April 2008


Tertarik untuk menulis mengenai ALASAN. Saya pernah menulis 1001 Alasanmu tahun lepas dan sekarang gatal tangan lagi untuk menyenaraikan alasan-alasan yang selalu kita dengar, tambahan pula MILLIONAIRESPLANET EZINE terbitan Saudara Azizi Ali menulis satu artikel mengenai The Book of Excuse. Kalau kita baca sahaja, memang tidak masuk apa-apa. Masuk depan mata, keluar entah kat mana. Jadi cuba, nilai setiap alasan di bawah, fikirkan samada kita boleh berubah. Orang mengeluh, tetapi pernah anda cuba untuk menghilangkan keluhan itu. Antara alasan-alasan yang popular :

  1. Banyak kerja
  2. Uh.. sangat susah
  3. Saya bukannya orang tamak
  4. Kalau saya kaya, orang datang rompak saya
  5. Kalau saya kaya, orang datang meminjam duit dengan saya
  6. Kalau saya kaya, orang akan culik anak saya
  7. Apabila saya kaya, orang benci saya
  8. Alamak, saya kena belajar mengenai saham, hartanah, pelabura, pencukaian, pengurusan harta, menjalankan perniagaan dan banyak lagi. Itu terlalu banyak
  9. Tidak mengapa, saya masih muda
  10. Saya sudah terlalu tua
  11. Saya tidak pintar
  12. Saya tidak mempunyai kenalan yang sesuai
  13. Saya tidak cukup ilmu
  14. Saya tidak cukup modal
  15. Saya kurang bernasib baik
  16. Jika saya lakukannya dan hilang semua duit saya, jadi ianya adalah sia-sia (more…)

wang-dan-perkahwinan.GIFJohn Lennon, seorang penyanyi, penulis lirik, aktivis keamanan pernah mengatakan ”Wang tidak dapat memberikan saya kebahagian” malah duit membawa kita kepada penceraian. Mengikut satu kajian yang dikelolakan oleh Creighton University, wang merupakan salah satu sebab mengapa ramai pasangan bercerai. Jika anda bercadang untuk mengakhiri zaman bujang anda dalam masa yang terdekat, inilah masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan anda dan membuat analisa kewangan anda.

Antara perkara penting dalam perbincangan:

  1. Berbincang dan menetapkan matlamat jangka masa panjang keluarga.
  2. Buat pelan perbelanjaan keluarga
  3. Mula merancang masa hadapan anda .. SEKARANG!

Wang bukan segala-galanya dan merancang kewangan anda sekarang tidak semestinya membawa anda menjadi jutawan, tetapi ianya boleh membantu apabila anda berdua bertelagah mengenai kewangan kelak. Mengikut kajian pakar-pakar ekonomi David Blanchflower dan Andrew Oswald, orang yang berkahwin lebih sihat, fizikal dan mental. Mereka unur panjang (InsyaAllah), mereka mempunyai pendapatan yang lebih dan sudah semestinya mereka bahagia =) Sebenarnya anda memerlukan wang untuk bahagia sekeluarga. BAHAGIA, bukankah itu sebabya anda ingin berkahwin di tempat pertama…untuk hidup bahagia selama-lamanya?

Beberapa hari lepas saya menulis mengenai Wang dan kebahagiaan yang berkait rapat dengan konsep kesederhanaan ini. Untuk menjalani hidup yang sederhana, anda perlulah:

1. Mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk perbelanjaan bulanan keluarga, membayar bil-bil utiliti, dan lain-lain. Anda juga mempunyai baki pendapatan daripada segala perbelanjaan sebanyak 10-20% untuk simpanan. Yang penting anda tidak menambah hutang dan tidak meminta-minta.

2. Menguruskan hutang-hutang dengan sebaiknya. Menutup segala lubang-lubang di poket anda dengan segala supaya anda dapat menambah simpanan.

3. Anda mempunyai rumah dan kenderaan yang selesa dan bersesuaian untuk anda sekeluarga.

4. Mempunyai simpanan untuk pembelajaran anak-anak sehingga masuk universiti.

5. Mempunyai simpanan untuk persaraan selain daripada KWSP (bagi sesiapa yang mempunyai KWSP). Kepada yang tiada anda hendaklah mengumpul sendiri, dan ingat anda memerlukan wang perbelanjaan sewaktu persaraan kelak. Jangan mengharap kepada anak. Sekurang-kurangnya sewaktu anda bersara, anda mempunyai sejuta dalam akaun anda. Ingat! inflasi memainkan peranan.

