July 2008
Monthly Archive
Fri 25 Jul 2008
Posted by Dr. Ain Jamil under
Blog SeharianNo Comments
Saya dan suami memang meminati bisnes. Kami sepakat untuk tidak mencampurkan perkaitan antara bisnes dengan keadaan politik masa kini. Najib berpendapat jikalau keadaan politik tidak menentu sekaligus menyebabkan kelembapan ekonomi, tak bermakna para peniaga tak boleh survive. Tidak dinafikan keadaan agak sukar, tetapi kita kena cari peluang di sebalik kegetiran kelembapan ekonomi semasa…
Beberapa minggu lepas,seorang makcik businesswoman telah bertanya di mana Najib akan bekerja setelah pulang ke Malaysia? Saya jawab Najib tak akan bekerja sebagai engineer kerana nak buat bisnes bila balik Malaysia (Najib memang meminati bisnes walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang Mechanical Engineering di Germany). Businesswoman menjawab, tak payahlah bisnes masa Pak Lah memerintah ni. Saya terdiam kerana agak terkejut dengan kata-katanya tu. Oleh kerana saya buat tak tahu dia ulangi lagi ´´Betulll…janganlah bisnes time Pak Lah memerintah niii..payahh..´´ dengan nada lebih kuat. (Kasihan PM, kalau businessman satu Malaysia salahkan dia macam ni). Saya terkejut dengan pandangan old timer businesswoman macam makcik tersebut. Sukar untuk saya bergaul dengan orang yang suka melemahkan semangat bangsanya sendiri walhal kami dalam bidang yang sama (berniaga).
Najib dan saya 110% menolak pandangan makcik tersebut dan tidak bersetuju dengan kefahamannya. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi lah orang yang pandai mencari peluang akan membeli saham, membeli asset-aset yang tentunya harganya lebih murah berbanding pada masa kegemilangan ekonomi. Bagi kami, tidak perlu menyalahkan kerajaan atau sesiapa sahaja atas kegagalan kita. Jika kita mahu, kita boleh rancang untuk melakukan dan betul-betul melakukannya.. Berjaya atau tidak tentunya di tangan Tuhan. Jika kita Berjaya Alhamdulillah, jika kita gagal, bermakna Tuhan mahu kita pelajari sesuatu daripada kegagalan itu supaya kita jadi pemenang suatu hari nanti. Yang penting jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang melemahkan semangat kita. Percayalah dalam kepayahan mesti ada peluang. Tak semestinya perlukan banyak duit untuk buat duit…
Ps: kepada para pengedar jus herba intra, tahniah atas sales yang memberangsangkan pada bulan
Fri 25 Jul 2008
Posted by Najib Mohamed under
Perniagaan[9] Comments
Farizth,
Secara ringkasnya E-Dagang bermaksud, jual beli samada berupa barangan mahupun perkhidmatan melalui saluran elektronik sebagai contoh internet, telefon, fax dan lain.lain. Segala maklumat dan pertanyaan jual dan beli, dari penerangan produk sehingga produk diterima serta khidmat pelanggan semuanya melalui internet. Dengan melalui saluran elektronik, masalah jarak dan waktu dapat diselesaikan kerana peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di ruang siber. Untuk menjalankan perniagaan E-Dagang anda memerlukan sebuah laman web dan juga merupakan ‚kedai maya’ anda untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Sistem pembayaran di internet juga, makin hari makin berkembang dengan adanya ciri-ciri keselamatan. Khidmat pelanggan juga dapat dilaksanakan melalui email mahupun talian telefon.
Bagi pendapat saya, E-Dagang merupakan satu perniagaan yang meningkat maju dan satu hari nanti menjadi satu perniagaan yang terunggul. Kita sekarang berada di zaman informasi dan bukan lagi di zaman perindustrian. Semenjak tembok Berlin dijatuhkan, zaman informasi terlah bermula dengan seringkali kita dengan www. Sejak daripada itu ramai jutawan-jutawan malahan billionaire datang dari E-dagang seperti Bill Gates, Michel Dell dan juga sahabat Larry Page dan Sergey Brin yang menubuhkan Google. Di dalam negara kita juga, kita mempunyai pakar dalam perniagaan internet iaitu Irfan Khairi. Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan, perniagaan internet boleh menjadi satu pilihan kerana kos yang murah dan pulangan yang amat memberangsangkan. Apa-apa pun, ilmu perlu ada untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Saya sarankan supaya anda pergi ke seminar-seminar perniagaan internet bagi memperlajari selok.belik saluran elektronik ini. Satu nasihat saya, yang terperdaya dengan pelbagai skim-skim yang menyatakan mereka juga adalah e-dagang. Setiap perniagaan mesti mempunyai sesuatu yang diniagakan tidak kisahlah produk ke, perkhidmatan.
