MLM Coaching Program » · Register

December 2007


Saya ingin mengulas 2 buah buku yang saya yakin ramai usahawan dan bakal usahawan telah membacanya. Sesuai dengan tajuknya Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd., tulisan beliau menceritakan beberapa kisah dan tragedi dalam dunia bisnes sebenar. Tulisan beliau memang telus dan mencabar semangat orang-orang yang hendak memulakan perniagaan. Dalam banyak-banyak bab yang ditulis, saya paling tertarik dengan kenyataan beliau bahawa jutawan-jutawan di seluruh dunia mempunyai satu sifat sepunya iaitu mahukan kebebasan peribadi atau tidak mahu bekerja makan gaji selama-lamanya. Mengikut kajian, sekiranya seseorang itu berniaga kerana hendak banyak wang atau semata-mata hendak jadi jutawan, dia bakal menjadi usahawan yang gagal. Para jutawan muncul kerana tujuan asal mereka yang tidak suka makan gaji atau bekerja di bawah arahan orang lain. Sikap untuk memerdekakan diri dan jiwa daripada dibelenggu arahan majikan menyebabkan lahirnya jutawan-jutawan di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu berniaga untuk mendapatkan banyak wang, ia bakal gagal kerana apabila wangnya telah banyak, dia cenderung menggunakan wang yang selama ini diidam-idamkan itu dan akhirnya kehabisan wang yang sepatutnya digunakan untuk memusingkan modal. Minat yang mendalam untuk berniaga menyebabkan para jutawan ini yang dahulunya banyak kali gagal, bankrap malahan dicemuh masyarakat akhirnya menjadi peniaga yang cemerlang hasil kesabaran dan ketabahan diri kerana bukan wang yang menjadi objektif mereka untuk berniaga. (more…)

Seorang pakar motivasi Malaysia, Dr. Sulaiman Masri pernah berkata “Darjah kecerdasan IQ (kecerdasan minda) tidaklah membawa banyak erti atau tidak terguna sepenuhnya jika anda tidak mengenal kecerdasan emosi (Emotional Intelligence/ EQ).” Menurut beliau lagi, menguasai emosi itu lebih penting daripada kecerdasan minda sebagai persiapan awal ke arah kejayaan hidup seseorang dalam alam dewasa nanti.Faktor kecemerlangan akademik sememangnya sangat penting dalam kehidupan masa kini namun demikian, faktor kecemerlangan emosi itu jauh mengatasi kerana itulah yang menggerakkan diri anda untuk terus survive dalam kehidupan yang serba pantas dan menyesakkan kini!

Kepada anda yang banyak membaca bibliografi orang-orang yang terkenal dengan kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi seperti Bill Gates, Thomas Alva Edison (yang hanya menerima pendidikan formal selama 3 bulan & disifatkan sebagai terencat oleh penyelianya) dan ramai lagi! Anda akan mendapati mereka bukanlah pelajar-pelajar yang begitu cemerlang dalam bidang akademik. Faktor kejayaan mereka adalah kerana mereka mengenali potensi dalam diri mereka dan dapat mengenal pasti kekuatan-kekuatan yang tersembunyi dalam diri mereka. Hasil kecerdasan emosi, mereka mengorak langkah untuk menguasai bidang tersebut walaupun kadangkala mendapat tentangan dan disifatkan ‘gila’ oleh orang lain. Cuba anda baca kisah benar ini:

Wilbur Wright dan dan adiknya, Orville Wright adalalah pasangan adik-beradik yang pernah menerima pendidikan tinggi namun tidak mempunyai diploma. Namun, mereka sangat meminati bidang mekanik dan tertarik dengan idea bahawa manusia berupaya untuk terbang. Sebelum membina kapal terbang berkuasa enjin, mereka belajar dahulu untuk terbang menggunakan peluncur udara. Hasil pengalaman beribu-ribu kali menerbangkan peluncur udara menyebabkan mereka memahami bagaimana untuk mengawal kestabilan kapal terbang di udara. Oleh itu, mereka mula bekerja membina sayap yang praktikal di udara hasil ujian kepada lebih 200 jenis permukaan sayap yang berbeza-beza. Kemudian, masalah lain pula muncul iaitu enjin stim yang sepatutnya digunakan untuk menggerakkan kapal terbang ke udara terlalu berat berbanding kuasa yang boleh dihasilkan. Oleh kerana tiada pilihan, (more…)

