January 2008
Monthly Archive
Thu 31 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
Perniagaan[3] Comments
Bagi saya, untuk mengetahui bila masa yang tepat untuk membeli unit amanah dan unit amanah yang mana satu, boleh dikatakan lebih mudah berbanding mencari jawapan, apabila seseorang menanyakan waktu yang sesuai untuk menjual unit amanah yang meraka ada. Kadang-kadang ada di antara meraka yang silap memilih waktu untuk menjual dan sepatutnya unit amanah tersebut di simpan dalam tempoh yang lebih lama atau tertentu. Berikut adalah beberapa tempoh masa yang patut anda fikirkan untuk menjual unit amanah tersebut:
a) Apabila anda tidak mempunyai duit, sehinggakan anda tidak mempunyai duit belanja untuk anda sekeluarga -Â memang sadis sekali jikalau kita berhadapan dengan situasi begini. Tetapi nasihat saya, jika anda ada pelaburan, sebaik-baiknya anda keluarkan dan jualkan ia. Sanggupkah anda melihat kehidupan keluarga anda sengsara? Lagipun unit amanah masih lagi mempunyai risiko yang tertentu. Jika untuk masa yang akan datang, pasaran saham menjunam, anda akan lebih lagi kehilangan wang. Tetapi mungkin dalam keadaan pasaran yang baik, anda mungkin boleh berfikir dua tiga kali untuk menjualnya. Mungkin anda mempunyai jalan lain untuk mendapatkan sumber kewangan, iaitu meminjam dari kawan atau bank. Pastikan kadar faedah yang ditetapkan oleh bank adalah rendah, agar anda tidak mengalami kesusahan yang berganda di kemudian hari.
b) Pertukaran Pengurus Unit Amanah yang baru -Â bukan kita tidak percayakan pengurus unit amanah yang baru, tetapi berikan sedikit masa untuk kita mengetahui kepakarannya dalam mengendalikan dana ini.
c) Objektif dana telah ditukar - apabila objektif dana telah ditukar, ianya akan bercanggah dengan motif pembelian anda terhadap dana tersebut. Jadi, masa yang sesuai untuk anda menjualnya.
d) Prestasi dana yang rendah -Â Anda perlu berhati-hati dalam mengukur prestasi dana amanah. Periksa dana amanah yang lain yang sama objektif iaitu prestasi dana untuk 1 tahun, 3 tahun mahupun 5 tahun. Setelah anda membuat pembezaan terhadap dana-dana ini, jika anda dapati dana anda berada di bawah prestasi, jadi sudah masanya untuk anda jual atau bertukar ’switch’ ke dana yang lain.
e) Anda bertukar status - Bertukar status dari bujang ke berkahwin, atau berkahwin ke mempunyai anak-anak. Kerana anda telah mempunyai lebih tanggungan, dan sekarang anda mengurangkan risiko pelaburan anda. Tetapi jika anda mampu mengawal kewangan anda seperti biasa, jadi anda tidak perlu menjual dana anda, jika berada dalam prestasi yang baik.
Tue 29 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
MotivasiNo Comments
Assalamualaikum semua, nampaknya sudah lama tidak meng’update‘kan blog ini. Rasa lain macam pula :) Maklumlah kami berdua sibuk dengan urusan harian masing-masing. Sibuk dengan kerja. Ain pula sibuk dengan menulis journal untuk thesis dan menguruskan perniagaan. Namun begitu, kami akan berusaha menulis artikel jika ada waktu terluang. Tetapi, kepada anda yang ada mempunyai buah fikiran atau artikel untuk kita kongsi bersama, boleh kirimkan kepada kami di admin[at]perfectexcel.com. Kami amat mengalu-alukan artikel dari anda. Mungkin artikel tersebut adalah datang dari pengalaman anda dalam dunia perniagaan atau sebagainya. Tetapi topik tidak lari dari perniagaan, pelaburan dan motivasi.
Hehehe.. cukup sudah. Berkaitan dengan tajuk artikel hari ini. Nampak macam topik gembira. Tetapi gembira sewaktu berkerja. Uh! Banyak orang cakap, mana ada seronok sewaktu berkerja. Hehe.. Sebenarnya ada. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual ubat, tetapi anda tidak seronok, bagaimana pula yang akan terjadi? Jika anda monyok, murung, agak-agak ada orang hendak datang untuk membeli ubat dengan anda? Sudah tentunya tidak.
