MLM Coaching Program » · Register

August 2007


Kami di perfectexcel.com ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia. Diam punya diam sudah 50 tahun negara kita merdeka. Kita harus bersyukur terhadap segala yang kita kecapi sekarang. Hidup aman damai, tidak seperti negara-negara yang sedang bergolak sekarang ini. Marilah kita sama-sama membangunkan negara ke arah negara yang maju dalam segala bidang; sains, teknologi, pertanian, perniagaan dan keagamaan demi negara, agama dan bangsa yang tercinta.

Minggu lepas, saya telah menghadiri satu persidangan akademik di sebuah pulau yang terkenal di Malaysia. Hikmahnya bersidang di tempat yang indah dan tenang seperti itu ialah dapat bersembang pelbagai hal dengan pensyarah saya yang sebelum ini sangat sukar didekati di tempat kerja. Maklumlah masing-masing stress dengan kerja-kerja penyelidikan, mana ada masa nak beramah mesra..

Kami berbincang tentang penyelidikan yang dijalankan di universiti kami. Universiti kami adalah sebuah IPTA yang tekenal dengan kegiatan penyelidikan yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa. Pensyarah saya tu bakal menadapat gelaran Professor sebelum berumur 40 tahun! Insyaallah. Tapi pensyarah saya ni mengeluh, katanya pelajar Malaysia terlalu manja dengan kemudahan. Dahulu, (zaman 1990-an) beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran di United Kingdom. menurut beliau, duit memang cukup-cukup makan di UK. Kalau bawa keluarga lagilah perit. Tapi beliau bersyukur sebab berada di UK agak mudah sebab ramai lagi Malaysian dan orang Islam, banyak makanan halal dan rakan-rakan. Tetapi penguat semangat beliau untuk menghabiskan PhD dalam masa 3 tahun adalah kerana wang. Kalau tak habis belajar dalam masa 3 tahun, alamatnya kebulurlah di UK! (more…)

Diam tak diam dah seminggu saza berada di tanah air bumi yang permai ini, Malaysia. Bestnya rasa. Macam-macam ada. Bersama dengan orang yang tersayang, berkongsi cerita dan sebagainya. Ye lah lebih kurang setahun sudah ‘sibuk’ dengan urusan kerja dan pembelajaran, kadang-kadang kita tidak ada masa untuk bersembang panjang dengan orang yang tersayang di telefon. Masa ini lah mesti diambil dengan sebaik-baiknya. menghargai setiap masa yang ada.

Kadang-kadang apabila rasa berjauhan, kita sahaja membuatkan diri kita sibuk untuk melupakan sebentar orang yang kita sayangi. saya rasa itu penting, sayang tetap sayang, tetapi kerja seharian perlu dilakukan dengan effektif. Buatkan rasa sayang anda itu sebagai pembakar semangat anda untuk membuat kerja dan berjaya dalam kerja seharian. Setelah berjaya, manjakan dan upah diri anda dengan satu panggilan untuk menghubungi orang yang tersayang, menceritakan apa yang berlaku dan mendengar cerita daripada orang yang tersayang.

Walaupun sekarang berada di Malaysia dan bercuti, hakikatnya tidak bercuti. Sekarang masih lagi sibuk menguruskan perniagaan di Malaysia. Perniagaan pencetakan danĀ  Jus 23 Herba. Maklumlah sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan tidak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan, makin banyaklah tempahan kad raya dan sampul duit raya yang saya terima. Mudah-mudahan semua tempahan dapat dipenuhi dan tepat pada masanya. InsyaAllah, minggu hadapan saya dan Ain akan membuat satu ‘talk’ kesihatan bersama Jus 23 Herba di Kota Tinggi. Tengoklah macam mana sambutannya di sana. Kota Tinggi adalah kawasan baru yang belum ada pengedar. Jadi kami memerlukan pengedar di sana untuk memenuhi permintaan.

Terpanggil hari ini untuk mengulas Iklan Kemerderkaan Petronas 2007. Memang kita sudah tahu, apabila tiba musim perayaan ataupun hari kebesaran negara kita, Petronas adalah salah satu syarikat yang membuat iklan yang mempunyai maksud yang mendalam dan juga memerlukan pemikiran untuk mengolah mesej yang disampaikan.





