May 2008
Monthly Archive
Fri 30 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian[5] Comments
Meluahkan rasa tidak puas hati secara diam-diam, memang tidak elok dan tiada siapa yang tahu. Jadi saya cuba menulis pandangan saya, agar warga siber dapat membaca dan sama-sama memberi pendapat.
Saya rasa mungkin anda pernah rasa apa yang saya rasa apabila berurusan di pejabat kerajaan. Sehingga kini, saya tidak pernah berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan di jabatan awam (sesetengah) lebih-lebih lagi ramai di antara mereka merupakan kaum saya sendiri. Bukanlah saya mahu, mereka melayan saya seperti seorang raja. Cukup dengan pertuturan yang berbudi bahasa, lontaran senyuman semasa melayani pelanggan dan menjalankan tugas dengan berkesan sesuai dengan piagam pelanggan umum JPA. Kenapa semua ini boleh terjadi?
Saya berterima kasih kepada JPA kerana memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Selama beberapa tahun hingga tamat pengajian, banyak yang dapat saya perhatikan dan bezakan antara dua negara yang pernah saya duduki. Memang tidak dapat disangkal lagi, Jerman merupakah salah sebuah Negara maju. Segalanya tersusun dengan baik. Walaupun bagi saya terdapat beberapa kecacatan di dalam sistem lagi, tetapi masih lagi boleh diterima disebabkan khidmat pelanggan yang diberikan. Ucapan ‘salam sejahtera = Guten Tag’ didahului, disulam dengan senyuman dan diakhiri dengan ‘terima kasih dan selamat jalan = Danke und Tschüß ’. Kenapa semua ini amat jarang di Malaysia atau jabatan awam di luar negara?
Yang makin menambahkan kepelikan saya, benda ini terjadi hanya di jabatan kerajaan, dan amat jarang berlaku di jabatan swasta terutama di bank-bank dll. Ya, memang tidak dapat disangkal jabatan swasta mengaut keuntungan dari pelanggan, jikalau tidak memberikan layanan yang baik, pelanggan akan lari dan tidak mahu berurusan dengan mereka. Kenapa tidak terjadi di jabatan awam? Adakah mereka berkhidmat secara percuma? Sedarkah mereka, jabatan awam juga mengaut keuntungan dari rakyat dengan pembayaran cukai dan lain-lain? Suka tidak suka dengan perkhidmatan yang diberikan, rakyat terpaksa berurusan dengan mereka. Tiada pilihan lain. Bagi mereka, rakyat tetap akan berurusan dengan mereka walau macam mana sekalipun mereka melayannya.
Artikel ini bukan bersifat politik. Tetapi lebih kepada profesionalism.
Baru-baru ini, rakan serumah saya berurusan dengan Malaysian Hall London bagi menyewa bilik di sana. Dia merungut dengan saya, susah sangat hendak menyewa di sana. Mula-mula kena isikan borang permohonan di laman web, kemudian terpaksa menunggu jawapan melalui email dari mereka hampir satu hari dan yang peliknya, untuk memastikan anda betul-betul ingin menyewanya anda hendaklah menelefon mereka. Ingat! Hanya telefon, tidak boleh email atau sebagainya. Kenapa jadi sedemikian? Di manakah sistem yang efisien? Sistem yang digunakan hampir sama dengan 10 tahun yang lepas. Teringat tulisan Irfan Khairi, untuk berjaya di dalam perniagaan internet, segala urusan jual dan beli harus dihabiskan dengan hanya 3 klik sahaja. Hendak cakap mahal hendak membina sistem internet, sekarang ini ramai sahaja warga Malaysia yang pakar di dalam perniagaan internet, malah mereka boleh mengupah pelajar jurusan IT untuk membina laman web dengan harga yang boleh dirunding.
Entahlah.. saya pun tidak tahu untuk berkata apa-apa.
Cukup buat setakat ini, saya akan sambung apabila saya rasa tidak puas hati lagi =) Selamat berhari minggu untuk semua pelawat PerfectExcel.com.
Thu 29 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian1 Comment
Baru beberapa hari saya menulis mengenai artikel seumpama ini…apa hendak jadi ni….
Suami isteri iklan jual bayi melalui internet ditahan
utusan online 28/05/2008 5:03pm
VANCOUVER, Kanada 28 Mei ? Polis menahan sepasang suami isteri setelah mengiklankan melalui Internet hendak menjual bayi perempuan mereka berusia tujuh hari pada harga AS$10,000 (RM32,394).
Pegawai polis, Konstabel Tim Fanning berkata, pasangan itu ditahan semalam kerana cuba menyeludup manusia, iaitu beberapa hari selepas kejadian serupa dilaporkan di Jerman.
Berikutan insiden berkenaan, bayi perempuan pasangan itu kini dijaga oleh pekerja sosial, katanya.
Katanya, pasangan itu mendakwa mereka hanya bergurau ketika hendak ditahan oleh polis.
Tue 27 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
PerniagaanNo Comments
Statistik menunjukkan sebanyak 90% daripada perniagaan baru gagal dalam masa 5 tahun. Statistik juga menunjukkan 90% daripada 10% yang berjaya bertahan selama 5 tahun itu, gagal sebelum ianya menyambut ulang tahun yang kesepuluh. Dengan erti kata lain, dianggarkan 99% daripada semua yang memulakan perniagaan gagal setelah 10 tahun. Kenapa? Sebabnya terlalu banyak untuk disenaraikan, tetapi antaranya ialah:
- Sistem persekolahan sekarang memberi latihan kepada pelajar untuk menjadi pekerja yang mencari pekerjaan, bukan mendidik mereka menjadi usahawan yang mencipta peluang pekerjaan dan lebih banyak perniagaan.
