October 2007


Pemasaran Berperingkat atau Pemasaran Rangkaian atau Multi-level marketing (MLM, now sometimes called network marketing) is a business model that combines direct marketing with franchising.Multi-level marketing businesses function by enrolling unsalaried salespeople (also called by MLM companies as Distributors, Independent Business Owners, Franchise Owners, Sales Consultants, Consultants etc) to sell products and meanwhile earn additional sales commissions based on the sales of people enrolled into their downline, an organization of people that includes direct recruits, recruits’ recruits and so on. This arrangement is similar to franchise arrangements where royalties are paid from the sales of individual franchise operations to the franchisor as well as to an area or region manager. There can be multiple levels of people receiving royalties from one person’s sales.

wikipedia.com

Salah satu cara untuk menambah pendapatan pasif bulanan anda. Saya rasa semua orang tahu akan Multi-level Marketing ini. Ada yang menyukainya kerana dapat menjana pendapatan yang tidak diduga malahan melebihi pendapatan tetap anda; ada yang membencinya akibat kenangan lampau semasa menyertai Multi-level Marketing yang tidak bertahan lama.

Sesiapa boleh berjaya dalam Multi-Level Marketing ini. Sekiranya anda mempunyai minda yang betul dan dapat meluangkan masa, usaha dan bersedia untuk belajar. Ia tidak mengira latar belakang pendidikan, umur dan kerjaya.

Ain, seorang pelajar Phd dalam bidang kimia, menyertai sebuah syarikat pengeluar produk minuman herba. Setelah menyertai syarikat tersebut lebih kurang 8 bulan, beliau telah menjadi seorang penjana tetap secara purata RM20,000 sebulan.

Boleh saya katakan, Multi-Level Marketing merupakan jalan yang terakhir kepada seseorang untuk menjana pendapatan pasif. Memerlukan modal yang sedikit, berbanding untuk membuat pernigaan sendiri, membeli hartanah mahupun membeli saham.

Jika anda sudah seringkali gagal dan mempunyai pengalaman buruk atau telah mencuba beberapa kali dengan syarikat-syarikat Multi-level Marketing yang lain, dan anda dapati cara ini, bukanlah cara anda dan tidak sesuai bagi anda. Baik anda berhenti dari menyertai mana-mana syarikat Multi-level Marketing. Kerana ini bukan salah syarikat Multi-level Marketing, tetapi diri anda sendiri. Sudah tentu ada puncanya.

Jun 2001. Teringat pada peristiwa lama sewaktu saya belajar pra universiti di Seksyen 17, Shah Alam. Kenangan tersebut memang tidak dapat saya lupakan dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk maju kehadapan. Tahun tersebut boleh juga dikatakan juga sebagai tahun yang susah bagi keluarga saya. Tanggungan melebihi pendapatan. Kedua-dua abang masih lagi di universiti dan masih lagi memerlukan bantuan keluarga.

Setelah dibahagi perbelanjaan sekolah adik–beradik, saya cuma memperolehi RM70 sebulan. Selamat jugalah kiranya, semasa menunggu keputusan SPM, saya sempat bekerja untuk menambah wang saku dan wang tersebut digunakan untuk membeli kelengkapan dan yuran kemasukan ke universiti. Sempat juga la merasa bagaimana hidup dengan RM70 sebulan selama 4 bulan. Biasiswa yang patut saya perolehi, mengalami kelewatan. Memang perit masa itu, tetapi apakan daya. Sehari sebungkus nasi lemak nilainya RM30 sebulan, Roti dan Jem nilainya RM20 sebulan dan RM20 lagi saya gunakan untuk membayar kos photostat buku-buku pelajaran (ini dah kira lanun dah nih, hendak beli, harganya mahal).

 Bukan pasal nasi lemak yang saya hendak cerita, tetapi bermula pada saat itulah saya belajar untuk mengawal wang. Bukan wang yang mengawal saya. Pada masa itu saya bercita-cita untuk keluar dari tampuk kesusahan bersama-sama dengan keluarga. Sejak daripada itu, penyata kewangan menjadi catatan harian saya. Bil-bil, resit bank bagaikan nota kuliah di simpan kemas di dalam satu fail. Ini merupakan satu tips di mana anda dapat mengawal masa hadapan kewangan anda ;)

 To get where you want go, you need to know where you are  

Sebelum anda ingin berjaya dalam kewangan, anda perlu tahu bagaimana situasi kewangan anda sekarang. Buat penyata kewangan anda. Catatkan aliran tunai keluar masuk dan pendapatan pasif yang anda perolehi pada bulan tersebut. Bil-bil mahupun resit bank adalah sebagai bukti catatan anda. Dengan itu anda dapat mengawal perbelanjaan peribadi dan seterusnya anda dapat membuat anggaran perbelajaan setiap bulan anda. Lama-lama anda akan berjaya dalam mengawal kewangan anda. Selamat berjaya!

