MLM Coaching Program » · Register

August 2008


panas.jpgWah alhamdulillah lagi 3 hari kita akan berpuasa.. Seronoknya bertemu Ramadhan di samping mengenangkan betapa cepatnya masa berlalu dan pastinya usia kita bertambah pendek ….

Saya nak cerita tentang kisah di Secret Recipe..

Saya order mee berkuah (apa tah namanya tetapi yang pasti itu adalah rice mee dan udang yang dapat award sepertimana yang ditulis dalam menu). Bila mee yang dihajatkan tiba, excited lah ni nak makan tetapi automatic selera hilang bila saya kuis-kuis mee tu, ada semut kecik2 (semut kecil yang warna merah tu..) dalam kuahnya.. eh, kalau ikutkan macam tak perasan tau sebab semut tu terlalu halus dan sama warna dengan kuah mee.. Saya gerenti kalau budak-budak atau orang yang ala-ala rabun atau yang main balun je bila makan memang tak perasan punya.. hish, nauzubillah mau jadi pelupa 40 hari ni….

So, saya panggil la supervisor, dia kata nak ganti baru..okaylah..lega…

Selang 10 minit, datang mee yang sama dan menurut kata supervisor tu ”Kali ini gerenti tak ada semut..” ermm. fine we’ll see.

Tetapi, saya dah agak.. ada lagi semut. Cuma kuantitinya lebih sedikit dan hanya timbil apabila dikuis-kuis dengan lebih lama… amacam? memang lah tak selera nak makan.. kenyang automatik tu..

So, oleh kerana adik saya dah siap makan, saya pun terus bayar dan adik saya komplen lagi pada supervisor tadi sebab saya dah malas nak komplen nanti macam kecoh pulak kan…

Tapi logik lah adik saya komplen sebab kita bayar RM15 untuk satu mangkuk mee bersemut..

Si supervisor tadi buat muka terkejut lah.. itu sahaja.. tiada tindakan lain.

So, kesimpulannya, hati-hatilah apabila makan walau tempat tu macam best macam kat Secret Recipe nun… Kesucian dan kebersihannya tak tentu lagi best (banyak sangat ‘secret’ tu)

So, be careful okay..

Kisah lain mengenai SECRET RECIPE: Kek Secret Recipe Berkulat

Beberapa hari lepas saya ke Mid Valley menemankan adik membeli kemeja untuk pembentangan di Putrajaya minggu hadapan. Masa sale ni la boleh dapat harga rendah kan. Kalau ikutkan saya agak malas nak ke Mid Valley (besar sangat), saya lebih sukakan Alamanda yang kecil dan lengang.

Pusing punya pusing saya terjumpa purse dan wallet yang memang berkenan di hati. Saya memang dah lama nak beli purse sebab purse yang saya gunakan sekarang dah dipakai semenjak form 3. Dah 11 tahun saya pakai! Saya ingat lagi saya beli purse ni di Batu Pahat masa balik dari asrama dengan harga RM90. Bagi saya dah mahal sangat masa tu tau. Bagi saya purse kulit genuine ni masih cantik, tahan lama dan sesuai dipakai. Tapi dek kerana dah lama sangat pakai apa salahnya tukar…? Adik saya selalu komplen kata purse saya nih perlu ditukar.

Berbalik ke kisah di Mid Valley, jam tu juga saya sms suami saya sebab nak tanya dia nak tak wallet yang saya jumpa tu. Konon-kononnya, kalau dia nak juga, kira sepasang la dengan purse saya. he-he.

Suami saya balas sms dan bagitahu dia tak nak sebab duit tak cukup banyak nak isi dalam wallet banyak-banyak (melawak dalam serius la ni).. Tergelak saya baca sms dia ni. Eh, bukan gelak sahaja, saya juga berasa insaf dan tak jadi beli purse untuk diri saya sendiri. Suami saya suruh saya beli je untuk diri sendiri sebab memang sejak saya kat Germany haritu, saya minta dia belikan purse, tapi tak jadi beli sebab tak ada yang berkenan.

Kesimpulannya saya rasa tawar hati dah nak beli purse kat Mid Valley tu. Lagipun kesian pulak kat si suami yang bekerja susah payah di Germany ni tak beli apa-apa yang baharu. Takkan saya pulak nak habiskan wang belikan sesuatu yang tak urgent kat sini.. Betullah kata orang, hanya orang yang tahu susah payah mencari wang sahaja akan menghargai wang.

Begitulah kisahnya, selamatlah RM300 daripada melayang beli purse. Adik saya pelik kenapa saya tak jadi beli purse yang beriya asalnya nak beli tadi. Saya jawab, tak jadi beli sebab purse lama ni ada ‘ong’. Sayang pulak nak tukar.. (in fact, memang saya sayangkan purse lama ini sebab beli guna duit simpanan masa form 3 tu).

