MLM Coaching Program » · Register

November 2007


Mengenang zaman 1980-an…..

reading.jpgAntara kenangan yang tak penah saya dapat lupakan ialah buku-buku yang terawal pernah saya baca semasa kecil (selain daripada buku ABC, 1,2,3 lah ye). Komik pertama yang ayah belikan semasa saya berumur 5 tahun bertajuk ‘KARTUN’. Ia adalah komik yang tiada dialog tetapi saya sayangkan komik ni, sebab payah nak dapat beli (ummi tak kasi ayah belikan komik, nanti anak jadi kartun katanya). Saya baca komik tu berulang kali sampai lunyai komik tu. Dalam masa yang sama, jiran saya ada memberi hadiah beberapa buah buku yang saya boleh hafal setiap satu ayatnya bertajuk “BUAYA-BUAYA DI SUNGAI SOOK”, “BAHTERA NABI NUH” dan “UNTA NABI SALLEH”. Sama juga, buku-buku ni memang saya bawa ke sana ke mari sehinggakan saya pernah termuntah atas buku-buku kesayangan saya ni (maklumlah masa demam pun rajin baca buku). Gurau je….

Banyak lagi buku-buku lain yang ummi dan ayah belikan. Buku yang saya paling tertarik ialah “INDAHNYA PELANGI” kerana ilustrasinya sangat cantik. Semua buku yang saya baca pada usia 5 tahun nipis sajalah, standard budak tadika lah katakan. Ummi suka bawa saya ke ekspo-ekspo buku dan belikan buku cerita serta majalah-majalah kanak-kanak seperti Bambino, Bujal dan macam-macam lagi! (orang seusia saya mesti tahu semua majalah yang popular masa tu).

Tetapi paling saya ingat ialah buku tebal pertama yang saya baca masa darjah 1. Saya ingat lagi sebab masa tu pertama kali nak baca buku tebal (sekitar 200 halaman) bertajuk MISTERI DI RIMBA RAYA (terjemahan siri penyiasatan Hardy Boys). Selaku budak Darjah 1 zaman 1980an, saya rasa macam tak mampu nak baca buku tebal, tapi ummi saya ada taktik, dia pun beli buku yang tebalnya sama (terjemahan siri penyiasatan Nancy Drew), dan ajak saya gilir-gilir baca buku tu dengan dia. Kami mesti sama-sama habiskan baca buku-buku tu. Sejak tu saya makin suka membaca buku-buku yang tebal. Bila saya fikirkan sekarang, pandai juga ummi memupuk minat membaca dalam diri anaknya sejak kecil. Iaitu memberi contoh agar anaknya ikut membaca. Hingga ke zaman adik saya, buku-buku nipis (macam cerita Si Luncai, Pak Pandir dan sebagainya) yang ummi belikan untuk adik, ummi akan baca dulu sebab nak beri contoh kepada adik supaya minat membaca (walaupun buku-buku tu semuanya bukan lagi standard untuk ummi baca). Sudahnya adik saya jadi ulat buku dan lebih advance daripada ummi sebab suka novel-novel English.

Kesimpulannya, didik lah anak melalui tauladan dan bantulah mereka memupuk minat membaca. Tahukah anda, berdasarkan kajian (saya perolehi fakta ni daripada sebuah buku motivasi) majalah-majalah melayu terlaris di Malaysia ialah yang berunsurkan hiburan, artis dan glamorous (anda pun tahu majalah-majalah begini ada pelbagai jenis di kedai buku sebab pembelinya ramai)! Jadi tak salah kalau saya katakan, majalah inilah yang membentuk kebanyakan minda anak-anak Melayu. Sedihnya!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari minggu lepas saya menghadiri satu kursus membina motivasi diri anjuran Syarikat Lifestyles. Penceramah undangan memang best, Billi Lim, pengarang buku Dare To Fail. Sempat saya bersembang dengan seorang Dato (Dato’ F- tak boleh bagi nama penuh nanti kontroversi pulak) dan isterinya. Mereka dalam usia lingkungan 60an. Mereka ada syarikat konsultan berkaitan motivasi. Semasa sembang-sembang tentang pelbagai hal ni, saya perhatikanlah wajah mereka berdua yang sama-sama rancak bercerita. Oleh kerana masa tak mengizinkan, kami bersurai. Pada malamnya semasa saya nak tidur saya fikir-fikir semula tentang apa yang mereka perkatakan dan barulah terlintas dalam fikiran saya yang wajah mereka tu macam adik beradik! Baru saya sedar, terutamanya pada bahagian mata, mulut dan hidung (spesifiknya saya ni). Memandangkan mereka ni pasangan bahagia walaupun telah berumur (dan walaupun ada status Dato & Datin), rendah diri dan penuh ketakwaan, suka untuk saya mengingati mereka sampai bila-bila dan wajar dijadikan contoh. Mungkin juga bidang yang mereka ceburi iaitu berkaitan motivasi melengkapkan lagi persefahaman antara mereka berdua untuk bekerjasama. Betulkah kata orang pasangan yang ada iras rupa yang sama jodohnya kuat?