Pelaburan yang sesuai untuk membuat pinjaman adalah apabila anda boleh membuat banyak wang berbanding daripada jumlah pinjaman wang itu sendiri. Terdapat hanya beberapa situasi yang sesuai untuk meminjam daripada pihak bank untuk membuat pelaburan peribadi anda seperti pembelian hartanah atau untuk membesarkan perniagaan anda atau untuk melanjutkan pelajaran (Ilmu amat penting. Bila ada ilmu, anda akan dapat membuat wang yang banyak ;) )

Apabila anda membuat pinjaman, anda terikat dengan bank. Anda terpaksa untuk membayar interest terhadap pinjaman anda. Sebagai contoh, interest pada sesuatu tahun ialah 5% dan return daripada pelaburan anda ialah 7.5% (ataupun lebih tinggi. Kadang-kadang return bagi sesetengah tahun, bukanlah indah seperti yang disangkakan. Sudah tentu, apabila jurang interest dan return adalah rapat, sebagai contoh 5% dan 6%, secara logiknya anda masih lagi mendapat keuntungan daripada pelaburan anda. Tetapi terlalu besar risikonya. Adakah anda pasti return yang anda perolehi akan kekal atau meningkat? Apakah yang akan terjadi apabila return anda sama atau kurang dengan kadar interest? Jikalau ianya terjadi, anda akan kehilangan wang pelaburan anda, malah anda akan kerugian akibat anda terpaksa membayar interest kepada pihak bank.

Sebagai pendekatan saya mengambil contoh Pinjaman Pelaburan ASB. Buat masa sekarang ini, anda masih lagi membuat wang jika return ASB lebih tinggi daripada interest yang anda bayar kepada bank. Pada waktu yang sama, jurang antara return ASB dan interest Bank makin hari makin rapat. Pada satu hari nanti, return ASB akan berkemungkinan jatuh di bawah interst bank. Saya berharap situasi ini tidak akan berlaku.

Kenapa anda tidak melabur terus wang anda ke ASB setiap bulan? Melalui ini anda dapat mengelak daripada membayar interest kepada bank dan mengelak daripada situasi kerugian di atas. Semua dividen dan bonus adalah 100% milik anda untuk anda bersuka ria :)

Artikel lepas : Pinjaman Pelaburan ASB

Sebelum anda melabur di mana-mana saham, pastikan anda mempunyai `Reserved Fund´yang secukupnya. Ada sesetengah orang kata, dengan memasukkan wang di dalam `Reserved Fund´, wang anda tidak berkembang jikalau dibandingkan dengan pasaran saham, pelaburan hartanah walaupun selamat dan dilaburakan di pasaran saham yang terjaga. Kebanyakan `Reseved Fund´ hanya memberikan pulangan sebanyak 3%-4%. Contoh-contoh `Reserved Fund´ ialah Fix Deposit (FD), ASB dan Tabung Haji.

Bukan saya ingin membantutkan niat anda untuk melabur, tetapi ingin mengingatkan sebelum apa-apa berlaku. Bagi pendapat saya, apa-apa hal pun, kita perlu mempunyai ilmu yang secukupnya tentang apa yang kita hendak lakukan. Hukum alam namanya itu. Sebelum kita pandai berlari, kita mesti belajar untuk berjalan, sebelum kita pandai berjalan, kita sudah semestinya belajar untuk merangkak.

Anda mestilah mempunyai simpanan di dalam `Reserved Fund´ sekurang-kurangnya 3 kali ganda jumlah perbelanjaan anda setiap bulan. Sebagai contoh, anda memerlukan RM3,000 untuk perbelanjaan keluarga anda. Jadinya anda memerlukan RM9,000 untuk disimpan di `Reserved Fund´. Tetapi, kalau anda boleh menyimpan lagi banyak, lagi bagus.

