MLM Coaching Program » · Register

April 2008


la-tahzan.gifPetikan dari karya masyhur Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni – LA TAHDZAN

Bahagian 67 : JGN BERSEDIH, BACALAH KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA

1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana. Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W

“Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi”

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah

7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar

8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang
(more…)

Sewaktu berada di Malaysia bulan lepas, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengan pak cik saya. Dia merupakan seorang pembantu makmal di sebuah sekolah menengah di Johor. Bukan mengenai dirinya yang saya ingin tuliskan, tetapi mengenai topik perbualan dengannya. Dia menanyakan saya, macam mana ingin berjaya di dalam MLM seperti saya atau Ain. Uh! Sungguh susah untuk menjawab soalan itu. Soalan yang terlalu spesifik sebenarnya. Dia bercerita tentang dirinya sejak dari muda, sudah banyak MLM yang disertainya dan tiada satu pun yang membawanya kepada kejayaan mahupun keuntungan. Dari ceritanya, saya dapat menyimpulkan bahawa ada beberapa aspek yang dia tertinggal sewaktu menyertai MLM.

Secara terus terang saya katakan MLM (Multilevel Marketing) atau jualan langsung atau pemasaran berperingkat/ rangkaian bukannya sesuai untuk semua orang, jadinya jika anda rasa sudah banyak MLM yang anda sertai, tetapi tiada suatu pun yang mendatangkan hasil dalam masa setahun atau dua tahun, angkatlah bakul anda dan beralih kepada instrumen yang menghasilkan pendapatan yang lain. Tetapi anda perlu ingat, MLM merupakan satu instrumen penjana kewangan anda yang menakjubkan, tidak kira anda hidup mahupun mati! Biar benar! kerana pendapatan anda akan sentiasa berterusan. Malah kejayaan anda seperti pangkat anda di dalam syarikat MLM (tidak semua) tersebut boleh diwariskan kepada anak-anak. Jadi anak-anak pun boleh mendapat hasil peninggalan kita. Semua orang boleh sertai MLM, dari tua ke muda, kecil ke besar, professional ke penggangur, hitam ke putih, cantik ke hodoh. Kenapa anda perlu sertai MLM? (more…)

public-mutual.jpgObjektif Dana: untuk mencapai pertumbuhan modal dan menyediakan pendapatan dengan melabur di portfolio saham yang mematuhi syariah dan menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasi dividen yang baik.

Pembahagian Aset: 70% – 90% nilai aset dilaburkan di dalam ekuiti dan selebihnya di dalam instrumen pendapatan tetap dan pasaran wang islam. Di dalam bahagian Ekuiti, 50% akan dilaburkan di dalam saham pertumbuhan modal syariah dan 50% di dalam pasaran saham yang menawarkan dividen yang menarik. Wahh.. bestnya..

Profil Pelabur: Aggresif (Mana-mana yang bujang dan masih belum ada anak, boleh lah melabur di dalam dana ini yek! Kalau yang sudah berkeluarga dan mempunyai pendapatan yang stabil pun dialu-alukan)

Fakta terkini keadaan ekonomi Malaysia

  • Bertahan
  • Asas yang kuat
  • prospek pertumbuhan yang cerah
  • pembelanjaan konsumer yang baik
  • harga komoditi yang tinggi
  • sektor pertumbuhan syarikat-syarikat (Teknologi, binaan bangunan, pembuatan, tenaga kerja)
  • Sektor syarikat dividen (Utiliti, konsumer, perkhidmatan)
  • gpd.JPG

    Klik digambar untuk gambaran yang lebih terang.

    Seperti semua sedia maklum, jangkamasa pelaburan terbahagi kepada 2 iaitu ; panjang (melebihi 5 tahun) dan pendek (kurang daripada 3 tahun). Dan ada juga orang membuat lebih spesifik lagi, pelaburan jangkamasa sederhana (3 – 5 tahun). Setiap satu jangkamasa pelaburan mempunyai pendekatan dan strategi yang berbeza. Untuk mana-mana saham sekalipun ada hendaklah memiliki dua komponen utama dalam pelaburan iaitu : WANG dan MASA. Jika anda ada wang, tetapi anda tidak mempunyai masa untuk membiarkan wang tersebut berkerja untuk anda, anda tidak akan memiliki keuntungan malah anda juga mungkin ditimpa kerugian kerana memilih instrument pelaburan yang salah. Berikan sedikit masa untuk ianya mendatangkan hasil, sesuai dengan objektif pelaburan anda.