6. Mempunyai simpanan kecemasan. Azizi Ali menggalakan untuk anda menyimpan sebanyak 6 bulan perbelanjaan anda. Tetapi tiada salahnya untuk anda menyimpan lebih.

7. Mempunyai pelaburan lain yang bersesuaian dengan profil anda. Pelaburan di unit amanah amat digalakkan. Sekurang-kurangnya mempunyai RM100,000 sebagai pelaburan. (more…)

fairuz: Salam abg najib…buatlah isu percintaan pula.

Huh.. salah satu komen dari pembaca blog kami. Amat mengerunkan. Ada pula menyuruh saya membuat isu percintaan pula. Tetapi kenapa? Pernahkah saya menulis artikel percintaan sebelum ini? Apa pun, terima kasih kepada adik Fairuz kerana memberikan cadangan. Sebenarnya memang saya ingin menulis mengenai isu percintaan, tetapi apabila ingin memulakan tulisan sahaja, saya rasa agak kekok dengan bahasa yang saya gunakan. Mungkin terlalu formal untuk sebuah artikel percintaan. Mungkin belum boleh jadi Dr. Cinta lagi nih. InsyaAllah, saya mungkin akan menulis isu percintaan tetapi ada kena mengena dengan blog ini secara keseluruhan. Jadi, tunggu ya!

Kepada anda, yang ingin perubahan mengenai artikel, atau ingin artikel yang lain daripada yang lain, email sahaja kami atau tinggalkan komen anda. Mudah-mudahan kami dapat penuhi permintaan anda.

Betul ke orang kita hidup secara sederhana? Betul ke kita tidak mengejar kekayaan? Jika tidak, kenapa kita menjadi salah satu negara yang mempunyai pelabur internet yang tertinggi di dunia mengalahkan orang-orang di negara maju? Sanggup melaburkan sejumlah wang yang dikumpul hasil pendapatan, ada juga yang sanggup meminjam wang demi mendapat pulangan yang dijanjikan berlipat kali ganda sehingga 300% dengan masa yang singkat. Lihat sahaja pulangan yang diberi, sudah tentu risikonya setinggi langit. (Risiko berkadar terus dengan pulangan). Mungkin akan hilang kesemua wang sekelip mata sahaja. Jadi sebelum membuat pelaburan, fikir dan buat kajian mengenai pelaburan yang disertai. Lihat! Segala apa yang kita lakukan, mesti diiringi dengan ilmu. Jangan fikir hendak melabur jika hanya mahu bergoyang kaki kecuali menyertai unit amanah. Di unit amanah, anda mempunyai Perunding unit amanah dan pengurus dana amanah yang terlatih untuk memberikan keuntungan pada anda dalam jangka masa sederhana dan panjang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Jadi fikir sebelum bertindak. FIKIR!

Apa gunanya ada harta banyak, hidup dengan ala kadar dan sederhana cukup la. Asalkan bahagia.

Saya pasti anda sering dengar ayat di atas ini. Begitu juga dengan saya, malah waktu kecil lagi saya pernah dengar ayat ini. Tetapi, masa itu mungkin pandangan saya kabur dan mungkin berat sebelah =) Sewaktu itu saya mengatakan orang harta banyak, orang kaya, orang kaya adalah orang jahat, orang kaya banyak masalah keluarga, orang kaya tidak bahagia. Itu semua pengaruh televisyen sewaktu kanak-kanak. Semua cerita drama melayu berkisarkan kepada itu. Pandangan terpesong setelah saya sendiri mengenali orang-orang kaya sewaktu sekolah menengah (ibu bapa kawan-kawan sekolah).

Setelah beberapa lama, saya memikirkan ayat di atas, saya dapat simpulkan bahawa orang yang mengatakan ayat tersebut, kurang pasti atau tidak tahu mengenai erti konsep ala kadar dan kesederhanaan untuk mengharungi masa mendatang. Bagi golongan yang memahami konsep ini, mengapa ayat ini disebut-sebut? Mungin atas sebab-sebab yang berikut:

  • sudah putus asa dalam perniagaan.
  • tiada lagi semangat untuk maju
  • iri hati dengan kejayaan orang lain
  • malas (more…)

Next Page »