MLM Coaching Program » · Register

August 2007


Individu yang terikat dengan kerja rumah boleh memikirkan untuk bekerja di dalam bidang telekomunikasi atau freelancing (pekerjaan bebas – eik betul ke terjemahan ini?). Online freelancing adalah satu pekerjaan yang terbaik untuk menambah kewangan keluarga jika anda terpaksa untuk duduk dirumah untuk menjaga anak dan sebagainya. Sebagai contoh, interior designer, architek, pelajar separuh masa, orang yang sudah pencen, surirumah ataupun sesiapa yang ingin menambah kewangan daripada kerja atau perniagaan boleh dikatakan sebagai seorang freelancer.

Set kepakaran yang perlu ada (Requirements)
Anda boleh memulakan kerjaya sebagai freelancer dan menambah pendapatan sekiranya ada seseorang yang ingin membayar atas kepakaran atau perkhidmatan anda. Sebagai contoh, penulis, pereka laman web, jurukamera dan pereka perisian komputer boleh memperolehi pendapatan tambahan dengan hanya menulis artikel-artikel, mereka bentuk laman web, portfolio dan perisian dengan hanya duduk dirumah sahaja. Kemudahan internet sekarang ini begitu panas dan merupakan sumber pendapatan bagi freelancer dari segenap corok dunia. Anda mempunyai ramai pelanggan seperti webmasters, perniaga online, pemilik blog dan sebagainya. Kita ambil contoh terdekat, blog dan wiki ialah sumber pendapatan yang paling menarik bagi penulis freelance sekarang dan tiada alas an untuk anda menyatakan ‘tidak’ jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan. Selain itu, anda juga boleh menjual hasil tulisan anda sebagai ebook yang menjadi satu sumber informasi yang utama sekarang ini. Tulis mengenai apa sahaja yang anda mempunyai kepakaran tentangnya. (more…)

62-ways.JPGHari ini saya sudah dapat buku yang saya beli di amazon.de dua hari lalu. :) hehe. Hendak membeli di amazon.de pun senang. Dengan hanya klik sekali (1-Click Centre), anda sudah membeli buku idaman anda. Seronoknya. Ini adalah hadiah buat diri saya sebab sudah menyiapkan work report kali ini. Bolehlah saya luangkan masa untuk membaca dan berfikir. Tajuk pilihan saya kali ini ialah How to Have Stunning Ideas. 62 Ways to Creativity: 62 Exercises to Develop the Mind (Ebury Press) . Ini merupakan koleksi pertama saya dari Edward de Bono. Edward de Bono telah banyak menulis tentang pemikiran kreatif sejak 1970-an.

Sinopsis :
Semua orang hendak untuk berfikiran kreatif. Kreativiti membuatkan andaa lebih mencapai keriangan hidup, lebih menarik dan lebih penuh dengan kecemerlangan, tetapi terlalu ramai orang mempercayai bahawa daya cipta atau kreatif adalah sesuatu yang telah ditakdirkan atau telah dilahirkan bersama anda dan tidak boleh dipelajari. Dalam “How to Have Creative Ideas” Edward de Bono – kuasa utama untuk pemikiran kreatif boleh dididik melalui 62 pemainan dan latihan-latihan membawa minda untuk berfungsi secara kreatif, menumpukan pada pemilihan perkataan-perkataan yang rambang terpilih daripada satu senarai, untuk membantu menggalakkan daya cipta, kreativiti dan berfikiran lateral. Semua latihan-latihan dan permainana di dalam buku ini adalah mudah, praktikal dan menyeronokkan, dan boleh dibuat oleh sesiapa.

Senaman adalah salah satu cara untuk meningkatkan metabolisma badan anda. Selalu membuat pemeriksaan doktor dan minta pendapat mereka, cara senaman yang betul, terbaik dan diperlukan oleh anda. Jika anda tidak mempunyai masa sekalipun, berjalan selama 20 minit dalam sehari juga dapat meningkatkan tahap metabolisma anda.

Senaman juga dapat mengurangkan berat badan anda dalam dua cara ;

Yang pertama, senaman dapat membina otot dan mebakar lemak

RAMAI beranggapan kerjaya dalam bidang jualan langsung tidak menjanjikan masa depan yang cerah.

Tanggapan itu ternyata meleset kerana sudah banyak bukti mereka yang berkecimpung dalam bidang berkenaan bukan saja mampu menyara hidup masing-masing, malah pendapatan boleh mencecah enam angka sebulan jika benar-benar komited.

Persepsi negatif mengenai bidang itu mungkin timbul kerana kekeliruan. Terdapat syarikat jualan langsung yang sentiasa memberikan ceramah membantu mereka yang berminat menyertai bidang itu supaya lebih memahami bagaimana untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Ia bukan saja mempunyai pasaran yang luas dan sentiasa berkembang, malah sentiasa menawarkan peluang mendapat pendapatan kepada sesiapa saja.

