MLM Coaching Program » · Register

December 2007


ASNB

Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional. Kadar itu memepunyai peningkatan sebanyak o.75 sen seunit berbanding tahun lalu; sebanyak 5.55 sen seunit. Kadar hasil pengagihan pendapatan yang diperolehi oleh pemegang unit pada tahun ini adalah 7.11%. Prestasi terbaik yang dicatatkan oleh ASN adalah hasil prestasi yang memberangsangkan pasaran saham, di mana index  komposit  Kuala Lumpur  (KLCI)  telah mencatatkan paras tertinggi iaitu pada  1440.39 mata  pada 6 Disember 2007. Ini bukan sahaja dilihat melalui dividen tetapi juga NAV ( Net Assest Value) bertambah baik.Pengagihan pendapatan ini melibatkan jumlah pembayaran RM86.81 juta kepada 1.21 juta pemegang unit yang melanggan  1.389 billion unit amanah ASN. Pemodalan Nasional Berhad (PNB) juga turut mengumumkan  ia sedang mengkaji cadangan untuk menggunakan wang di dalam unit amanahnya untuk dilaburkan di luar negara pada masa depan.

Mari melabur :)

ASB 07

Pemegang Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima agihan pendapatan sebanyak 8 sen seunit dan bonus sebanyak 1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Tahun lalu agihan pendapatan adalah  7.30 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit.  Jumlah agihan tersebut akan dapat dimanfaatkan oleh  seramai 6.35 juta pemegang unit yang telah melanggan sebanyak 55.28 billion unit ASB.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai pegangan terhadap Unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) bersedialah untuk mengemas kini buku akaun anda. Saya berharap tidak membelanjakan agihan pendapatan tersebut, malah anda terus menyimpan dan memahami kuasa compounding. Selain itu anda juga boleh mempelbagaikan instrumen pelaburan anda, dengan melaburkan agihan pendapatan tersebut ke dana yang pelbagai seperti yang ditawarkan oleh Public Mutual. Sebagai contoh, dalam dana amanah Public China Ittikal Fund (PCIF) yangmembuat pelaburan di Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Singapore dan lain-lain. Dana ini mendapat sambutan yang mengalakkan sehinggakan pihak Public Mutual telah menambah saiz dananya daro 3.375 billion unit kepada 5 billion unit.

 ” ….. financial mastery is spending less what you earn & investing the difference! ”

passive-income.jpg“Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya)….BEGITULAH yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan beberapa tahun lepas. Secara peribadi saya terfikir bagaimanakah dia nak menggunakan 2000 buah kereta tu? Maknanya setiap hari beliau menaiki kereta yang berlainan selama lebih kurang 5 tahun? Atau pagi naik kereta jenis lain, tengahari naik kereta jenis lain dan malam kereta jenis lain pula. Wah, kereta tu bagaikan barang permainan!

Ada dua jenis orang yang kaya di dunia, pertama, yang kaya hasil titik peluh sendiri. Kedua, kaya hasil harta pusaka keluarga yang banyak. Golongan pertama sangat menghargai setiap sen yang dihasilkan kerana mereka telah berusaha keras untuknya. Kebanyakan golongan kedua (walaupun bukan semua) sangat ghairah membelanjakan setiap sen yang diwariskan. Ungkapan Cina lama ada mengatakan ‘kekayaan sesebuah keluarga jarang bertahan lebih dari 3 generasi’. Hal ini berlaku kerana:

1. Generasi Pertama; Si ayah bekerja keras untuk membina kekayaan. Anak-anak melihat kesusahan si ayah dan turut membantu membina hidup mereka sekeluarga. Secara tidak langsung si anak mempelajari banyak seni dan selok belok perniagaan dan menghadapi dunia sebenar kehidupan. (more…)

Berkali-kali saya menemui orang yang berkata, “Macam mana nak bisnes kalau saya tak ada modal…” atau “Saya nak cari duit tapi tak ada kenderaan nak bergerak (untuk jalankan bisnes atau kerja part time)…” atau “Saya busy la tak sempat nak bisnes part time cari duit lebih…” diiringi muka yang sedih dan monyok. Kalau ada orang yang bertanya atau sekadar mengadu pada saya sebegini saya akan perhatikan dalam-dalam wajahnya dan cuba mentafsir darjah kesedihannya tu. Ya, kebanyakan mereka memang benar-benar kesempitan wang. Saya yakin anda pun pernah berjumpa dengan insan-insan yang menyedihkan ini atau anda sendiri yang berkata begitu! Saya bukan ahli ekonomi nak beri mereka jawapan atau nasihatkan mereka. Lagipun dalam kebanyakan masa, apabila saya cuba beri idea atau alternatif-alternatif nak mengatasi masalah mereka, mesti ada 10-20 jawapan diberikan untuk menepis SATU cadangan saya tu dan saya akan kasihankan orang tu (dalam hati lah) kerana betul lah dalam buku motivasi ada mengatakan “Orang yang yang gagal akan sering memberi alasan…” Apabila otak sudah awal-awal kata “Saya tak boleh buat…” maka, segala apa yang datang akan cuba ditepis dan mereka akan kekal tidak berganjak dari kedudukan mereka yang malang.

Berbalik kepada kisah orang yang suka memberi 1001 alasan tadi, sebenarnya hanya ada satu sahaja penyelesaian untuk mereka. Dan ini bukan dongengan ya, saya dah baca banyak buku mengatakan hal yang sama iaitu “GUNA OTAK” untuk atasi hal tersebut. Billi Lim ada berkata, kita mesti cari cara untuk mempelajari seni mencipta kekayaan (art of welath creation). Jangan risaulah kalau kita bukan anak orang kaya. Kita sendiri boleh hidup senang kalau kita boleh gunakan otak untuk keluar dari kepompong kesesakan wang. (more…)

aidiladha.jpg

 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog perfectexcel.com – Tips Pelaburan, Perniagaan dan Motivasi. Semoga kita dapat mengambi ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang mengambarkan kemuncak keimanan, kecermelangan dan kesabaran terhadap segala suruhanNya. (more…)

Konsep Compounding @ Pengandaan merupakan satu cara untuk mengandakan wang anda dan juga menambah kesenangan anda. Konsep ini merupakan satu konsep yang terbaik, selamat, pasti dan sesiapa pun boleh melakukannya. Untuk berjaya mengaplikasikan konsep ini, anda perlu mempunyai ketabahan yang kuat untuk menyimpan wang anda secara teratur. Anda juga perlu tahu, apa yang anda sedang buat dan mengapa anda perlu menyimpan. Yang paling penting, anda juga perlu mempunyai dan memahami jadual Compounding anda sediri. (Anda boleh mendapatkannya dari Financial Planner atau Unit Trust Consultant) Ini merupakan satu pemangkin anda untuk menyimpan secara berdisplin. Dan sudah tentu, anda memerlukan masa, masa untuk kuasa Compounding bekerja untuk anda 24 jam. Ingat! Kuasa Compounding hanya bekerja jika anda memberikan masa untuknya.

Di bawah ini terdapat satu jadual membandingkan 3 kategori masa menyimpan, sewaktu kanak-kanak, baru lepas grad dan setelah bekerja. Sebagai contoh pengiraan, kami mengambil kadar faedah 10% dan dengan jumlah simpanan tahunan sebanyak RM3000. Umur pencen ialah 60 tahun. Jenis pelaburan : Dana Amanah Saham. (more…)

Next Page »