Wassalam…

Tahukah anda – masa yang paling penting/ bermakna apabila anda bertemu kenalan baru ialah pada 2 minit pertama dan 4 minit terakhir anda berjumpa mereka. Jika pada 2 minit dan 4 minit tersebut anda berjaya memberi tanggapan yang baik kepada kenalan baru, mereka akan mengingati anda secara positif, begitu juga sebaliknya!

Saya rasa ini yang menjadi masalah kepada pengiat baru MLM di mana-mana sahaja. Macam mana hendak menaja downline? Susah hendak menyuruh orang melabur wangnya di dalam perniagaan ini. Seperti saya dan Ain, kami juga pernah juga mengeluh mengenai perkara ini. Tetapi kami anggap ini ialah cabaran. Mana ada jalan yang mudah untuk mencapai kesenangan. Kemahiran untuk menaja downline ini, sikit-sikit dapat dipraktikan apabila anda sudah matang dalam perniagaan ini. Antara persiapan yang perlu anda lakukan sebelum berjumpa dengan bakal downline anda :

  1. Lengkapkan diri anda dengan maklumat tentang produk jualan syarikat MLM anda lebih-lebih lagi produk tersebut merupakan produk kesihatan.
  2. Berpengetahuan luas mengenai syarikat MLM yang anda sertai. Sudah berapa tahun ditubuhkan? Siapakah pengasasnya? dan lain-lain.
  3. Sudah mahir dengan selok belok pelan pemasaran.
  4. Bawalah sampel produk, testimonial tertentu dan starter kit kosong (untuk diberikan kepada bakal downline anda, jika dia bersetuju untuk menyertai anda).
  5. Jika anda mempunyai video testimonial, bawakan sekali dengan komputer riba anda supaya anda dapat menunjukkan keberkesanan produk dengan lebih berkesan.

Setelah 5 perkara tersebut sudah di dalam gengaman anda, maka anda perlu tahu cara untuk mendekati bakal downline anda. Berikut adalah cara-cara yang membuatkan anda berjaya menaja downline baru : (more…)

graph.JPG

Artikel hari ini merupakan sambungan daripada hari semalam. Hanya meluahkan apa yang saya tahu dari menghadiri seminar-seminar mengenai pelaburan. Pada artikel semalam, saya ada menyebut bahawa, pelaburan akan mendatangkan lebih banyak keuntungan berbanding simpanan. Di mana saya boleh katakan, simpanan hampir tidak mempunyai sebarang risiko jika membuat simpanan berhati-hati, kalau ada pun mungkin dalam peratusan yang teramat sikit. Pelaburan pula, walaupun keuntungannya lumayan, ia akan datang sekali dengan risiko. Ingat kata-kata ini ;

“Anything that can go wrong, will go wrong”
Murphy Law

Sejauh mana kebenaran kata-kata ini, apabila segala benda yang kita rancang, gagal atas sebab-sebab yang luar daripada kawalan kita. Sebagai contoh, anda membeli saham syarikat A dengan harapan harga seunit saham akan melambung tinggi dalam masa 2 hari. Kemudian tanpa anda sedari, sesuatu telah berlaku dalam pengurusan syarikat A, membuatkan harga seunit saham jatuh menjunam melebihi dari harga belian anda. Jadi sebelum apa-apa yang terjadi anda telah menjual saham tersebut. Hasil daripada pelaburan anda ialah anda mengalami kerugian. Contoh seperti ini biasa berlaku di dalam dunia pelaburan kerana tiada suatu pun yang pasti di dalam dunia ini. Risiko tetap ada.

Risiko dan pulangan adalah perkara biasa di dalam dunia pelaburan. Jika anda mahu pulangan yang besar, jadi anda bersedia untuk menghadapi risiko yang lebih besar kerana risiko dan pulangan sering berjalan seiringan.

