MLM Coaching Program » · Register

April 2008


Tiada Modal perniagaan?
Carilah duit untuk dijadikan modal perniagaan. Banyak alternatif untuk mendapatkan modal; pinjaman bank, ah long, PAMA (mak bapa), cari harta karun, minta orang dan banyak lagi. Jadi jika anda sudah cuba bermacam cara untuk mencari modal, tetapi gagal. Tidak mengapa, cuba berfikir sejenak, apa kekurangan anda. Tetapi ingat, anda boleh mendapat ‚modal’ perniagaan yang lebih penting dan dengan kos yang murah. Modal yang saya katakan ialah modal ilmu pengetahuan. Dalami kemahiran yang anda akan gunakan untuk perniagaan anda.
Di mana hendak perolehi kemahiran tersebut?
Jawapannya senang sahaja, baca buku atau majalah berkaitan dengannya. Baca satu hari satu buah buku. Menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pakar. Atau sambung pelajaran anda ke pringkat yang lebih tinggi.
Hendak beli buku dan majalah, kena duit juga!?
Ilmu terdapat di mana-mana, anda boleh membacanya di perpustakaan dengan percuma! Mengapa perlu membelinya. Sewaktu membaca catatkan perkara penting. Lagipun saya rasa membeli sebuah buku yang berharga RM 39.90 boleh menyelamatkan anda beribu-ribu ringgit. Penuhkan ilmu di dada. Pakar pengurusan kewangan, Azizi Ali berkata, beliau membaca beribu-ribu buku sebelum menjadi jutawan. Anda bagaimana? Ingat anda mempunyai pelepasan cukai sebanyak RM1000 untuk pembelian buku. (more…)

Pernah tak kita rasa begitu sukar nak memberi kemaafan? Yang paling menyedihkan apabila kemaafan itu sekadar lahir di bibir sahaja. Hakikatnya, jauh di sudut hati, masih tersimpan seribu satu rasa yang mencengkam jiwa.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apa kata mulai hari ini, apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:

Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)
Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.

Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini?

Salam ceria dan kasih sayang.

JuliaNa.

Oleh Mohd. Nahar Mohd. Arshad dari Utusan Online untuk renungan kita bersama …..

MARI kita fikirkan sesuatu yang pada hemat ramai mustahil berlaku. Fikirkan jawapan kepada persoalan ini; apakah gambaran anda jika harga minyak mencecah AS$200 setong? Apakah model dan polisi ekonomi kita sekarang sudah bersedia dengan kemungkinan ini?

Mungkin atau mustahil kepada persoalan di atas, kita perlu bersedia dengan strategi awal bagi menghadapi segala kemungkinan.

Bergantung dengan model dan polisi ekonomi yang dibina atas andaian harga minyak tidak mungkin mencecah AS$200 bermakna, kita sengaja mencari nahas untuk tidak bersedia!

Impak kenaikan harga minyak semakin menampakkan kesan negatifnya.

Kenaikan harga beras, jagung, gandum dan makanan-makanan ruji seluruh dunia berkait rapat dengan kenaikan harga minyak. Pengangkutan, tenaga elektrik, operasi mesin, bungkusan plastik dan banyak lagi, semuanya bergantung dengan industri gas dan petroleum.

Apa lagi kesan negatif yang dijangka menyusul selepas ini? Ramalan, dengan kenaikan harga barangan secara berterusan, tekanan inflasi akan menyebabkan institusi-institusi kewangan bertindak meningkatkan kadar riba (haram dari pandangan Islam). (more…)

Saya dan Najib sangat risau dengan keadaan politik dan ekonomi negara kita..Saya kurang gemar bercakap soal politik sebab saya yakin diluar sana ada ramai lagi ‘bloggers’ yang sangat arif bab politik (ya saya yakin!). Itu tak termasuk lagi cakap-cakap di kedai kopi. Bulan lepas semasa saya dan Najib melancong ke sebuah negeri, pemandu limo (pakcik) yang membawa kami tak henti-henti bercakap tentang politik. Yang jadi mangsa adalah penumpang sebelah pemandu (lelaki berbangsa Cina) yang disangkakan orang melayu oleh ‘pakcik’(sebab saya dan Najib memang dah berpakat untuk menjauhi isu-isu sensasi politik). Lelaki Cina yang seakan-akan melayu itu ‘layannn..’ sahaja ‘pakcik’. Saya dan Najib agak cuak kalau-kalau lelaki Cina yang sangat penyabar tu lambat laun hilang sabar dan mengamuk kerana ‘pakcik’ ada juga menyentuh isu perkauman. Kami yakin lelaki tersebut berbangsa Cina kerana semasa dah sampai ke destinasi lelaki tersebut menghulurkan kad bisnes dengan penuh mesra kepada kami (patutnya dia hulur juga kad bisnes pada ‘pakcik’ supaya ‘pakcik’ lebih berhati-hati di lain hari untuk bercakap tentang politik). Oh tolonglah ‘pakcik limo’, pelancong datang nak bercuti bukan nak bertekak tentang politik dan janganlah mengutuk bangsa lain. Tanpa bantuan mereka negara kita tak akan maju seperti sekarang… Yang penting kita kena majukan diri kita dahulu!

