk kilang-kilang besi di seluruh dunia. Tetapi saya berkerja di dalam kumpulan yang menguruskan satu projek kilang di Romania. Tempat untuk saya membuat thesis akhir saya pun di sini. Jadi saya mempunyai masa yang agak lama untuk menabur budi di BSE. Cukup lah pasal kerja saya. Sekarang ini saya cuma hendak berkongsi kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan di dalam perniagaan berteknologi tinggi. (more…)

Next Page »