July 2007
Monthly Archive
Fri 27 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
Pelaburan[89] Comments
Ini berdasarkan apa yang saya lalui dan lihat sewaktu saya berjinak-jinak dalam pelaburan ini. Saya bersyukur kerana telah ramai rakyat Malaysia yang sedar bahawa betapa pentingnya menabung dan melabur. Ingat! Melabur hendaklah pada tempat yang betul. Saya ulang sekali lagi; jangan melabur dalam pelaburan internet, IT’S SCAM. Ok, cukuplah tu. Ramai yang telah membuat artikel pasal bahaya pelaburan internet. Kalau saya hendak huraikan, rasanya macam terlambat.
Sekarang ini, banyak institusi perbankan dinegara kita memberi pinjaman kepada rakyat untuk melabur di dalam ASB. Tak cukup dengan helaian brochure, ditaburi dengan janji manis untuk membuat pinjaman dan melabur di dalam ASB. Saya sendiri pun tidak tahu kepastiannya, sejauh mana keberkesanan perkhidmatan ini dan membawa keuntungan kepada pelabur. (more…)
Wed 25 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
Motivasi[3] Comments

Hari ini saya ada satu permainan untuk anda semua. Mungkin ada daripada anda pernah melakukan IQ-Test ini. Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba atau sudah lupa tentangnya, cubalah! Tengok bagaimana prestasi anda berfikir. Kemahiran berfikir amat diperlukan untuk sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi anda menjadi pengurus perniagaan, semua decision terletak ditangan anda. IQ-Test ini saya dapat daripada Managing Director tempat saya berkerja sekarang. Ok, selamat memerah otak !
Download Ujian IQ di sini
Tue 24 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Blogging adalah satu strategi perniagaan yang penting untuk peniagaan online mahupun offline. Satu blog yang berkesan boleh :
- membawa trafik pengunjung ke laman web utama anda (web perniagaan anda),
- menjana lebih banyak jualan barangan,
- mewujudkan satu aliran tambahan iaitu pendapatan daripada pengiklanan,
- sebagai alat perkhidmatan pelanggan yang cekap dan terbaik (more…)
Mon 23 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
Studio KreatifNo Comments

Hari nih, mcm xde idea nk tulis blog, so mase yang boring dan sikit-sikit lagi nak masuk waktu tido, saya cuba la untuk membuat beberapa design necktie untuk KYSER( Alumni Kolej Yayasan Saad). Sblm tuh terbace kat thread: KYSER Merchandize, ade la bberape design yang dipost. Just nk buat havoc je kat sane.. hehe.. Ok..
Sun 22 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Konsep kerja sebelum anda membuka perniagaan anda. Kajian tentang pasaran dan juga syarikat yang akan anda tubuhkan.
Syarikat. Fikir idea anda dalam terma-terma produk / ciri-ciri perkhidmatan, faedah kepada para pelanggan, personaliti syarikat anda, mesej-mesej yang apa utama anda akan menyampaikan dan janji-janji untuk para pelanggan
Pelanggan. Terdapat tiga orang pelanggan berbeza, anda perlu memikirkan tentang benda-benda yang berkaitan dengan idea anda: pembeli-pembeli ( yang membuat keputusan atau kesimpulan), influencers (individu, organisasi atau kumpulan orang yang mempengaruhi keputusan pembelian), dan pengguna-pengguna akhir (orang atau kumpulan orang yang akan secara langsung berinteraksi dengan produk atau perkhidmatan anda)
Pesaing. Sekali lagi, terdapat tiga kumpulan yang berlainan dan anda perlu tahu : rendah, menengah dan tinggi. Penempatan di dalam setiap peringkat mereka berdasarkan kepada berapa kerapkah perniagaan anda akan bersaing dengan mereka dan bagaimana anda menyampaikan mesej-mesej anda kepada pelanggan apabila bersaing dengan setiap kumpulan ini.
Rakan Kongsi. Fikir tentang pertubuhan-pertubuhan dan orang yang mungkin mempunyai satu kecenderungan dalam kejayaan anda tetapi tidak secara langsung dibayar atau memberi ganjaran untuk sebarang kejayaan atas kekuatan perniagaan anda , seperti persatuan, pihak media dan pertubuhan-pertubuhan lain yang membuat anda menerima pelanggan.
Sat 21 Jul 2007
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Ebook ialah salah satu art of advertising. Banyak ebook yang lahir hari demi hari sehinggakan kita tidak mampu membaca kesemuannya. Ada juga yang menjadikan ebook sebagai sumber pendapatan dan dijual secara online dan automatik. Dunia sekarang semakin canggih. Walaupun anda menggunakan ebook sebagai cara pengiklanan, anda perlu juga ingat bahawa isi yang terkandung mestilah related to your business. Jika anda menjual jus herba, pastikan ebook yang anda tulis berkisarkan kesihatan dan herba, jangan pula anda menulis pasal kereta. Jangan tulis terlalu panjang sehingga orang malas hendak baca. Tulis secara ringkas dan straight to the point. Orang inginkan maklumat bukan celoteh yang panjang. Nama pun advertising, jadi ebook yang anda buat itu percuma. Anda akan dapat hasil jualan anda berkali ganda kerana ebook ini mudah tersebar di ruang siber jadi pasaran anda luas. Maknanya, satu dunia boleh tahu pengiklanan dan perniagaan anda. Disamping anda menyampaikan maklumat, anda menjual.
« Previous Page — Next Page »