Kenapa kita tidak seronok berkerja? Anda perlu tahu, jika kita seronok berkerja, badan kita akan terasa sihat, muka kita akan bertambah berseri, kerja dengan lebih produktif, otak kita bertambah kreatif, lebih banyak kawan dan kita punya aura pun lebih besar. Kita mempunyai tiga lapisan aura, lapisan pertama ialah aura kesihatan, lapisan kedua ialah aura keceriaan, dan aura terakhir ialah keimanan. Jadi aura-aura ini makin tebal jika kita ceria, kita juga akan lebih bahagia dan secara umumnya akan lebih positif. (more…)
Sat 26 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Tahniah kepada kesemua pengedar Lifestyles dan pelanggannya atas sokongan padu yang hebat serta kejayaan di tahun 2007. Pada tahun 2006, Lifestyles Malaysia telah ditabalkan sebagai yang terbaik dalam pertumbuhan pasarannya dengan pertumbuhan sebanyak 37%. Tahun ini, sekali lagi Lifestyles Malaysia telah memecahkan rekod, dengan meraih peningkatan pertumbuhan sekali ganda dari tahun 2006, mengekalkan pemegang anugerah berprestij tersebut. Syabas Malaysia!! HIDUP LEBIH BAHAGIA. SETIAP HARI.

Wed 23 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
Pelaburan[2] Comments
Harga Saham di Asia meneruskan aliran menurun pada hari ini berikutan kebimbangan kemungkinan gergasi ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami krisis ekonomi akan mencetuskan kemelesetan global. Indeks penanda aras Nikkei ditutup 5.7% kepada 12,573.05 mata di bursa Tokyo. Di Seoul, index komposit Korea jatuh 4.4% kepada 1,609.02 mata. Index Hang Seng turut menjunam 8.7% kepada 21,757.63 mata. Di Taiwan, harga saham di bursa saham Taiwan lenyap 6.5% kepada 7581.96 mata. Di bursa Malaysia pula, harga saham turut jatuh akibat tekanan jualan saham mewah dan murah akibat kejatuhan pasaran saham dunia. Index Komposit Kuala Lumpur pula jatuh 54.12 mata kepada 1,354.49 mata.
Berdasarkan ekonomi semasa Amerika Syarikat, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia berkata, sehingga kini, KLCI telah menurun 11.3% dan pasaran saham tempatan dijangka akan terus menurun lagi daripada paras tertinggi pada 1,525 mata kepada paras 1,200 mata. Jangkaan pasaran tempatan akan menurun sekitar 20%. Dianggarkan KLCI akan kembali kepada 1,550 mata menjelang akhir tahun ini. KLCI akan berada pada tahap yang kukuh dan aktif dalam jangka masa yang sederhana dan panjang. Ini memberikan kesan kepada semua dana amanah lebih-lebih lagi dana yang mempunyai objektif pelaburan di Asia.

Penganalis ekonomi : Kesan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia dijangka terhad. Ini berikutan sokongan perbelanjaan domestik yang dijangka semakin kukuh seperti langkah kerajaan yang membenarkan dasar pengeluran wang daripada akaun KWSP untuk pembiayaan perumahan. Kesannya dapat membantu mengurangkan impak luaran ke atas ekonomi tempatan.
p/s: Ini adalah peluang terbaik kepada para pelabur untuk membeli saham murah dan berasas kukuh baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Di Malaysia sahaja, kita mempunyai dana-dana besar yang sentiasa mempunyai sumber pendapatan yang tinggi. Ini adalah peluang yang amat baik, memandangkan asas kukuh bagi dana Malaysia untuk mula membeli saham kerana kebanyakan saham kini murah dan sangat menarik dari segi harga.
Walaubagaimanapun, ekonomi Malaysia masih lagi stabil.
Sun 6 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian1 Comment
Menteri Pelajaran yang terus diasak dengan isu yuran dan pembayaran tambahan persekolahan semalam menetapkan noktah kepada isu itu. Kepada ibubapa yang masih lagi mempertikaikannya mahupun sudah membuat pembayaran, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan. Mungkin bosan dengan apa yang berlaku atau merajuk dengan sikap segelintir ibubapa ungkapan tersebut diucapkan oleh Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran Malaysia.