Jika anda seorang yang mahukan keuntungan yang banyak tetapi anda takut untuk menghadapi risiko kehilangan pelaburan anda, jadi terdapat sesuatu konflik di dalam pendekatan anda di dalam dunia pelaburan. Jika ini berlaku, kemungkinan anda tidak akan dapat tidur malam yang nyenyak dan merasa tekanan, kerana pelaburan sering turun naik hari demi hari. Bak kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena. Sebagai contoh, seorang lelaki membawa wang sebanyak RM2000 pergi ke kasino dengan harapan untuk membuat duit atau mendapat keuntungan. Seseorang yang mempunyai sifat toleransi terhadap risiko, tidak akan berputih mata jika kehilangan wang yang dijudikannya. Berbanding dengan seseorang yang tidak boleh menghadapi risiko dan hanya pergi ke kasino sebab ajakkan kawan-kawan, akan berasa tertekan jika kehilangan wang tersebut. Jadi orang seperti ini, tidak seharusnya pergi ke kasino apabila dia belum bersiap sedia untuk menerima sebarang kerugian.

Ia adalah penting untuk memahami perbezaan antara simpanan dan pelaburan. Pada asasnya, simpanan biasanya mencukupi, jika matlamat menyimpan wang anda seiring dengan kadar inflasi. Malangnya, ia tidak akan membenarkan anda mengecapi kemewahan dalam pertumbuhan aset anda di atas atau lebih daripada kadar inflasi.

Pelaburan pula, akan membenarkan anda mengandakan kekayaan anda, kadangkala jauh melebihi kadar inflasi. Sebagai contoh, jikalau anda menyimpan wang anda di dalam akaun simpanan, anda akan menikmati kadar faedah sekitar 0.2 % – 1.5 % [1], dan ia menjadi suatu kebiasaan bagi pelaburan untuk memiliki kadar pulangan 12% atau lebih [2]. Bagi sesiapa yang telah bernasib baik kerana dapat membeli dalam blue chip stocksapabila KLCI berada pada paras 260 dalam tahun 1998 dan kemudian menjual blue chip stocks mereka dalam 1999, pulangan mereka adalah besar 200% atau lebih. Bagaimanapun itu pengalaman lalu, kejadian seumpama itu tidak boleh dirancang dan ianya mungkin terjadi apabila pelabur telah memahami risiko yang datang bersama pelaburan.

[1] : Sumber dari Maybank2u.com.my – Basic Savings Account
[2] : Sumber dari Public Mutual Fund Performance Oct. ’07

Keupayaan anda untuk menguruskan masa ialah asas yang paling penting, dan saya yakin ianya lebih penting daripada keupayaan anda untuk membuat penyata aliran tunai. Berikut adalah beberapa tips ringkas dalam pengurusan masa :

  1. Mitos tentang masa – Anda diberi 24 jam sehari. Masa tidak akan berubah, yang boleh berubah ialah anda sendiri. Jadi andalah yang tahu, apa yang anda hendak buat dengan 24 jam itu.
  2. Ke mana masa terbuang anda – Buat kajian untuk diri anda sendiri, ke mana msa terbuang anda dan apa yang anda lakukan. Kurangkan penggunaan masa untuk benda yang tidak penting dan gunakannya untuk perkara yang lebih produktif.
  3. Lakukan jadual harian – Setelah mengambil kira masa terbuang anda, lakukan jadual harian. Berdisplin dan jujur dengan diri anda. Sekarang ini, banyak perisian yang direka dan boleh digunakan untuk membuat jadual harian seperti Outlook, malah ia boleh mengingatkan kita terhadap sesuatu perkara.
  4. Keutamaan – berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
  5. Lakukan had masa untuk sesuatu perkara -Misalnya, membaca dan membalas email, blog atau menjawab panggilan telefon boleh memakan masa anda selama sehari jika anda biarkannya. Sebaliknya, anda lakukan had sempadan masa yang perlu anda luangkan untuk perkara ini cth. 1/2 untuk semua itu.
  6. Pastikan sistem anda teratur – Kepada para pelajar ini sangat penting. Pengurusan masa juga memerlukan sistem yang teratur dalam segi sistem pemfailan. Susun nota-nota dalam fail mengikut subjek. Jika di dalam komputer, susun dalam folder yang berkaitan.
  7. Jangan membuang masa dengan menunggu – Elakkan menunggu seseorang ataupun untuk sesuatu benda. Tetapkan masa yang tepat. Jika membuat janji, pastikan janji ditepati pada yang ditetapkan. Jangan lambat. Jika anda ada masalah yang penting, diharap dapat dihubungi dengan segara. Sekarang inikan, ada kemudahan handphone.

Jika anda mahir tentang pengurusan masa, keadaan masa anda akan terkawal dan anda boleh buat apa yang anda mahu kecapi setiap hari.

« Previous PageNext Page »