February 2008
Monthly Archive
Thu 21 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
Pelaburan[4] Comments
(New Fund/Unit Trust by Public Mutual: PISTF – Public Islamic Select Treasures Fund)
Berita baik kepada semua para pelabur yang sedang menunggu-nunggu peluang untuk melabur =) Hari Selasa lepas Public Mutual telah melancarkan satu dana amanah (unit trust) yang baru iaitu PISTF. Dana ini akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat kecil dan pertengahan yang tersenarai di papan kedua BSKL. Boleh juga saya katakan, dana ini adalah menyerupai dana PIOF yang juga di laburkan di dalam syarikat kecil dan pertengahan di papan kedua BSKL. Mengikut prestasi PIOF selama 2 tahun, PIOF telah mendapat keuntungan sebanyak lebih kurang 80%. Oleh itu sesiapa yang ingin mencari khazanah yang terpendam di dalam syarikat kecil dan pertengahan ini, boleh la menghubungi Unit Trust Consultant masing-masing. Anda boleh melabur sekali gus ataupun mengeluarkan wang KWSP anda. Ingat! bukan lagi dengan syarat pengeluaran KWSP yang dulu.
Jenis Dana = Ekuiti berlandaskan syariah
Jenis pelabur = Aggresif
Jangka masa pelaburan = sederhana atau jangkamasa panjang ~3-5 tahun
NAV = RM 0.25 sewaktu promosi dari 26 Febuari 2008 sehingga 17 Mac 2008
Saya juga akan membeli dana amanah ini, jika tidak kehabisan sewaktu saya ingin membelinya di dalam tempoh promosi tersebut. Nanti boleh lah saya updatekan prestasi dana kepada pelawat blog ini.
Kenapa anda patut melabur di dalam PUBLIC MUTUAL? (wahh.. macam ayat promosi pula)
Klik di jadual di sebelah untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Perbandingan yang di buat di antara syarikat yang mengendalikan unit amanah (unit trust) swasta di Malaysia yang di buat oleh The Edge.
Sun 17 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
KesihatanNo Comments
Rasanya memang sudah lama saya tidak menulis artikel kesihatan. Bukan tidak ada idea untuk menulis, idea itu memang banyak, tetapi untuk menukarkan idea kepada penulisan itu memakan masa sedikit, sebab terpaksa mendahulukan kerja-kerja yang penting sejak kebelakangan ini. Ok, kembali kepada artikel kesihatan pada pagi ahad ini, bagaimana untuk memanjangkan umur dan mengekalkan kesihatan pasangan anda. Tidak kira anda pasangan muda yang baru berkahwin, mahupun sudah lama berkahwin, dan cara ini patut dipraktikan oleh semua orang =)
Kebanyakan orang menyangka dengan memberikan hadiah kepada pasangan anda, boleh membawa keceriaan kepada mereka. Itu memang betul dan itu adalah salah satu cara untuk menceriakan hubungan anda. Tetapi adakah anda sanggup membeli hadiah setiap hari kepada pasangan anda? Mengapa tidak, anda memberikan mereka hadiah yang tidak terdapat di mana-mana dan anda boleh memberikan kepada mereka setiap hari.
Satu kajian telah dijalankan terhadap pasangan yang sudah berkahwin; selain perut-perut suami mereka jauh ke depan (Maklumlah hati senang), mereka juga didapati lebih sihat berbanding dengan orang yang keseorangan, bercerai, tidak pernah berkahwin dan lain-lain. Alasan yang kukuh tidak diberikan di dalam kajian ini tetapi ramai saintis sedang mengkaji kenapa pasangan mempengaruhi kesihatan anda.
Senyuman mampu memanjangkan umur dan ceriakan pasangan anda. Mana ada orang tidak suka jika pasangannya senyum dan mudah beramah mesra. Jika anda adalah seorang pasangan yang serius, cubalah untuk melakarkan senyuman terhadap pasangan anda.
Tidak terlalu beremosi dalam perbincangan. Jangan terus bertelagah dan bergaduh. Boleh dapat sakit jantung dan darah tinggi jikalau berterusan =) Wujudkan kemesraan.
Ada lagi satu kajian yang menerangkan, jika salah satu pasangan menghidap obesiti, maka peratusan pasangannya untuk mengikut jejak langkah obesitinya adalah 37% [1]. Dan peratusan itu adalah banyak. Jadi, jika anda inginkan pasangan yang nampak cantik dan tampan, cuba tunjukkan model yang terbaik. Sebelum mengatakan isteri anda gemuk, cermin dulu diri anda, amalkan aktiviti yang sihat seperti berjogging dan bersukan, bukan anda sahaja yang sihat malah keluarga anda pun sihat.
[1]Â New England Journal of Medicine
Wed 13 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
MotivasiNo Comments
Hasil dari pembacaan saya dari buku The Present : The Secret to Enjoying Your Work And Life, Now!
, Spencer Johnson, walaupun tidak sepenuhnya habis, terdapat 3 nilai penting yang patut kita serapkan di dalam hidup kita.
Perkara yang lalu jadikan sebagai sempadan – Belajarlah sesuatu yang bernilai daripada perkara yang berlaku di dalam diri anda. Anda tidak harus membiarkan sesuatu perkara berlalu tanpa ada sebarang penilaian.
Hari ini lebih baik daripada semalam – Fokus pada kekuatan diri anda pada hari ini. Cuba buktikan diri anda lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. Jadikan anda yang semalam sebagai lawan kerana diri anda sahaja boleh meningkatkan kebolehan diri anda.