Tidak mampu, tidak payah bayar. Siapa dah bayar, boleh ambil balik – Dato’ Seri Hishammuddin
Mmm.. macam-macam berlaku pada awal tahun baru ini. Lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan negara. Sudah masuk hari kedua penggal persekolahan tahun ini, tumpuan sepatutnya ke arah pembelajaran anak-anak. Yang paling penting ialah dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Cuba kita renungkan jutaan ringgit yang kerajaan belanjakan dengan pemansuhan yura-yuran dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah terlalu tinggi. Rakyat kita masih mengharapkan subsidi. Sehinggakan pembayaran tambahan pun hendak percuma, sedangkan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk membeli rokok dan melanggan saluran televisyen berbayar.
Ibubapa jangan lupa dengan sumbangan besar kementerian setiap tahun. Berapa ramai ibubapa yang berterima kasih dengan sumbangan kementerian pendidikan sebanyak RM 2.5 billion setahun bagi mengurangkan bebanan mereka terhadap anak-anak yang pergi ke sekolah. Tambahan pula lebih ramai yang merungut dan tidak menghantar anak ke sekolah kerana bayaran tambahan. Saya rasa bayaran tambahan persekolahan bukan baru dilaksanakan pada tahun ini, sudah berpuluh tahun dah sebelum ini, masa saya mula bersekolah darjah satu, malahan pihak kementerian telah membenarkan sekolah-sekolah berunding dengan pihak PIBG untuk melaksanakan dan menetapkan jumlah bayaran tambahan ini. Kenapa tahun ini pula macam-macam perkara yang dibangkitkan mengenai yuran?
Sat 5 Jan 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian[6] Comments
Artikel sambungan dari Sekolah oh Sekolah ….
Adakah sistem pendidikan negara effektif dalam usaha melahirkan modal insan dalam persekitaran minda kelas pertama? Saya rasa jika sistem pendidikan negara tidak dirombak adalah sukar untuk melahirkan modal insan yang boleh beradu di pentas global. Bukan sistem yang berorientasikan peperiksaan, budaya suka menghafal dan masalah guru kurang terlatih juga didakwa membelenggu dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti.
Saya rasa, dan saya juga pernah melaluinya sebelum ini. Sewaktu di sekolah rendah semuanya dikehendaki menghafal. Sebagai contoh, rukun negara. Kesetiaan kepada raja dan negara. Apa maksudnya? Tak tau. Keluhuran perlembagaan. Apa maksud perlembagaan? Tak tau. Merdeka! Apa maksud merdeka? Tak tau. Jadi jika semua solan dijawab sebagai ini, macam mana dengan mutu pendidikan negara kita dan tidak mungkin untuk melahirkan modal insan di tahap global. Kaedah pengajaran sepatutnya mencetuskan idea baru dan budaya mencipt, bukannya meniru orang lain. Ini bergantung kepada inisiatif dan kreativiti seseorang guru.
Apabila disoal, kita mesti memberi jawapan yang rasional, logik dan menunjukkan yang kita ada pengetahuan. Jikalau kita hanya mengulangi apa yang disebutkan oleh orang lain, itu bukan pendidikan. Jika padangan ini diterima, maka ini tidak menjadi satu kejutanlah, jika sistem pendidikan negara melahirkan graduan yang gagal memperolehi pekerjaan dan ia berlaku dalam keadaan guna tenaga hampir penuh, disamping negara menerima ribuan pekerja asing.
Persoalannya: Mampukah guru sedia ada dan korikulum sekolah melahirkan modal insan yang memacu Malaysia ke arah negara maju yang kini tinggal hanya 12 tahun?
Mungkin kita lebih mengutamakan pengurusan di dalam institusi pendidikan daripada pendidikan. Kerana apabila kita sebut tentang pendidikan, maksudnya institusi pendidikan kita boleh dari masa ke semasa menyumbangkan idea baru. Perubahan kokurikulum juga merupakan perubahan yang berterusan. Mana-mana sistem pendidikan pun, kita tidak boleh menetapkan sistem korikulum tersebut. Korikulum mesti diubah secara berterusan. Ini adalah perkara biasa bagi setiap sistem, sistem diperbaiki
Next Page »