    =) Selamat Melabur! Dana amanah baru Public Mutual: Public Islaic Optimal Growth Fund 

    “Mesra Membantu Memuaskan….”Itulah slogan LHDN Malaysia (Lembaga Hasil Dalam Negeri)

    Saya ingin berkongsi kisah saya berurusan dengan pegawai-pegawai LHDN. Memang mesra dan banyak membantu. Maklumlah mereka ditugaskan menguruskan wang rakyat yang nak diserahkan kepada kerajaan. Takkan nak garang-garang. Iye tak?

    Namun, ada beberapa perkara yang mengecewakan saya…..

    Pada tahun 2007, sekitar bulan September lagi saya sudah mengunjungi LHDN cawangan X (dirahsiakanlah..) untuk membuka fail di LHDN bagi membayar cukai. Saya mengira bahawa saya adalah rakyat yang bertanggungjawab kerana mahu membuka fail seawal mungkin bagi memudahkan urusan saya kelak dan ini juga bermakna saya bersedia ‘menyerahkan’ wang kepada kerajaan sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab. Oleh kerana saya memulakan perniagaan pada awal tahun 2007, sudah tentulah syarikat tempat saya bernaung belum mengeluarkan surat EA (penyata yang menyenaraikan jumlah pendapatan kita bermula Januari hingga Disember setiap tahun). Tetapi saya yakin saya layak membayar cukai pada tahun 2008 nanti berdasarkan pendapatan bulanan saya. Bukan beriya sangat nak ‘serah’ duit, tapi undang-undang memang mewajibkan kita bayar cukai, kalau tak bayar kita juga yang susah kan? Maka, saya ingin membuka fail dengan segera supaya tak susah nanti. Apabila saya menyatakan hal ini kepada pegawai LHDN berikut, beliau bagai acuh tak acuh untuk membantu dan berkata “Adik, hanya orang berpendapatan tahunan RM25,000 ke atas sahaja kena bayar cukai”. Saya maklum dengan hal tersebut dan berkata “Saya faham, sebab itulah saya nak buka fail sekarang…”. Pegawai tersebut senyum sinis dan menambah “Adik ada penyata EA?”. Saya jawab “Takda. Belum dikeluarkan lagi….”. Pegawai tersebut menyambung “Adik dah layak ke bayar cukai? Tunggulah penyata EA adik keluar nanti baru buka fail…”. (mungkin beliau tak percaya ‘adik’ macam saya sudah kena bayar cukai). Wajar tak saya kecewa dengan layanan sedemikian? Beliau tak tahu saya bakal dikenakan cukai sebanyak 5 angka! Saya pergi ke LHDN cawangan X sebanyak 2 kali dan malangnya saya asyik terkena giliran kepada pegawai yang sama yang tak nak membantu saya untuk membuka fail di LHDN. (more…)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog PerfectExcel.

    Saya Juliana. Saya sahabat kepada Najib dan Ain. Terima kasih buat mereka berdua kerana sudi menjemput saya sebagai ‘penulis jemputan’ dalam blog ni. Saya masih baru lagi dalam bidang penulisan blog ini, jadi saya amat berharap sokongan dari rakan-rakan pembaca untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan saya. Fokus saya ialah kepada motivasi dan pembangunan diri. Jadi, semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat kita semua.

    Artikel pertama ni, saya mulakan dengan topik “Saya suka diri saya”.

    Ok, saya nak tanya, bagaimana perasaan anda bila anda sukakan sesuatu? Anda suka subjek biologi, dalam kuliah anda beri tumpuan yang sepenuhnya supaya dapat score subjek tu. Anda suka tengok bola, anda sanggup mengorbankan masa tidur anda untuk menontonnya. Anda sukakan seseorang, anda berusaha mengambil perhatiannya dengan apa jua cara sekalipun sampai berjaya. Sebenarnya bila kita sukakan sesuatu, secara tak langsung kita tertarik untuk buat yang terbaik terhadap perkara tersebut, perasan tak?

    Apa kata mulai hari ini, sukakan diri anda sendiri. Laungkan dengan ikhlas dan sepenuh perasaan ungkapan “SAYA SUKA DIRI SAYA”. Kata-kata ini sebenarnya dapat membantu merangsang diri kita menjadi lebih positif, bersemangat dan seterusnya menaikkan keyakinan dalam diri. Ungkapkannya setiap hari, supaya kita tidak kehilangan momentum motivasi dan semakin hampir dengan apa jua matlamat yang ingin dicapai. Contohnya dalam blog ni, saya ungkapkan:

    Saya suka diri saya
    Saya suka Juliana binti Karso
    Saya suka bila saya senyum kerana saya akan membuatkan orang lain tersenyum.

    Cubalah!!!

    Salam ceria dan kasih sayang.

    JuliaNa.

    « Previous PageNext Page »