MLM Coaching Program » · Register

January 2008


public-mutual.jpgAnak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual Berhad mengumumkan pengagihan kasar untuk 5 daripada dana-dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Dana-dana ini mencapai pulangannya lebih baik daripada ukur rujuk prestasi indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI). Menurut Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow antara dana yang memberi pulangan yang tertinggi ialah Public Dana Savings, Public Dana Focus Select dan PB Dana Growth sebanyak 35.24%, 32.87% dan 56.10% masing-masing.

Pengagihan Kasar Dana Public Mutual bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007

1) Public Dana Savings – 10 sen seunit
2) Public Dana Focus Select – 7.5 sen seunit
3) PB Dana Growth – 9 sen seunit
4) PB Dana Balanced – 10 sen seunit
5) Public Dana Islamic Enhanced Bond – 3.5 sen seunit

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 55 dana untuk seramai 1.35 juta pemegang akaun. Pada November 2007 jumlah dana yang diuruskan adalah sebanyak RM 27.4 billion.

p/s : Mari Melabur! Sebelum terlambat..

Selamat Tahun Baru kami ucapkan. Jadi, apakah perasaan anda apabila melangkah ke tahun baru? Mesti ada ramai menanamkan azam untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi atau kerja-kerja seharian. Jika anda telah tetapkan azam, anda perlu lakukannya dan berdisplin dengan diri sendiri. Bukan bila sampai tahun baru sahaja kita berazam, seelok-eloknya kita berazam setiap hari, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan seterusnya.

Berikut agenda-agenda yang akan berlaku di Malaysia untuk tahun baru ini :

1) Kadar Tol akan naik di 8 Lebuhraya :(
2) Bayaran bulalan pinjaman rumah melalui simpanan akaun kedua KWSP
3) Buku Teks percuma seluruh negara
4) Yuran sekolah dan peperiksaan dimansuhkan
5) Syiling 1 sen dihapuskan

Apakah azam anda?

« Previous Page