Tujuan anda memerlukan `Reserved Fund´ ini, bukan untuk membuat wang sahaja tetapi untuk memastikan kehidupan kita berjalan dengan lancar . Sebagai contoh, apabila ada sesuatu masalah kecemasan yang berlaku terhadap keluarga anda yang terdesak memerlukan kewangan, anda sudah bersedia. Jika anda tidak mempunyai `Reserved Fund´, cuba bayangkan jika anda berada di dalam keadaan yang `kekeringan´, pasaran saham jatuh, tiada orang untuk menyewa rumah anda ; di mana anda ingin menampung kehidupan keluarga anda?

p/s : Jika anda tidak ada `Reserved Fund´, lupakan sahaja untuk melabur. Anda tidak bersedia.

Artikel diolah daripada :
Azizi Ali – Millionaires Coach -

Semua orang di dalam dunia ini ingin menjadi jutawan. Menjadi jutawan bermakna anda mempunyai RM1,000,000 dalam simpanan anda. Bunyi macam senang, tapi mampukah kita memilikinya. Semuanya tidak mustahil. Ada bermacam-macam cara untuk menjadi jutawan. Dengan cara meminta RM1 seorang sehingga ke orang yang ke sejuta, anda akan menjadi jutawan juga. Ataupun anda memenangi loteri berjumlah RM1,000,000 dengan sekelip mata. Ataupun mewarisi harta pusaka keluarga yang berkoyan-koyan dan berjuta-juta.

Ingin menjadi jutawan tetapi anda tidak berpeluang untuk menjadi jutawan melalui cara di atas? Mudah sahaja. Ada 4 petua asas yang telah di tulis oleh Milan Doshi, seorang penceramah kewangan bebas, untuk mendapatkan lebih wang dan menjadi jutawan dengan cepat :

  1. CARI WANG SEBANYAK YANG MUNGKIN ; Kerja dengan sekuatnya, dapat kenaikan pangkat dan gaji. Jalankan perniagaan sampingan seperti MLM, Network Marketing, francais, menulis buku dan sebagainya.
  2. SIMPAN ; Simpan sebanyak mana yang anda boleh pada awal bulan. Sekurang-kurangnya lebih daripada 10% pendapatan sebulan anda. Susah tak?
  3. MEMINJAM UNTUK MELABUR ; Pastikan Pulangan melebihi kos Pinjaman (kadar faedah untuk dibayar kepada bank). Jikalau sudah dipastikan, pinjamlah sebanyak mana yang anda boleh, lebih-lebih lagi dalam pelaburan hartanah.
  4. MELABUR DENGAN BIJAK ; Pelbagaikan pelaburan anda. Sebaik-baik pelaburan pada permulaan adalah dengan melabur kepada diri anda sendiri dengan penuhkan ilmu di dada dengan menghadiri seminar kewangan, membaca buku dan sebagainya.

Empat petua asas yang tidak kelihatan susah, tetapi susah untuk melakukannya. Robert Kiyosaki menerangkan dalam bukunya bertajuk Cashflow Quadrant ; terdapat 4 golongan (2 di sebelah kiri iaitu pekerja dan bekerja sendiri dan 2 di sebelah kanan iaitu peniaga dan pelabur). Selalunya kita bermula pada golongan disebelah kiri. Apa kata kita berusaha pada diri kita untuk menyertai golongan di sebelah kanan.

p/s : Kami juga baru berjinak-jinak dalam dunia perlaburan. Sedang belajar dan melakukan perlaburan di dalam unit amanah dan juga hartanah. Doakan kami berjaya ;)

kad-raya.JPG

Assalamualaikum kepada semua,  Bulan Ramadhan sudah berlalu dan kami berharap ianya dapat memberikan keberkatan kepada kita bersama. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat manusia dan Maaf zahir batin sekiranya terdapat artikel-artikel di dalam blog ini yang kurang menyenangkan kepada sesetengah pihak.

Kepada sesiapa yang senantiasa menunggu artikel terbaru daripada kami, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan meminta maaf jika membuatkan anda menunggu-nunggu. Kami akan sedaya upaya unuk meluangkan masa untuk menulis artikel walaupun masa kami amat terhad untuk perniagaan dan thesis kami.

Salam Aidilfitri,

Najib & Ain