June 2008


zakat.JPGAlhamdulillah, sudah selesai menyempurnakan tugas sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai pendapatan untuk tahun perniagaan 2007 dan juga tugas sebagai seorang Islam dengan membayar zakat pendapatan. Kepada perniaga-perniaga, sudahkah anda menjelaskan cukai anda?

Berkata mengenai zakat, banyak perkara yang terlintas di fikiran saya. Kadang-kadang saya bertanya kepada isteri saya, dimanakah wang zakat ini disalurkan, sedangkan masih lagi terdapat umat Islam yang miskin, mualaf yang terbiar, sekolah agama yang tidak terurus. Sedangkan duit zakat ini yang saya fikir, kalau dihimpunkan dan dikutip di seluruh Malaysia, lebih daripada RM 700 juta – RM 800 juta. Jikalau RM 800 juta itu disalurkan di tempat yang betul, iaitu pada golongan penerima zakat yang betul, saya rasa tiada lagi keluarga Islam yang miskin, hamba sahaya. Dan jika di ambil sebahagian kecil dari wang zakat ini untuk menjaga kebajikan saudara baru malah wang zakat ini boleh diberikan kepada orang yang teringin memeluk agama Islam, saya yakin mereka akan lebih menyukai Islam, berminat untuk mendalami Islam.

Mana duit itu pergi?

Saya rasa, ramai saudara baru terasa mereka terbiar. Tidak pula kurangnya, ramai juga yang bising megenai persatuan agama lain memberikan bantuan kewangan kepada budak melayu muslim, bagi bantuan itu, bagi bantuan ini, dan ada tempat agama lain yang memberikan rawatan percuma. Kita bising. Kenapa kita tidak buat? Dengan adanya duit zakat kita kenapa tidak buat?

Saya berharap wang zakat ini diuruskan dengan amanah dan betul. Ini merupakan salah satu cabaran kepada pihak pengurusan dana-dana zakat Islam. Kita hendaklah menggunkan betul-betul duit zakat ini, agar tiada umat Islam yang merempat. Ini merupakan prioriti yang harus diberikan oleh pihak pengurusan zakat bagi setiap negeri. Dana kita ada. Wang kita ada. Kita umat yang paling kuat. Kita kutip atas nama Allah dan Rasul. Tetapi kita tidak tahu wang ini ke mana?

?Update!

Dis. 2008: Saya telah pergi ke Lembaga Zakat Selangor di Bangi dan saya dapati ada satu helaian percuma yang menerangkan agihan zakat di negeri Selangor. ‘Info Agihan’. Syabas Lembaga Zakat Selangor kerana sedikit sebanyak umat islam tahu di mana wang zakat dibelanjakan. Bukan tidak percaya dengan lembaga zakat, tetapi sedikit sebanyak kami dapat memantau kemajuan & status ekonomi orang islam.

20 Mei 2009: Terdengar di Berita Semasa TV1, Jakim dengan kerjasama JAWHAR (Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji, di Jabatan Perdana Menteri) akan mengeluarkan satu dokumentari mengenai zakat. Dokumentari Infaq dipaparkan melalui segmen-segmen wawancara, polemik ilmiah dan perbincangan serta pandangan umum mengenai isu-isu dan tinjauan kepada realiti mengenai infak. ?

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan sedih.
“Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” Si Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya” jawab si murid muda. Si Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, Bawalah kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu.” Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua gengam garam sebagaimana yang diminta.
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit” kata Si Guru.
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin.  “Bagaimana rasanya?” Tanya Si Guru. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Si Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. “Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke danau”. Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu, Begitulah fikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir danau. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tekakkannya, Si Guru bertanya, “Bagaimana rasanya nak?”
“Segar, segar sekali Guru” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau tersebut sampai sepuas-puasnya.
“Nak,” kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa `masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar danau”.

Sumber

Selalunya terdapat beberapa cara yang terbaik….

sedekah.jpg

Pada suatu pagi yang hening, di dalam sebuah ibu kota yang sibuk,  terdapat seorang budak buta yang sedang duduk di anak tangga di sebuah jejantas dengan meletakan mangkuk kosong berhampiran kakinya. Dia memegang sebuah kad, yang diperbuat daripada sekeping kotak, yang tertulis

Saya seorang buta. Bantulah saya.

Tidak banyak duit syiling lebih-lebih lai duit kertas di dalam magkuk tersebut.  Seorang lelaki yang bergaya sedang menuruni jejantas, sambil meraba-raba duit syiling di dalam poket seluarnya, dia memandang kad yang ditulis oleh si buta tersebut. Dia meletakkan duit syiling di dalam mangkuk dan kemudian dia mengambil kad si buta tersebut yang terletak bersebelahan dengan mangkuk. Dia memalingkan kad tersebut, mengambil pen di poket baju kemejanya dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan balik kad tersebut, supaya orang yang lalu-lalang di situ akan nampak ayat terbaru si buta.

Setelah beberapa ketika, mangkuk itu mula dipenuhi dengan syiling.  Ramai orang yang memberi sedekah kepada budak buta itu.

Di tengahari pada waktu yang sama, lelaki yang mengubah kad si buta datang untuk melihat perubahan yang berlaku. Si buta itu tahu lelaki pagi datang kerana bunyi tapak kasut dan bauan yang dipakai lelaki itu. Si buta bertanya ‘Apa yang anda ubah pada kad saya pagi tadi?’ . Lelaki tersebut menjawab, ‘Saya hanya tulis perkara yang benar. Saya tulis apa yang tertulis di kad itu sebelum ini tetapi di dalam cara yang berlainan.’ (more…)