September 2007


Bismillahirrahmanirrahim….

Sementara menunggu Isya’ ni saya nak cerita tentang satu jenis pesanan ibu saya yang awalnya 50-50 saya boleh terima. Berkali-kali beliau mengingatkan saya tentang hal ini. Katanya, “Jangan ada kawan baik sebab selalunya kawan baik ni akhirnya jadi bermusuh. Buat baik dan layan semua orang sama rata. Jangan terlalu baik dengan seseorang takut memakan diri. Biar orang sangka kita jahat tetapi kita sebenarnya neutral. Tak menyebelahi sesiapa. Sahabat terbaik kita adalah diri kita sendiri.”

Begitulah pesan ibu saya daripada saya sekolah menengah sampailah sekarang. Dahulu saya rasa tak berapa releven nasihat beliau ni sebab saya perlukan kawan baik untuk bercerita macam-macam hal, gossip, berkongsi rahsia dan perasaan. Hal ini boleh lah dipraktikkan di kalangan budak-budak sekolah menengah sebab masa zaman ni tak banyak masalah, tak banyak hal remeh temeh yang berpotensi jadi konflik. Tambahan dulu saya bersekolah di asrama penuh selama 5 tahun, memang terkurung je dalam sekolah, tak ada hal punya. Paling jadi hal pun kalau kene denda dengan warden, fly atau ada budak lelaki hisap rokok pun dah kecoh satu sekolah. Kebanyakan kawan-kawan pun baik-baik belaka. (more…)

Bismillahirrahmanirrahim..

Najib dan saya ada seorang rakan bisnes di Muar. Namanya Tn Hj. Aziz. Seorang yang budiman. Isterinya pun sama. Memang jenis yang aktif bisnes. Tn Hj. Aziz dan isterinya, Puan Aisah adalah bekas guru. Tetapi sekarang Tn Hj. Aziz jdi taukeh kedai kereta. Semasa saya dan Najib jumpa Tn. Hj. Aziz buat kali pertamanya, dia ceritakanlah bagaimana dia boleh buka kedai kereta. Kisahnya melalui MLM. Dulu dia jual mineral pot dan keuntungannya memang boleh tahan, kalau tak, takkanlah boleh memiliki rumah banglo dan kedai kereta kan. Jadi, saya dan Najib ni cukup mengagumi kegigihan suami isteri ni. Bolehlah dijadikan inspirasi. Puan Aisah kata sebelum gunakan duit untuk pelbagai tujuan membeli harta, pergilah tunaikan haji atau umrah dahulu. Insyaallah makin murah rezeki tu. Ha, kan boleh dijadikan tips keberkatan perniagaan bagi orang Islam macam kita ni… (more…)

11 Ramadhan 1428 H

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya nak sambung kisah semalam yang tajuknya “keperitan yang menjana kejayaan”. Apa ye jenis perniagaan yang saya jalankan? Ia sebenarnya Multilevel Marketing (MLM) (dah agak ye?). Dulu saya pandang serong pada MLM. Maklumlah kalau jual barang tu dipaksa-paksanya kita. Saya ada pengalaman menolak pelawaan kawan untuk dengar ceramah satu jenis MLM yang glamer sangat di kalangan mahasiswa (rahsia lah apa jenis MLM ni), akhirnya anda tahu apa yang saya dapat? Kawan ni bermusuh dengan saya. Masyaallah. Boleh pulak dia masam muka sampai lah kami grade. Alahai, kesiannya dia berfikiran cetek semacam tu ye tak. Tu mahasiswi tu, bukan orang-orang kampong yang sembang kat kedai kopi tau. Tapi takpelah, tu kisah 3 tahun lampau.

Ada lagi beberapa faktor lagi kenapa saya tak berapa berkenan dengan MLM dahulu. Saya nampak orang yang berkecimpung dalam bidang MLM ni takdelah berjaya mana pun (kebetulan kawan-kawan saya yang terlibat semuanya mengeluh sebab susah nak jual barang). Tak dinafikan ramai yang berjaya sebenarnya di luar sana. Tapi kebetulan yang saya jumpa semunya biasa-biasa sahaja. Paling mengerikan beberapa kisah orang yang join MLM, berenti kerja dalam kerajaan (kerana masyuk sangat bisnes MLM mereka kencang), akhirnya bisnes MLM lingkup sebab masalah pembayaran bonus, downlines hilang semangat dan produk yang yang dikeluarkan melebihi permintaan. Ish ish…Ngeri, ngeri….

Tetapi nak dijadikan cerita, ibu saya ada menggunakan satu jenis produk ni iaitu Jus Intra (Imported dari Canada). Maintain je dia minum setiap hari dan saya nampak wajah dia nampak muda dan ceria. Sudah 2 tahun dia minum, tetapi tak pernah lah saya berminat nak mencuba produk ni. Ibu saya ni jenis yang mementingkan kesihatan. Gelang atau cincin emas dia tak pakai, tapi dia gunakan duit untuk beli produk kesihatan. Saya ni pula ada resdung dahulu. Ibu saya sarankan saya minum Jus Intra ni sebab rasanya sedap macam jus kurma (walaupun isi kandungannya adalah 23 jenis herba terbaik di dunia!). Saya pun cuba sajalah walaupun tak yakin Jus Intra dapat atasi masalah resdung saya (sebab dah macam-macam ubat dan supplement saya ambil nak atasi resdung, tatapi semuanya gagal). Dengan izin Allah dalam seminggu saya minum Jus Intra, masalah saya tu berkurangan dan hilang. Alhamdulillah (saya rasa hanya orang yang ada resdung sahaja faham betapa gembiranya bila penyakit ini hilang). (more…)

10 Ramadhan 1428 H

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah dah 10 hari umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Pejam celik pejam celik ada lebih kurang 20 hari lagi nak beraya. Setiap kali Ramadhan, saya akan teringat macam-macam kisah sepanjang Ramadhan yang lalu. Bukan merujuk kepada masa bulan Ramdhan dan Syawal sahaja, tetapi merujuk kepada sepanjang tahun. Kesemua kenangan-kenangan ini akan saya imbas semula secara automatik semasa solat terawikh dan setiap kali tu lah saya rasa betapa besarnya kuasa Allah.

Banyak bezanya antara Ramadhan kali ini dan Ramadhan yang lalu. Paling remeh nak diingat adalah juadah semasa berbuka puasa antara tahun ini dan tahun lepas. Tahun lepas, memang sangat-sangat berjimat. Beli nasi semasa berbuka, saya akan bahagi dua yang mana lagi setengah disimpan untuk bersahur. Ini termasuklah lauknya sekali. Kalau kena charge RM5 untuk nasi dan lauk pauk tu memang dah rasa mahal sangatlah! Takdanya nak merasa kuih-muih atau pengat. Masa tu memang susah, duit sangat terhad. Masa tu saya berusia 23 tahun dan merupakan pelajar tahun 2 Doktor Falsafah di sebuah IPTA. Elaun bulanan tak cukup nak bayar kesemua keperluan diri. Itu pun nasib baik tinggal di asrama (lebih jimat dan boleh berhutang yuran kampus). Perit lah masa tu. Tahun sebelumnya pun sama jugalah. Seingat saya, hidup senang sikit masa jadi pelajar Sarjana Muda (2002-2005) sebab dapat elaun JPA. Yuran pelajaran dan tempat tinggal dah siap dibayar. Duit yang baki tu bolehlah digunakan beli buku, makanan dan keperluan diri. (more…)