Wang merupakan medium yang tidak pernah ‘tidur’. Ia akan sentiasa bekerja bila anda pandai menggunakannya. Ia akan bekerja keras untuk anda setiap saat. 24 jam sehari. 365 hari setahun. Anda mesti pandai mencari jalan supaya wang anda bekerja keras untuk anda, bukannya anda bekerja keras untuk wang anda. Apa yang anda perlukan ialah beberapa ringgit sehari. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang genius mengenai kewangan atau ekonomi untuk menjadi kaya. Anda tidak perlu mempunyai sebuah perniagaan sendiri. Anda hanya cuma membuang tabiat buruk perbelanjaan, beli apabila perlu dan menyimpan wang tersebut kesaluran yang yang mendatangkan hasil seperti pelaburan. Nescaya anda akan mencapai kebebasan kewangan!

Sebagai contoh, anda dapat mengumpul RM200 setiap bulan hasil daripada membuang tabiat buruk pembaziran pembelanjaan anda dan ingin melaburkan ke dalam dana amanah. Anda pula mempunyai objektif kewangan anda untuk menyimpan di dalam satu dana amanah dengan modal kapital sebanyak RM1000 yang mendatangkan pulangan kira-kira 20% sebulan selama 25 tahun. RM200 setiap bulan pertumbuhan modal selama 25 tahun, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM 1,839,478.78! Anda adalah jutawan! ;) (more…)

SISTEM PERSEKOLAHAN di negara kita sebenarnya tidak banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu. Sejarah persekolahan bermula pada abad ke-8 dan kemudiannya muncul institusi monastery. Pada abad ke-11 lahirlah sekolah untuk kanak-kanak perempuan dan convent. Dalam pada itu lebih banyak sekolah-sekolah diterajui oleh ahli-ahli industri yang memerlukan sumber tenaga manusia bagi industri mereka. Beberapa tahun kemudian kerajaan mula mengambil alih peranan tersebut yang tanpa disedari telah mengikuti jejak langkah keperluan ahli-ahli industri tersebut. Alangkah sedihnya kerana anak-anak kita sedang mengikuti sistem persekolahan sepertimana yang wujud pada zaman industri iaitu kerja-kerja yang semakin menghilang! (kini, anak-anak sekolah sepatutnya dilengkapkan dengan kemahiran E-dagang).

kids.jpgTujuan sekolah diwujudkan adalah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak agar minda mereka terbuka, meluaskan komunikasi, bergaul, mengembangkan idea dan menjadi berani tampil di hadapan dan menjadi pemenang! Tetapi senario yang berlaku sekarang adalah: satu soalan oleh guru mesti dijawab dengan satu jawapan muktamad oleh pelajarnya (hal ini telah membantutkan idea-idea lain yang cuba disampaikan oleh pelajar sekolah). Sebenarnya ramai cendekiawan negara kita telah menyedari bahawa sistem persekolahan perlu dirombak kerana banyak menjurus kepada teknik menghafal dan mengingat serta mencurahkannya kembali atas kertas peperiksaan. Mungkin kita berjaya menghasilkan lebih ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR atau peratus pelajar yang mendapat 8A dalam PMR semakin meningkat dan begitu jugalah keadaannya kepada calon SPM dan STPM hinggalah bilangan pelajar yang berjaya memasuki IPT juga meningkat dari tahun ke tahun! Tetapi berapa peratuskah daripada mereka yang boleh memberikan SUMBANGAN yang berkesan kepada agama, bangsa dan negara? Hal ini berlaku akibat kesan jangka masa panjang para pelajar yang diajar supaya ‘berfikiran 1 hala’ dan takut untuk mencuba sesuatu yang berlainan daripada apa yang mereka pelajari di sekolah. (more…)

