MLM Coaching Program » · Register

May 2008


minyak.JPGSemalam (21 Mei), hara minyak global melonjak melepasi paras AS$ 130 setong. Apabila saya menonton berita di ZDF (saluran televisyen german) pada pagi ini, harga minyak naik lagi sehinggan AS$ 135. Dan ia tidak menjadi sesuatu yang pelik dan mustahil jika dalam tempoh yang berdekatan, ia akan menjadi AS$ 150 setong. Antara sebab kenaikan harga minyak global:

  • Kekurangan bekalan di Amerika Syarikat. Bekalan minyak tidak selari dengan keperluan.
  • Kelemahan mata wang dolar Amerika ( AS$ 1 = RM 3.21 pada 21 Mei)
  • Inflasi dunia

Kenapa Amerika? Sebab Amerika merupakan pengguna bekalan minyak yang terbesar di dunia.

Sekadar memberi ulasan terhadap keadaan semasa. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Saya ada menulisnya di dalam artikel Jika harga minyak mencecah AS$ 200

solat-dan-doa.JPG

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa? Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.Anthony Robbins pernah berkata, rahsia kejayaan diri sendiri adalah dengan memfokus pada kejayaan orang lain dulu. Buktinya, Anthony Robbins berjaya menjadi motivator paling dikenali serata dunia kerana dia murah hati membimbing kejayaan orang lain dan membuat sesiapa saja merasa dekat dengannya, mendoakan kejayaan mereka walaupun pertama kali berjumpa dengan dirinya.

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

Buat pembaca blog ini, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

Salam ceria dan kasih sayang,

JuliaNa
http://mayuli.wordpress.com

Uh.. sudah lama tidak mencoretkan pendapat atau luahan di sini. Jadi, apa khabar kepada semua pembaca PerfectExcel? Di harap semua segar ceria di samping keluarga tersayang. Bukan tiada idea untuk menulis di sini, malah banyak sangat yang hendak ditulis sehingga tidak tahu topik mana yang harus saya tulis, tambahan pula masa amat mencemburui saya untuk menulis di sini pada minggu lepas. Sebab maklumlah banyak sangat agenda di tempat kerja, deligasi syarikat besi dari korea la, pertandingan bola baling pantai la, mesyuarat department Technical Service la, macam-macam aktiviti lagi. Cukup! Saya bukan hendak tulis pasal kerja kali ini, tetapi satu cerita yang baru ditayangkan di TV3.

Lepas balik dari kerja, lepas makan, rasa penat saja rehatkan badan atas sofa sambil mengodeh internet. Tengok kat bookmark, ada disimpan website Tv3. Sudah lama juga tak meng’update’kan diri dengan cerita-cerita baru, apatah lagi menonton Buletin Utama, lebih baik baca sahaja berita di utusan.com.my. Berita sama sahaja, berita mana yang dah muak, berat sebelah, remeh senang sahaja.. tak payah baca. Kalau tengok Buletin Utama nanti, kena tengok satu segmen ke satu segmen. Banyak masa yang abis.. Opss.. melalut lagi saya nih.. (more…)

Download E-Book Percuma! The Science of getting Rich by Wallace D. Wattles – 1910

Ingin menyelesaikan masalah kewangan? Bukan wang, sebenarnya Financial Intelligence (FI) atau kecilikan mengenai kewangan yang akan menyelesaikannya. Antara keluhan yang selalu kita dengar ialah:

