November 2007
Monthly Archive
Thu 29 Nov 2007
Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian[17] Comments
Sekarang ni semua orang heboh tentang pendatang asing membanjiri Malaysia. Kalau naik train awam, boleh dianggarkan 70% daripada penumpangnya adalah warga asing. Itu tak termasuk bas-bas awam. Sampaikan ada sejenis bas awam ni orang tempatan takut nak naik sebab dipenuhi warga asing. Akibatnya orang tempatan mula membenci kelompok warga asing yang kononnya mengganggu dan menyesakkan negara kita.
Tetapi tahukah anda, itulah yang dinamakan globalisasi. Pertembungan budaya memang telah berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Sebelum tahun 2030, setiap satu daripada empat orang warga Amerika adalah Hispanic dan bakal menjadikan mereka majoriti penduduk Amerika Syarikat. Tambahan, jangan terkejut kerana Presiden Peru adalah keturunan Jepun. Kita tidak dapat mengelakkan globalisasi. Kewujudan pendatang asing akan memberi kesan yang lebih serius kerana anak-anak mereka DILAHIRKAN di Malaysia. Bayangkan apa akan berlaku apabila anak-anak warga asing MEMBESAR di bumi Malaysia? Mungkin kita boleh menyorot kembali sejarah bagaimana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah. Atas desakan hidup dan penderitaan menjadi buruh menjadikan orang-orang cina mendidik cucu cicit mereka agar gigih berusaha dan bekerja keras serta WAJIB menceburi perniagaan. Lihatlah, siapa yang menguasai ekonomi negara kita sekarang? Mahukah kita lebih ditindas oleh bangsa asing yang lain pula? Kedatangan mereka sukar dikawal dan globalisasi tidak boleh dielakkan, lantaran itu kita sebagai warga tempatan lah yang perlu bertindak memperkasakan ekonomi dan bangsa kita sendiri. Jangan harapkan warga asing ini dihalau balik ke negara mereka kerana hal ini tidak akan berlaku! Jangan mengaku kalah dan hanya menuding jari kepada pihak berkuasa atau warga asing ini. Bangunkanlah bangsa kita agar kita tidak merempat di negara sendiri! Wassalam…
Note: KISAH BENAR: Nenek saya berjiran dengan sebuah keluarga Indonesia dan anak-anaknya dilahirkan di Malaysia. Anak sulung keluarga ini diterima masuk ke sekolah Seri Puteri, sebuah Sekolah Berasrama Penuh perempuan yang paling terkenal di Malaysia. Hal ini pada zaman 1990-an. Di manakah anak melayu yang lain…
Tue 27 Nov 2007
Posted by Ain Jamil under
Blog Seharian[4] Comments
TERINGAT MASA saya menghadiri Persidangan Carbon Fiber Nasional di Pulau Perhentian. Persidangan diadakan pada waktu siang. Waktu malamnya aktiviti bebas. Jadi, malam tu saya dan dua orang lagi junior, Yati dan Waheedah jalan-jalan di persisiran pantai. Ramai juga pelancong-pelancong yang bersiar-siar waktu tu. Sedang kami melepak dan bual-bual ada seorang budak kecil lelaki berlari-lari dan berhenti berhampiran kami. Rupa-rupanya dia tengah mengejar abang dan kakaknya yang sedang cari coverage