- Kemahiran untuk menjadi pekerja yang bagus tidak sama dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang bagus dan terkenal.
- Kebanyakkan usahawan gagal untuk membina perniagaan, sebalikanya bekerja keras membina satu pekerjaan untuk diri mereka sendiri. Mereka bekerja sendiri berbanding mempunyai perniagaan sendiri. (Menurut Inc.500 sebuah perniagaan seharusnya memiliki sebanyak 500 orang pekerja. Jadinya, untuk mengatakan anda mempunyai sebuah perniagaan atau anda adalah seorang ahli perniagaan, terdapat 500 orang yang bekerja untuk anda. Walaupun anda tidak bekerja, anda tetap akan mendapat pendapatan bulanan.)
- Kebanyakkan usahawan baru bekerja lebih masa dan membayar sedikit untuk diri sendiri berbanding pekerja sendiri. Jadinya, mereka akan lemah semangat kerana penat.
- Kebanyakkan usahawan baru bermula dengan sedikit atau tiada langsung pengalaman tentang perniagaan yang mereka ceburi (seperti menceburi bidang MLM, tanpa mengetahui apa maksud MLM yang sebenarnya) dan kekurangan ilmu mengenai kawalan kewangan
- Banyak usahawan mempunyai produk atau perkhidmatan yang bagus tetapi tidak mempunyai kemahiran berniaga bagi membina perniagaan yang berjaya.
Sat 24 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
Pelaburan1 Comment
Punca kepada krisis sekarang adalah lebih kepada kegiatan spekulasi dalam pasaran komoditi dunia.
Dengan kemerosotan dalam pelaburan kewangan dan hartanah, tumpuan para pelabur dan spekulator beralih kepada pelaburan komoditi.
Eksploitasi spekulasi mengakibatkan kenaikan harga melonjak mendadak dan ini memberikan isyarat yang salah kepada para pengeluar dan pembeli.
Respons para pembeli yang membuat pembelian panik seterusnya menambahkan lagi kegawatan.
Tidak cukup dengan itu, kegiatan sorok barang oleh peniaga bagi mengaut keuntungan berganda terus menjadikan keadaan semakin parah.
Faktor-faktor lain seperti kenaikan permintaan makanan dunia terutama dari China dan India, kegunaan bahan seperti jagung untuk bahan api bio, dan kemarau di Australia adalah punca-punca sampingan yang sederhana impaknya bagi masa sederhana dan panjang.
Petikan dari: Utusan Online oleh Mohd. Nahar Mohd. Arshad
Fri 23 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Sebuah syarikat internet, Media Consultants SA membuka lelongan semingggu untuk domain america.com sehingga 29 Mei 2008. Lelongan akan bermula pada harga AS$ 1 juta. Domain ini, america.com dianggarkan akan berharga sekitar AS$ 3.5-7.3 juta. Berikut adalah domain-domain yang telah dilelong dan nilainya:

Sudah tentu harga ini ditentukan oleh permintaan ramai domain ini [ sex.com , porn.com, seo.com, creditcheck.com , pizza.com , seniors.com , tandberg.com , sores.com , topix.com , msn.ru ]. Sebab itu di dalam buku Rahsia jutawan internet, oleh Irfan Khari, pemilihan nama domain amat penting di dalam sesebuah perniagaan internet. Dan tidak semestinya domain yang mahal ini menjadi pilihan anda. Kerana ianya telah terbukti bahawa domain yang mahal sahaja seperti BUSINESS.com yang mencecah AS$ 7 juta, tidak menjamin perniagaan internet ada berjaya.
Selamat berhari minggu :)
Fri 23 May 2008
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Ermm… Macam-macam yang berlaku di dunia sekarang. Macam-macam boleh jadi produk untuk perniagaan. Minggu lepas, di akhbar online Malaysia, saya terbaca datuk sedang mencari cucunya yang dijual oleh emak kandungnya sendiri. Tetapi di German lain pula jadinya. Produk yang sama, jual anak, tetapi konsep yang berbeza. Maklumlah negara lebih maju, jadi cara jual belinya pun maju. Seorang ibu telah menjual anaknya di ebay.de dengan harga lelongan bermula dari EUR 1, iaitu bersamaan dengan RM 5.07 . Dalam lelongan tersebut, dia melampirkan sekali gambar anaknya di dalam kerusi roda dan menulis ‘Saya buka lelongan untuk bayi baru saya. Bayi lelaki yang tingginya 70 cm. Anda boleh membawanya dengan lampin atau kereta sorong bayi’.
Pihak ebay.de telah menghentikan lelongan dan perkhidmatan akaun emak bayi tersebut dan sedang melakukan siasatan dengan polis mengenai perkara ini. Yang peliknya, emak bayi ini merupakan seorang penjual tetap di ebay dan telah melakukan jual beli dengan sempurna dan mendapat 174 komen yang positif daripada pembeli-pembelinya.
Nampaknya, sudah tiada produk lain yang boleh lagi jual. Kenapa semua ini terjadi? Tidak kisahlah jika ianya terjadi di negara yang tidak mengamalkan agama dengan sempurna. Tetapi ianya terjadi di negara kita dan orang melayu islam. Adakah dengan menjual anak dapat melepaskan kesempitan wang yang ada? Adakah ianya untuk suka-suka?
Next Page »