Kami tetap AMBIL TAHU tentang politik semasa kerana ia mempengaruhi EKONOMI negara dan BANGSA MELAYU…..

Melihatkan kepada keadaan yang ‘agak kalut’ sekarang, ramai juga rakan-rakan saya (yang mempunyai kesedaran tinggi) mula mencari-cari alternatif untuk memulakan bisnes atau menambahbaik bisnes yang sedia ada bagi bersedia menghadapai masa mendatang (ekonomi) yang tak tentu lagi cerah atau sebaliknya. Tahniah kepada rakan-rakan sebangsa saya yang kuat berniaga kerana anda ada kesedaran! Malahan yang mempunyai pekerjaan tetap juga mula mencari-cari peluang perniagaan. Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan yang mempunyai semangat seperti ini! (more…)

Kekayaan yang diperolehi tidak selalunya dapat diukur dengan wang dan harta benda. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan perniagaan, kesihatan yang baik dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.

Hari ini saya nak tambah lagi kekayaan sedia ada anda dengan satu lagi perkara yang membuatkan anda lebih kaya. Kekayaan ini adalah harta yang anda boleh perolehi tanpa berusaha keras dan mengeluarkan sebarang kos pun untuk memilikinya. Sebelum itu, saya nak kongsi satu sajak yang saya ambil dari buku “IBU KOOL BAPA HEBAT” oleh Jamilah Samian yang bertajuk HARTA ABADI.

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas
Lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini
Ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam
Atau di gunung yang melangit tinggi
Kerana ia tersembunyi di dalam diri
Ia tidak boleh dijual beli
Rahsianya ada dalam diri sendiri
Iaitu KASIH SAYANG untuk semua di dunia ini
Itulah pencetus semangat kehidupan!!
Hidup ini ada matlamat
Satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna
Itulah harta yang boleh diberi
Dan harta paling berharga yang boleh diperolehi!

Jadi anda dah tahu apakah kekayaan yang saya maksudkan? Ya, KASIH SAYANG jawapannya. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang kepada keluarga, kawan- kawan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam ini.
Sudahkah anda memberi dan menerima kasih sayang hari ini? Mulakanlah kasih sayang dengan menyebarkan salam, ASSALAMUALAIKUM.

Salam ceria dan kasih sayang

JuliaNa

Ah Chong pemalas : “Saya telah menyertai syarikat MLM ini dan ianya adalah program yang teruk. Sebab itulah tidak ada harapan untuk saya membuat duit di syarikat MLM ini.”
Maniam: “Apa program MLM atau syarikat patut buat untuk awak?”
Ah Chong pemalas: ”Mereka patutnya jadikan saya kaya!”
Maniam: “Oh I see, dan apa yang patut anda lakukan?”
Ah Chong pemalas: “Apa maksud awak?”
Maniam: “I mean, apa tugas yang patut anda lakukan?
Ah Chong pemalas: “?”

Straight to the point , ramai orang yang menyertai MLM gagal. Satu kajian menunjukkan 98% gagal setelah menyertai MLM. Jadinya ada 2% sahaja yang berjaya. Wahh.. sikitnya yang berjaya. Tetapi begitulah hakikatnya. Setelah saya membuat kajian, berikut adalah beberapa jawapan untuk soalan Kenapa anda gagal dalam MLM?

  • Ramai orang yang menyertai MLM sebenarnya, tidak tahu apa maksud MLM (pemasaran berperingkat / Jualan langsung). Saya boleh katakan ini adalah silap orang atasan (upline) kerana tidak menunjukkan pelan strategi yang betul. Konsep MLM sangat penting kerana anda membuat perniagaan ini berpandukan pelan strategi tersebut.? Jadi nasihat saya kepada upline, berikan komitmen anda 100% mahupun 120% untuk downline anda bagi menerangkan konsep perniagaan syarikat MLM anda.
  • Ada juga orang setelah menyertai MLM tidak percaya dengan sistem pelan pemasaran yang boleh mendatangkan hasil. Malah orang tersebut tidak mempercayai upline yang ingin membantunya. Meraka katakan syarikat MLM menjalankan satu skim penipuan dan mereka telah ditipu.
  • Pengaruh luaran membuat anda gagal. Pengaruh negatif ini memang satu unsur yang merbahaya. Malah pengaruh negatif ini datang dari orang sekeliling anda, iaitu kawan, keluarga, dan jiran anda. Mereka selalu memperkatakan benda-benda buruk tentang perniagaan anda, walaupun mereka tidak tahu apa yang anda niagakan. Itu sudah sememangnya lumrah manusia, sakit hati dengan kejayaan dan usaha orang lain. Bukannya untuk memberikan galakkan malah dicemuhnya. Jangan bimbang anda melakukan perniagaan yang halal. Jadi jangan takut! (more…)

« Previous PageNext Page »