Bagi pendapat saya, mesej yang ingin disampaikan di dalam iklan ini adalah; Jikalau disuruh untuk membuat kerja walau apa-apa kerja sekali pun, kita hendaklah bersungguh-sungguh. Jangan ambil sambil lewa sahaja. Di dalam iklan ini, Tuan Haji memang meyuruh Man membuat sampan tetapi dia tidak memberitahu Man hajatnya untuk menghadiahkan sampan tersebut kepada Man. Segalanya kos perbelanjaan ditanggung oleh Tuan Haji. Tetapi akibat sifat malas dan sambil lewa Man iaitu hanya ambil apa yang ada, buat sekadar yang termampu, dan buat sikit-sikit tanpa melakukan yang terbaik. Ala kadar kata orang. Bila sampan itu sudah siap and Tuan Haji kata sampan tu sampan hendak dihadiahkan kepadanya. Dia amat suka tapi dia tidak ingat yang sampan itu hanya buatan ala kadar sahaja. Sekali tengokk dah tenggelam. Apa hendak dikata. Kalau dia buat sampan tu betul-betul dan berkualiti, tentulah dia boleh buat macam-macam kerja dengan sampan itu. Boleh tangkap ikan. Bawak pelancong ronda-ronda di sungai itu dan bermacam-macam lagi. Taraf hidup dia pun akan meningkat dan tidak hidup berhutang lagi.. Tetapi apakan daya….

Buatlah sesuatu perkerjaan itu bersungguh-sungguh dan ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, anda akan mendapat ganjaran yang setimpal.

Ermm.. sudah lama saya tidak meng’update‘kann blog saya ini. Sedikit sibuk dengan kerja-kerja dan juga perniagaan kecil saya ini. Maklumlah semakin hari semakin dekat kita hendak berpuasa, maka ramai lah yang ingin menempah kad hari raya dan sampul duit raya ‘costum made’ untuk organisasi dan syarikat perniagaan.

Pada ‘post’ kali ini saya ingin berkongsi bersama mengenai bangun pagi. Salah satu benda yang simple yang dilakukan setiap hari. Tetapi adakah anda sedar kepentingan bangun pagi dalam kerja-kerja seharian kita. Kita semestinya memperolehi permulaan yang sempurna untuk menjamin kerja-kerja seharian kita bertambah lancar. Macam kita berlari 100m, permulaan adalah penting untuk melonjakkan kita kehadapan dan terus berlari pantas.

Sebagai umat Islam , kita perlu ingat ada 3 perkara penting yang harus kita lakukan setelah bangun dari tidur.

1. Membaca doa bangun dari tidur
2. Mengambil wuduk , membersihkan diri
3. Menunaikan Solat subuh

Sebenarnya tanpa anda sedari, kita telah dirantai oleh syaitan sewaktu kita tidur dengan 3 ikatan. Besar mana talinya atau simpul macam mana ikatan di badan kita, saya pun tidak tahu (Wallahualam). Tetapi untuk melepaskan ketiga-tiga ikatan ini, anda haruslah melakukan ketiga-tiga perkara yang asas sebagai seorang Islam. Lebih-lebih lagi menunaikan solat subuh. Solat adalah tiang agama. Ini akan memastikan kita bangun diawal pagi.

Saya rasa bukan dari segi agama sahaja yang ingin umatnya bangun diawal pagi dan memulakan kehidupan. Malah budaya melayu juga ada menyatakan perihal bangun pagi dengan banyak pantang larang.

Pantang anak dara bangun lambat…nanti lambat dapat jodoh.
Bangun lambat, nanti rezeki tidak masuk

Pantang larang tersebut ada kebenarannya. Ye la, kalau bangun lambat kita ada beberapa jam sahaja untuk melakukan kerja seharian kita. Jika langsung kita sambung tidur, satu sen pun kita tidak dapat.

1. Jangan meminjam untuk melabur
2. Tidak melabur kesemua duit simpanan anda.
3. Tidak melabur duit yang anda perlukan dalam masa terdekat
4. Tidak terlalu emosional dan panik
5. Selalu melabur dan terus melabur
6. Berikan masa untuk pelaburan anda berkembang
7. Dapatkan khidmat nasihat professional
8. Pelbagaikan pelaburan anda kepada unit amanah yang lain

Next Page »