Rancang masa hadapan – Jika anda ingin kehidupan yang selesa di masa hadapan, mula merancang pada hari ini. Jangan tunggu esok hari kerana anda tidak akan tahu apa yang berlaku pada hari esok dan seterusnya. Setelah membuat perancangan, cuba sedaya upaya untuk mengikuti rancangan yang anda telah lakukan.
Mon 11 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Amat terkejut apabila ada seseorang yang menelefon Ain dan mengatakan kami merupakan pengiat skim pelaburan di internet. Tidak usahlah untuk kami menulis baik dan buruk pelaburan internet tersebut dan hukumnya di sisi agama. Jika masih belum pasti mengenainya, sila baca artikel di blog Ustaz Zaharuddin. Tetapi apa yang peliknya, di manakah seseorang itu mendapat sumber dan mengatakan kami membuat pelaburan internet? Puas juga saya belek-belek ke semua artikel yang saya dan Ain tuliskan, namun tiada satu pun yang menyentuh mengenai pelaburan internet. Mungkin ada sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kami. Entahlah, kami tidak tahu dan tidak mahu salah sangka.
Buat pengetahuan sekalian, kami merupakan pengiat dalam Conventional Multi Level Marketing  dan hampir setahun kami menyertai Lifestyles International Holding Cooperation. Alhamdulillah, segala usaha dan penat lelah kami terbayar, dan kami masih lagi bergiat cergas. Sekarang ini kami sedang menumpukan untuk melebarkan sayap perniagaan di Muar dan juga di Kota Tinggi. Walaupun, Ain sedang sibuk untuk menghabiskan pelajarannya di peringkat Phd. namun itu tidak menghalangnya dari menjalakan perniagaan. Memang tiada siapa yang tahu bagaimana kami lakukan, betapa susahnya kami untuk berada di tahap ini dan mendapat pendapatan yang berganda yang belum pernah kami impikan. Oleh sebab itu, kami membuat blog ini untuk orang ramai yang ingin bergiat dalam MLM. Jika anda masih lagi mencari-cari MLM untuk sertai, kami sedia meluangkan masa untuk memberikan penjelasan mengenai syarikat kami. E-mail kami di admin[at]perfectexcel.com. (more…)
Sun 10 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Jika kita dengar, sesuatu yang 99% sudah cukup baik dan memadai. Sikit sahaja hendak 100%. Ingatlah bahawa 1% tersebut membawa erti yang besar di dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan, jika anda hanya mendapat 99% perkhidmatan daripada sesiapa; Jadinya ……
a)Â terdapat 4 hari dalam setahun ; tiada surat khabar, tiada berita
b) terdapat 15 minit dalam sehari ; rumah anda tidak mempunyai kuasa elektrik ; rumah anda tiada bekalan air bersih ;Â jaringan internet dan telepon tergendala
c) ….. ataupun hampir beribu-ribu kereta akan rosak setiap hari akibat brek yang rosak
Jadi, apa yang akan terjadi jika ini berterusan ….
a) kos ganti rugi akan berganda
b) pelanggan akan komplain
c) hilang daya jualan
d) imej syarikat anda akan terjejas
Jadi adakah pelanggan anda tidak begitu penting?
Artikel mengenai Kualiti dari Utusan Malaysia Online : Kualiti: Proton tidak mahu mengulangi kesilapan.
Thu 7 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Mmm.. topik yang menarik untuk diperbincangkan. Susulan daripada petikan Utusan Online 6 Februari 2008.
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan, demikian menurut satu kaji selidik CitiBank Bhd. Kaji selidik itu, Citi Financial Quotient (FIN-Q) mendapati, berdasarkan kepada keputusan keseluruhan ditunjukkan dalam 11 bidang topik kewangan utama, keputusan dari Malaysia menunjukkan purata skor Citi FIN-Q ialah 49 daripada 100. Selebihnya 59 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik itu mencatatkan 49 mata dan ke bawah. Kaji selidik FIN-Q itu yang terdiri daripada 400 temuramah dalam talian mempunyai 30 soalan setiap satu di seluruh Malaysia, dilaksanakan untuk menentukan tahap pemahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan mereka.
Emm.. nampaknya masih ramai yang tidak ada kesederan mengenai perancagan kewangan peribadi. Mungkin ada sesetengah yang tahu, tetapi tidak mengaplikasikannya dan mengamalkan cara hidup yang senang dan membazir. Jikalai hendak diikutkan, perancangan kewangan menjadi perkara yang lumrah bagi mereka. Lihat kawan saya sahaja (dia ialah seorang rakyat german), setiap sen yang dikeluarkan walaupun sesen, tetap dicatat di dalam buku peribadinya. Jika kita lihat sememangnya cerewet, tetapi ini isu yang melibatkan kewangan. Bak kata sesetengah orang tidak cukup sesen, tidak sampai angka sejuta. Saya berharap agar satu hari nanti, rakyat Malaysia akan sedar mengenai kepentingan perancangan kewangan. Banyak aktiviti yang diusahakan oleh badan kerajaan dan swasta untuk menyedarkan orang ramai mengenai kewangan. Seperti program Duit Saku untuk mengajar erti kewangan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Satu laman web yang berguna untuk perancangan kewangan ialah www.bankinginfo.com.my . Rakyat Malaysia harus bermula sekarang untuk mula berfikir, belajar dan merancang masa depan kewangan mereka.
Dikesempatan ini kami di perfectexcel.com ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada seluruh warga siber dan rakyat Malaysia.
Next Page »