Sesiapa saja boleh terbabit dalam bidang itu yang menjanjikan hasil lumayan termasuk graduan yang baru menamatkan pengajian dan mereka yang sudah bekerja. Apa yang sangat menarik mengenai bidang ini ialah ia tidak memerlukan pengalaman atau kelulusan dalam bidang tertentu. Yang penting ialah keinginan kuat untuk berjaya.

Bidang jualan langsung memberikan nilai kerja yang baik kepada individu kerana ia menanam semangat juang yang kuat dan daya kepimpinan yang tinggi. Sesiapa yang berminat menyertai bidang itu sama ada secara sambilan atau sepenuh masa akan dilatih dan dipimpin untuk berjaya.

Terdapat syarikat yang membuat banyak pelaburan dalam menjalankan kursus dengan menyediakan pelbagai kursus untuk ahli yang baru masuk bagaimana untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang ini dan meningkatkan pendapatan. Kerja ini sangat mudah sebenarnya dan tidak mengambil banyak masa dan digalakkan membuat jualan melalui pengalaman. Maksudnya, anda ambil dulu produk, rasakan kesannya dan sudah tentu anda akan menyarankan kepada rakan dan keluarga dan begitulah perniagaan itu akan berkembang.

Secara tidak sedar ia menjadi satu kumpulan perniagaan dan yang untung adalah anda kerana pendapatan semakin bertambah. Ramai golongan profesional membabitkan diri dalam bidang jualan langsung.

SAlah satu syarikat MLM yang terbaik di Malaysia dan menyediakan bonus dan insentif yang menarik kepada ahlinya ialah Lifestyles International Sdn Bhd yang berasal dari Kanada ditubuhkan pada 2001 di Malaysia adalah satu-satunya syarikat di dunia yang mendapat hak mengeluarkan produk kesihatan berasaskan

coffee.JPGTahukah anda kopi baik untuk kesihatan? Hehe.. Yela kan. Kalau seseorang itu minat kopi mcm saya sudah tentu mengatakan kopi itu menyihatkan. Baru terdengar di Radio Regenbogen dalam tips kesihatan tadi yang mengatakan ‘kopi dapat hindari kanser hati dan mengekalkan memori’. Kedua-dua kajian ini dilakukan oleh saintis dari Itali dan Perancis. Sesiapa yang meminum kopi, kemungkinan mereka untuk menghidapi kanser hati adalah 40% lebih rendah daripada orang yang tidak meminum kopi. Manakala, saintis Perancis mengatakan, meminum kopi akan mendatangkan kesan yang baik disebabkan kandungan kaffien; ia baik untuk memori kita setelah kita meningkat usia. Yang peliknya, kesan ini tidak untuk lelaki. Jadi apa lagi ditunggu tuh, jom lah minum kopi! cakap pasal kopi, teringat kopi kat rumah di Malaysia, selalu minum kopi 434, stok pulak dah abis. Tak apa minggu depan saya nak balik dah ;)

Hari ini seperti biasa, melangkah keluar rumah pada jam 7.00 pagi untuk menaiki keretapi OSB (Ortenau S-Bahn) untuk pergi ke tempat kerja. Cuaca kelihatan tidak begitu baik, hujan renyai-renyai sejak dari malam semalam tanpa henti. Sambil mendengar radio regenbogen (radio favourite waktu pagi dengan dj Mimi dan Nik) ala-ala Fara dan Faizal di Hotfm , kawasan di sempadan German-Switzerland di landa banjir. Maklumlah hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari. Selama beberapa hari inilah, saya kebasahan apabila sampai di tempat kerja. Satu lagi berita tentang GDL ( Gewerkschaft Deutscher Lokführer), perkerjanya buat mogok pada hari ini.  Jadi, tiadalah keretapi yang membawa kontena atau barang lalu hari ini. Patut la rasa lain macam, kalau tak setiap kali berjalan pergi ke stesen keretapi mesti kedengaran bunyi bising. Tapi hari ini senyap sahaja, hanya deraian air hujan.

Sedang asyik berjalan, teringat pula dekat Die Bahn (syarikat keretapi german). Jikalau GDL tak jalan, maknanya besar kemungkinan keretapi penumpang Die Bahn pun tak jalan. Huh! macam mana nak pergi kerja. Setibanya kat stesen, Alhamdulillah, tersadai indah keretapi yang selalu aku naik di platform yang sama dan papan tanda digital yang tidak menunjukkan apa-apa notis. Jadi landasan antara Offenburg – Kehl tidak ada masalah atau tergendala akibat keretapi barang yang tersadai.  Cuma yang mengalami masalah adalah keretapi-keretapi dari Hambung dan Berlin.

Bulan lepas pekerja Die Bahn yang buat mogok. Sekarang sudah senyap, sebab dah bagi kenaikkan gaji. Sekarang tiba giliran GDL pula. Selepas itu siapa pula. Begitulah yang terjadi di negera maju. Mereka buat mogok bukannya lama. Cuma 2 jam sahaja dari pukul 8 hingga 10 pagi. Dan syarikat mereka menanggung berbillion-billion euro kerugian. Begitu dasyat.. Sekadar hendak berkongsi ..

« Previous PageNext Page »