Hujung minggu lepas saya membantu pasangan suami isteri ini menjalankan sebuah program bisnes kami di Johor. Alhamdulillah, kehadiran tetamu sangat menggalakkan di samping jualan jus 23 herba kami juga sangat menggalakkan hingga tak cukup tangan nak melayan! Tak sangka untuk permulaan Man Jaim dan Cik Ida dapat menarik hadirin yang ramai. Saya membantu dengan memberi penerangan tentang produk kepada hadirin dan majlis berjalan dengan ceria serta berlaku komunikasi 2 hala. Saya kagum dengan kesungguhan pasangan ini menjalankan bisnes walaupun hanya sebagai aktiviti sampingan mereka sahaja. Mereka mula terlibat dalam bisnes ini setelah mendapati produk ini dengan izin Allah dapat membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan mereka dan memberi kesan yang sama juga kepada rakan-rakan mereka. Niat mereka adalah untuk menyebarkan maklumat yang berguna untuk kesihatan kepada orang ramai. Dalam bisnes ini saya sememangnya mengagumi beberapa pasangan suami isteri yang sama-sama berganding bahu menjalankan perniagaan. Antaranya Tn Hj. Aziz & Kak Aisah, Dr. Tajul & Kak Zaharah, Tn. Hj. Md. Taib & Kak Su dan ramai lagi. Salah satu ciri yang saya dapat lihat adalah mereka sangat tenang tetapi banyak strategi. Walaupun mereka tidak menjalankan bisnes ini secara sepenuh masa, tetapi mereka tetap gigih dan terbukti cemerlang. Motivasinya, persefahaman itu sememangnya dapat menjana sesuatu yang positif!

Note: Tahniah kepada Dr. Juhari yang berjaya melangkah ke satu lagi peringkat iaitu sebagai National Marketing Director Malaysia. (Beliau begitu sebak hingga tidak sempat berucap lebih panjang pada hari penghargaan). Tahniah Dr!

Pelajari bagaimana untuk membelanjakan setiap ringgit yang anda perolehi sepanjang kehidupan anda. Tahukah anda, anda boleh mencapai kebebasan kewangan cuma RM 1 sehari! Biar betul?!! Ya, ini memang betul. Dan ini adalah kebenaran jika anda fahami nilai wang anda.

Jika anda belum memahami nilai sebenar wang anda, anda mungkin terus mencapai mesin kira ‘financial calculator anda dan terus mengira seperti berikut :

Umur anda sekarang : 24 tahun
Umur sewaktu anda menyimpan : 7 tahun
Jadi, (24-7) tahun x 365 hari x RM 1 = RM 6205

Huh! Macam mana hendak mencapai kebebasan kewangan dengan hanya RM6205. Tolak itu, tolak ini, bayar downpayment kereta habis terus jumlah wang tersebut.

moneytree.gifTetapi jika di dalam minda anda tahu RM 1 ≠ RM 1 , maka anda boleh mencapai kebebasan kewangan dengan RM 1 sehari. RM 1 sebenarnya benih. Benih yang boleh kita semai, yang boleh tumbuh dan berbuah matang malah boleh menghasilkan tumbuhan yang baru di kemudian hari. Ini bergantung kepada bagaimana penjagaan anda dengan benih ini, dan tempoh tumbesaran benih ini. RM 1 bukannya banyak, tetapi ianya akan banyak jika anda sedar akan konsep ini. Cuba bayangkan, anda menyimpan RM 1 ini di dalam bank, berapa tahunkah yang diperlukan untuk menjadi RM 1,000,000? Ini bergantung kepada faedah yang diberikan oleh pihak bank. Jika pihak bank memberikan faedah dan bonus sekitar 3.5% – 7.5%, maka ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan sejuta, tetapi ia tetap menghasilkan pendapatan yang berkali ganda.

Pada kadar faedar 3.5%, anda memerlukan sekurang-kurangnya 402 tahun untuk biarkan RM 1 menjadi RM 1,000,000. Dan ini tidak mungkin dan tidak akan sekali-kali menjadi kenyataan. Tetapi sekarang terdapat pelaburan (unit amanah dengan matlamat pelaburan jangka panjang) menjanjikan kadar pulangan sekitar 15% – 20%. Dengan kadar pulangan 20% setahun, anda akan menjadi jutawan setelah 76 tahun anda menyimpan RM 1 tersebut.

i = Kadar pulangan = 20%
n = Tempoh simpanan = ?
FV = (Future Value) Jumlah yang diingini untuk masa hadapan = RM 1,000,000
PV = (Present Value) Jumlah pelaburan sekarang = RM 1

FV = PV (1+i) n

RM 1,000,000 = RM 1 (1 + 0.20)n
lg 1,000,000 = lg 1.2n
n = 75.78 tahun ≈ 76 tahun

Menarik bukan ;) . Dengan hanya seriggit, boleh menghasilkan sejuta. Ia boleh menjadi cepat jika anda mempunyai banyak benih. Setiap hari menyimpan dan laburkan RM 1. Itulah nilai wang anda!

Artikel Kuasa Compounding!

« Previous Page