telefon di tepi pantai. Saya pun tegurlah budak lelaki ni, tapi dia buat tak tahu walaupun dia boleh dengar pada jarak kami. Pelik juga, takkan budak ni tak boleh mendengar. Saya tegur lagi dan lagi sampai kali ke empat, saya cuba tanya dalam bahasa inggeris barulah dia menyahut dan tersenyum. La…..tak faham bahasa melayu rupa-rupanya padahal anak melayu tu.. Oleh kerana budak ni dah senyum saya pun tanya lah macam-macam pada dia. Budak ni menjawab dengan fasihnya dalam bahasa inggeris bahawa dia berumur 5 tahun (jawab dengan penuh semangat pulak tu). Yang kelakarnya, bila saya tanya dia tinggal di mana, dia jawab “….Sri Damansara…” dengan loghat ‘R’ nya sebijik macam Mat Salleh…tergelak kami mendengarnya tapi budak ni terkebil-kebil je tengok kami. Memang satu apa pun perkataan melayu dia tak tahu…
Jadi apa pendapat anda? Kasihan budak kecil tu tak tahu bahasa melayu…mungkin sebab dia belum besekolah dan bahasa harian keluarganya adalah bahasa inggeris. Dah tak serupa anak melayu! Agaknya apakah nasib bahasa melayu akan datang? Sedangkan bahasa melayu adalah lingua franca pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi bahasa melayu semakin pupus seiring dengan kejatuhan empayar tersebut. Di tempat saya, ramai professor yang anti bahasa inggeris. Tapi masing-masing berkelulusan dari negara barat. Mereka mengaku terang-terangan yang mereka bencikan bahasa penjajah. Tetapi lihatlah dalam drama-drama melayu di televisyen, hampir semua drama ada bahasa rojak (ini saya paling meluat sebab kalau nak cakap bahasa inggeris baik buat drama bahasa inggeris kan?). Berkenaan menteri-menteri yang guna bahasa rojak, bagi saya tak ada salahnya kerana memang ada beberapa istilah yang sukar nak dijelaskan dalam bahasa melayu. Di IPTA pun sama, kadang-kadang istilah bahasa inggeris apabila diterjemahkan ke bahasa melayu akan jadi kelakar dan kadang-kadang orang tak faham… Yang penting majukan diri dengan seberapa banyak bahasa asing tetapi janganlah abaikan bahasa ibunda….wassalam…
Sat 24 Nov 2007
Posted by Najib Mohamed under
Kewangan[8] Comments
Ingat masa dulu-dulu, pergi kedai dengan abah, minta dia belikan TORA, dulu harganya RM1 saja. Itu pun kena marah dengan dia. Dia cakap, saya tidak boleh ikut lagi bersamanya ke kedai, buat habiskan duit. Huhu. Saya mana tahu masa dulu, yang penting saya dapat mainan yang berada di dalamnya. Nampaknya iklan TORA pada selingan kartun-kartun seperti Doraemon amat berhasil ;). Tetapi sekarang jauh bezanya. Harga TORA pun dah mencecah RM2. Kenaikan harga 100%. Lagipun budak sekarang mana pandang TORA. Semuanya demand tinggi. Hendak PSP (Playstation Portable), PS3, mainan-mainan yang berjenama dan lain-lain lagi. Ada yang di antaranya beratusan ringgit. Jikalau keluarga berkemampuan, semua kehendak akan dituruti oleh ibu bapa. Jikalau keluarga yang sederhana, macam mana?
