February 2008
Monthly Archive
Wed 6 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
Pelaburan[3] Comments
Setiap orang di Malaysia ini mengimpikan dan berusaha mengecapi taraf kehidupan yang selesa. Mungkin kebanyakkan golongan muda sekarang ini, berfikir-fikir untuk membeli kediaman impian, kereta idaman yang bakal berada di hadapan rumah anda, dan jenama baju yang anda pakai seharian, suami yang kacak, isteri yang cantik. Mengimpikan sesuatu tidak salah, malah ia membuatkan kita lebih berusaha untuk mengecapinya. Malang sekali semua yang kita impikan memerlukan wang dan bagi golongan yang sederhana, anda akan sentiasa membuat kira-kira bagi membolehkan anda merasai taraf kehidupan sebegitu.
Langkah pertama bagi anda untuk mengecapi kehidupan yang anda impikan ialah dengan menyediakan portfolio pelaburan anda sekeluarga. Komponen yang penting dalam portfolio tersebut ialah pelan pesaraaan, dana kecemasan (reserved fund) dan juga pelaburan yang pelbagai. Saya pernah menulis artikel mengenai dana kecemasan ini tahun lepas. Bagi sesiapa yang belum lagi membaca, klik di sini. Untuk dana kecemasan, kita mempunyai wang tunai di dalam bank sekurang-kurangnya 6 bulan jumlah perbelanjaan kita. Jika anda memerlukan RM3,000 untuk membayar semua utiliti, pinjaman dan perbelanjaan lain, maka anda memerlukan RM18,000 di dalam dana kecemasan. (more…)
Tue 5 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
PelaburanNo Comments
Petikan dari Utusan Malaysia Online 5 Februari 2008
PUTRAJAYA 5 Feb. – Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus bagi dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang diumumkan buat pertama kali.
Menurutnya, kadar dividen tujuh peratus itu membabitkan pembayaran sebanyak RM1.05 bilion kepada pendeposit iaitu yang tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji.
Beliau berkata, pembayaran dividen itu akan dikreditkan dalam akaun pendeposit pada 10 Februari ini.
Wahh, nampaknya Tabung Haji pun mempunyai prestasi yang baik pada tahun ini. Di samping dapat menabung kewangan untuk menunaikan haji ke Mekah, kita boleh juga menggunakan Tabung Haji sebagai salah satu altenatif pelaburan. Kalau sudah banyak wang di dalamnya, boleh lah kita pergi menunaikan haji dan umrah banyak-banyak kali. Hehe.
Tue 5 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Syukur Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi www.perfectexcel.com kerana akhirnya laman web ini mempunyai 100 buah artikel mengenai pelaburan, perniagaan dan motivasi. Walaupun anda sesetengah anda menganggap kandungan ini tidak sebeberapa dan sama seperti laman-laman atau blog yang lain, kami tetap berbangga dengan hasil tulisan kami yang diolah melalui pengalaman dan pemerhatian kami sendiri. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa melawat dan memberikan cadangan untuk memperbaiki segala kecacatan dan kesalahan. Itulah dinamakan ukhwah di alam siber.
Sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan baik saya, Hadi Haizil yang bertungkus lumus tahun lepas bekerjasama sebelum kewujudan laman web ini. Beliau juga mempunyai perniagaan menjual webhosting. Kepada sesiapa yang masih lagi mencari webhosting, anda boleh berurusan dengan En. Hadi kita. Servis yang diberikan amat memuaskan. Terima Kasih, Hadi. Sudah lama juga saya tidak berjumpa dengan Hadi, maklumlah dua-dua sibuk dengan perniagaan masing-masing dan kerja seharian.
Bersempena dengan artikel yang ke 100 ini, kami ingin bertukar wajah, agar lebih ceria dan mesra kepada pelawat laman web ini. Harap semua menyukai wajah www.perfectexcel.com yang baru.
Tue 5 Feb 2008
Posted by Dr. Ain Jamil under
MotivasiNo Comments
My name is unspeakable; my presence undesirable
Nobody wants me as a friend, a relative or even a peer.
But I’m always present when the gold is lost, a business folds and a marriage collapse
I have a reason and a purpose for doin’so.
I have been presented as the enemy, insurmountable, and an object of hate, for I am the standard that is feared by all.
Fear of me stops people from trying for their dreams
Fear of me stops people from dreaming at all
Nobody escapes me for I am the ultimate test
To those who were defeated and have given up the fight, you have misunderstood me.
To those who were crushed and, yet, continue the fight, now know me for who I am.
I am the sun and the water that make life stronger, better and sweeter.
I am proof that nothing is permanent. And no one is immune.
I am the call to arms that revives, awakens and revitalizes.
I am exactly one half of the life that you should be living to the fullest.
I am the hardest lesson to be learned for I am the best teacher in the world….
Now know me by name…
My name is FAILURE !
Mon 4 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
PelaburanNo Comments
Petikan dari Utusan Malaysia Online 4 Februari 2008
KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).
Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.
‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.
Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.
Alhamdulillah, segala persoalan mengenai ASB dan ASN sudah terjawab. Tetapi saya masih tertanya-tanya sebab mengapa hukumnya HARUS. Jika anda ada penerangan yang lebih terperinci, bolehlah kita berkongsi bersama dengan pelawat-pelawat yang lain.
Klik di sini >> Baca komen Ustaz Zaharuddin mengenai isu ini.
Sat 2 Feb 2008
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Ulasan buku How to sell anything to everybody oleh Joe Girard. Mungkin anda pernah mendengar nama Joe Girard. Beliau telah disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai penjual yang terhebat di dunia. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 13,001 buah kereta dalam 15 tahun karriernya sebagai penjual kereta. Beliau tidak mempunyai ijazah , sebaliknya beliau belajar dari kehidupan seharian dan cara penjualan yang ‘old-fashioned’ . Apa yang paling penting bagi beliau ialah kejujuran, berkerja keras dan semua orang boleh melakukannya.
Bagaimanakah beliau boleh melakukannya? Apa yang beliau laksanakan ialah dengan mengaplikasikan The Law of 250. Beliau percaya setiap orang kenal 250 orang yang lain. Jika beliau berjaya membuatkan setiap orang yang berjumpanya mengingati beliau dan mencadangkan kepada kawan-kawan mereka, maka beliau telah meluaskan prospek perniagaannya sebanyak 250 kali ganda.
Joe telah berusaha untuk terus berhubung dengan prospek dan juga pelanggan dengan menghantar kad-kad ucapan. Beliau menghantar lebih 13,000 kad ucapan setiap bulan, dan setiap satunya ditulis sendiri olehnya. Beliau mengirimkan kad tersebut dengan menggunakan sampul surat kosong, yang berlainan warna dan saiz, jadi tiada orang sangka itu adalah surat yang remeh.
Every time you turn off just one prospect, you turn off 250 more.
Saya rasa, buku ini patut dimiliki oleh semua orang yang terlibat dalam perniagaan. Tidak kira kecil atau besar. Selamat Membaca :)
« Previous Page