Saya harap dapat membantu anda.
Thu 24 Jul 2008
Posted by Dr. Ain Jamil under
Blog Seharian[7] Comments
Saya ada menonton Majalah 3 bertarikh 5 Julai 2008 berkenaan segmen penanaman anggur di Perlis hasil bantuan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Teknologi yang sangat mmeberangsangkan kerana anggur berjaya ditanam dalam iklim di negara kita dan yang menerima hasilnya adalah rakyat tempatan negeri Perlis. Salah seorangnya ialah Che Yah Hanafi, 44 tahun, bapa kepada 2 orang anak sudah 4 tahun berkecimpung dalam pembangunan nurseri buah anggur di sana. Beliau memang meminati bidang penanaman anggur dan sukakan pekerjaan yang mencabar. Lantaran, beliau berusaha menjalankan projek tersebut bermula 4 tahun lalu hinggalah nurseri beliau berjaya menghasilkan anggur yang enak dan segar. Tambahan lagi beliau turut menjual anak-anak benih buah anggur yang mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia (harga 1 anak pokok sahaja mencecah RM25. Wow!). Dan jangan anda tak percaya beliau adalah seorang yang cacat kakinya. Kagumnya melihat beliau menjalankan pekerjaan hariannnya walaupun dalam keadaan kurang sempurna fizikal dan menerima hasil pendapatan daripada buah anggur.
Apabila melihat kecekalan orang Melayu di hujung utara Malaysia sana sedang mengerjakan pekerjaan yang bermanfaat, dalam masa yang sama bagaimana pula dengan kekalutan orang Melayu di sekitar ibu kota Malaysia. Dengan protes kenaikan harga minyak, protes terhadap kerajaan dan bermacam-macam lagi hingga tercetusnya adegan tumbuk menumbuk, saling mencaci semuanya semacam orang Melayu ini tiada lagi maruah dan macam tak ada kerja lain nak dibuat. Asyik-asyik menyalahkan pihak-pihak tertentu. Kenapa tak kita perbaiki diri kita dan tingkatkan taraf hidup kita dari pelbagai bidang termasuklah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kekuatan mental untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tak menentu ni. Sayangnya masa yang dihabiskan untuk protes memprotes, menyertai perhimpunan untuk menentang pihak-pihak tertentu, tenaga yang digunakan untuk melaungkan slogan bahawa pihak tertentu kejam, jahat dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik masa itu digunakan untuk bersama keluarga, mencari nafkah keluarga dan beribadat? Saya yakin hasil perlakuan mereka BELUM PERNAH BERJAYA memberi apa-apa kebaikan pun kepada para penduduk Malaysia… Cuba renungkan, berita terbaru mengenai tanah-tanah milik orang Iraq sedang cuba dikuasai secara senyap-senyap oleh pihak Israel melalui penyamaran nama syarikat Israel di Iraq sangat menakutkan. Dan tanah-tanah pilihan adalah yang mempunyai sumber minyak sahaja. Ya, sumber minyak sedang dimonopoli oleh pihak Israel yang asalnya tiada kaitan langsung dengan Negara Islam Iraq itu! Negara Islam sebesar dan sekuat Iraq boleh jatuh ke tangan Amerika dan sekutunya hanya kerana penduduknya yang kononnya mahukan pembaharuan kerajaan suatu ketika dahulu…
Akhir sekali, tahniah para petani anggur Perlis, tabik pada semua petani di Malaysia!
Note: sedang menunggu buku yang saya baru order bertajuk HOW TO MAKE MONEY OUT OF THIN AIR ::: mesti menarik !