Tidak kira anda berkemampuan atau tidak, anda perlu mengajar ilmu kewangan kepada golongan muda ini (adik-adik, anak-anak anda). Sebab anda yang telan garam dulu daripada mereka. Sudah tentu golongan muda ini mempunyai kadar simpanan yang negatif. Bukan kata hendak menyimpan, malah meminta kepada ibu bapa. Apa yang perlu anda ajarkan kepada mereka adalah prinsip yang mudah mengenai kewangan. Ajar mereka seawal yang boleh. Makin awal makin baik. Sekitar 3 atau 4 tahun, apabila kanak-kanak kenal erti duit. (more…)
Fri 23 Nov 2007
Posted by Ain Jamil under
PerniagaanNo Comments
SIFU Prof Madya saya ada memberi satu pesanan yang sangat berkesan dalam jiwa saya. (Eh, kenal tak siapa SIFU Prof Madya ni? Kalau tak tahu, baca tajuk sebelum ini – Sifu bisnes ku seorang Prof. Madya). Kata beliau, dalam bisnes, syarikat sebenarnya mengarahkan kita (dealer) mencari ikan dengan cara dan kaedah masing-masing. Tak kisahlah dengan cara apa pun asalkan akhirnya kita dapat seberapa banyak ikan. Kalau dengan cara menjala, kena guna pukat dan sekaligus kita dapat banyak ikan. Kalau dengan cara mengail, kita akan dapat seekor ikan dalam satu masa dan memerlukan masa yang panjang (cara ini bagus juga tetapi tak begitu sesuai untuk kami yang bisnes part time). Jadi untuk mudah memasarkan jus 23 herba kami buatlah cara
Thu 22 Nov 2007
Posted by Ain Jamil under
Motivasi ,
Tips MLMNo Comments
BILA MENGENANGKAN kembali saat-saat getir semasa memulakan bisnes, saya tak akan lupa bersyukur pada Tuhan kerana menemukan saya dengan seseorang ni. Beliau ialah pensyarah di IPTA yang terlibat dalam bidang Geologi (usia beliau sama dengan ayah saya). Apabila menemui beliau, perniagaan menjual Jus Herba INTRA yang saya jalankan berlangsung dengan sangat rancak kerana beliau banyak memberi tips-tips untuk
Wed 21 Nov 2007
Posted by Ain Jamil under
Motivasi[7] Comments
MALAM KELMARIN saya ada berjumpa seorang adik (memandangkan dia lebih muda daripada saya) yang berminat nak tahu tentang Jus Herba INTRA. Adik Hafiz ni sebenarnya adalah tunang junior saya (Adik Afziha yang merdu suaranya bila menyanyi-Giha, I still remember your talent tau!) semasa di Sekolah Sains Kota Tinggi. Ditemani Adik Fairuz (junior di lab) kami bertemu di IOI Mall Puchong. Saya kagum sebab si Hafis ni beriya-iya nak tahu tentang jus herba INTRA. Dia ada usaha nak berjumpa saya walaupun dia tak kenal saya pun sebelum ni. Saya nampak si Hafiz ada ciri positif untuk buat bisnes. Mengapa? Sebab pertama, beliau berusaha untuk memahami semua fakta yang saya ceritakan dalam masa yang singkat tu (mungkin dia pening tetapi itulah cabarannya untuk belajar). Kedua, beliau terus sign up jadi ahli untuk bisnes jus herba INTRA. Ketiga, beliau ada wajah orang yang akan berjaya dalam bisnes (menurut kepercayaan orang Cina, orang yang bakal berjaya dalam bisnes ada beberapa ciri tertentu pada wajahnya. Ini cerita kemudian lah ya!). Keempat, adik hafiz ni nak cari duit nak kahwin…(Good Hafiz, awak ada mission sebagai penjana kejayaan!). Adik Hafiz ada menyatakan hasratnya untuk menyebarkan tentang jus herba INTRA di Melaka (ya, saya mengalu-alukan idea itu sebab saya memang tengah cari ‘kaki’ di Melaka. Dah siap susun strategi lagi!).
Sebenarnya saya sangat berharap dapat berjumpa orang yang dapat duplicate cara saya untuk berjaya dalam bisnes jus herba INTRA. Tetapi setakat ini tiada siapa pun dapat ikut apa yang saya cuba ajarkan. Betullah, kata orang perkara paling sukar untuk dilakukan ialah ‘permulaan’(untuk bekerja memulakan bisnes). Banyak rahsia-rahsia yang saya nak turunkan sedikit demi sedikit kepada mereka yang mahu berjaya. Saya berharap ada yang akan bersungguh menjalankan bisnes ini kerana pulangannya insyaallah lumayan! (jika anda duplicate cara saya!). Berjuanglah demi ekonomi agama dan bangsa kita!
Note: kita tak mampu copy cara orang lain bekerja, tetapi kita boleh contohi cara mereka! Good luck to Hafiz and Giha…! Cepat buka market di Melaka!
Next Page »