  1. Saya tak cukup duit
  2. Saya sudah banyak berhutang
  3. Saya tidak mampu untuk membeli rumah
  4. Kereta saya rosak. Macam mana nak dapat duit nak repair kereta tu?
  5. Anak nak pergi universiti.Tak dapat biasiswa mahupun pinjaman. Macam mana nih?
  6. Saya tak suka kerja saya. Tapi saya tak boleh berhenti. Nanti nak makan apa plak.
  7. Bila saya bersara nanti, saya tak duit. Saya tiada simpanan persaraan
  8. dan lain-lain (anda sendiri boleh senaraikan)

fi.JPGFinancial Intelligence dapat menyelesaikan masalah di atas dan juga masalah-masalah lain. Tetapi malangnya, kita kurang mendapat pendedahan mengenai ilmu ini, dan masalah yang kita hadapi akan berada pada takuk yang sama. Tidak berganjak tetapi mungkin lebih bertambah. Sebagai contoh, ramai yang tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menghadapi hari persaraan. Jikalau mereka tidak mencuba untuk mengubah keadaan, maka masalah itu tetap ada dan menjadi lebih besar apabila hari makin dekat dengan hari persaraan dan anda memerlukan banyak wang untuk rawatan kesihatan. (Syukur, baru-baru ini kerajaan telah melanjutkan umur persaraan hingga 58 tahun, jadi anda ada beberapa tahun untuk membetulkan keadaan.) Masa belum lagi terlambat. Sebenarnya tiada yang terlambat, jika anda mula daripada sekarang. Suka atau tidak, wang tetap mempengaruhi cara hidup dan kualiti hidup.

Download E-Book Percuma! The Science of getting Rich by Wallace D. Wattles – 1910

Saya ingin berkongsi kisah tauladan dengan anda..

Saya didatangi seorang pelajar (graduated student in Chemistry) yang beriya-iya menyampaikan hajatnya.

“Puan, boleh tak nanti perkenalkan saya dengan mana-mana jenis bisnes? Saya nak bisnes lah. Saya tak minat nak kerja dalam bidang yang saya pelajari…”

Saya baru menarik nafas untuk menjawab soalannya. Tetapi dia lebih pantas memotong..

“….tapi saya tak nak jual ubat lah, tak retilah nak jual barang.. Saya nak bisnes lain, yang penting bukan jual barang…” (dia kata tak mahu jual barang kerana dia tahu saya buat MLM – menjual supplements).

Oh, saya terpegun dan rasa nak ketawa dengan hujah budak ni. Saya sedih dengan pengakuan seperti ini. Saya menjawab dengan penuh kasih sayang…

“Kalau awak tak mahu menjual barang, hatta sebatang pen sekalipun, bolehkah awak bisnes hal-hal lain..? Menjual barang adalah asas kepada kemahiran bisnes manusia adikku. Itulah bisnes yang paling mudah di dunia.…”

Dia terdiam… (more…)

Masalah kenaikan harga barang seharusnya menyebabkan otak kita lebih kreatif atau lebih bijak ketika berbelanja. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak sedunia dan tekanan inflasi harus kita tangani terlebih dahulu dengan bertindak sendiri!

Bagaimana?

Salah satunya, iaitu dengan menyenaraikan barang-barang keperluan yang perlu digunakan dan berbelanjalah di pasar raya hiper (tawaran harganya lebih murah berbanding kedai-kedai biasa). Adalah lebih baik jika berbelanja secara pukal pada pertengahan bulan. Ini adalah bagi menjimatkan masa anda (yang tentunya amat berharga) daripada beratur panjang di pasar raya hiper pada akhir dan awal bulan di mana semua pekerja baru mendapat gaji. Tambahan, membeli secara pukal membolehkan supaya anda tidak membazirkan minyak petrol untuk ke kedai berulang kali.

Masalah di negara kita ialah orang miskin berbelanja lebih banyak berbanding orang kaya. Ini adalah kerana orang kaya mampu pergi ke pasar raya hiper sedangkan golongan berpendapatan rendah pergi ke kedai runcit berdekatan rumah yang harganya antara 30-40% lebih mahal berbanding pasar raya hiper! Pekedai runcit tidak salah kerana mereka terpaksa menaikkan harga barangan akibat terhimpit dengan pertumbuhan pasar raya hiper yang semakin banyak.

Sementara itu, marilah kita berdoa supaya harga minyak tidak naik lagi (bukankah negara kita ni negara pengeluar minyak?) Begitu juga air dan elektrik. Tolonglah….

« Previous PageNext Page »