Moralnya, saya bersyukur kerana suami banyak mengajar tentang pengurusan wang dan beringat untuk masa hadapan. Saya banyak belajar daripada dia semenjak zaman berkawan lagi dengan dia sampailah dah berkahwin ni. Bagi saya tak menjadi masalah kerana kami sama-sama mengerti perit jerih mencari wang. Siapa anda adalah cerminan dari pasangan anda!

Merdekakanlah diri anda daripada belenggu hutang supaya hidup berkat dan bahagia dunia dan akhirat- Dr. HM Tuah

jom-jalan.jpg

JOM JALAN! merupakan satu segment atau kategori yang baru di laman web PerfectExcel.com ini. Ianya adalah daripada catatan kami sewaktu kami pergi bercuti. Apa yang cuba kami bawakan ialah, tempat-tempat percutian yang pernah kami lawati tidak kira, dalam negara mahupun luar, kemudahan, macam mana hendak pergi ke sana, tempat yang perlu dilawati, perkara-perkara yang perlu diambil kira dan paling penting, kos perjalanan. Kemungkinan kami akan sertakan kos untuk setiap tempat yang kami lawati agar dapat menjadi panduan kepada semua pembaca yang mempunyai niat untuk berbulan madu, ataupun bercuti bersama keluarga tersayang.

Bukan itu sahaja, kami juga akan memberikan pandangan mengenai penginapan dan layanan yang diberikan sewaktu kami bercuti ditempat-tempat tersebut. Jika tempat itu baik, boleh saya mengesyorkan dengan anda, tetapi jika ianya tidak bagus, kami akan memberitahu sebagai catatan kami.

Boleh saya katakan, saya dan Ain mempunyai hobi yang sama, iaitu melancong. Banyak juga tempat-tempat yang sudah kami lawati, cuma kesuntukan masa sahaja yang menghalang kami dari membuat catatan untuk pembaca blog ini. Jika anda mempunyai masa yang terluang dan keadaan kewangan yang mengizinkan, saya syorkan supaya anda pergi melancong tidak kira ke mana sahaja. Bak kata orang ”jauh perjalanan, luas pengalaman”. Dengan erti kata lain, anda dapat menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri.

Jika anda juga mempunyai catatan sewaktu anda melancong, tidak kira di mana sahaja, malah balik ke kampung sekalipun, emailkan mengenai catatan anda kepada kami melalui admin [at] perfectexcel.com. Catatan yang terpilih akan mendapat hadiah misteri daripada kami.

Salam Ceria :)

malaysiaku.jpg

Diam punya diam sudah masuk tahun yang ke-51 negara kita mengecapi kemerdekaan. Walaupun macam-macam yang terjadi di Malaysia sekarang, saya berharap rakyat masih lagi boleh hidup dengan aman dan damai. Syabas kepada semua pemimpin, baik pihak kerajaan mahupun pebangkang yang bertugas dengan penuh taat setia untuk masyarakat setempat.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-51. Semoga negara kita sentiasa gemilang, cemerlang dan terbilang di mata dunia.

 Tetiba pagi ini tergiang-ngiang pula lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, Fikirkan Boleh. Teringat masa kecil-kecil dulu pada tahun 1992, darjah 3 masa itu, sewaktu Malaysia memenangi Piala Thomas, lagu ini sering berkumandang di corong-corong radio dan di kaca TV. Bila dengar lagu ini, memang memberikan semangat kepada kita untuk berjaya. Hayatilah lirik ini.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH !

Salam sejahtera kepada semua pembaca!

Rasanya sudah lama tidak menulis di blog ini. Cuma Ain yang sekarang ini, lebih rajin dari saya untuk menulis blog. Bukannya apa, sebenarnya saya sekarang ini tengah sibuk berkemas untuk berpindah. Hendak bungkus-bungkus barang di dalam kotak, dan hantar shipping semua barang ke Malaysia. Kadang-kadang berasa sedih juga hendak meninggalkan bumi Jerman ini, dengan pekerjaan yang sedia ada, gaji yang ditawarkan pun lumayan. Tetapi cukuplah setakat ini, merantau di negara orang. InsyaAllah, ingin berjasa kepada rakyat Malaysia pula.

Kadang-kadang, kalau hendak difikirkan, buat apa balik ke Malaysia buat masa sekarang, dengan keadaan ekonomi pun yang tidak stabil, kucar-kacirnya politik di Malaysia, dengan hal liwat meliwat, sumpah bersumpah.. lama-lama jadi sesumpah. eii.. Macam-macam. Kalau tidak balik, takkan lah selama-lamanya hendak duduk di sini. Teringat tanggungjawab sebagai anak dan suami, saya tetap akan balik ke Malaysia walaupun keadaan nampak macam serabut. InsyaAllah semuanya akan kembali stabil.

Lagipun, lepas balik Malaysia ini, langkah besar lah sikit. Hendak belajar menguruskan perniagaan pun senang, menghadiri seminar dan membina sebuah lagi perniagaan selain dapat bersama dengan orang yang tersayang.  Doakan saya, untuk segala usaha saya selepas ini. Manalah tau anda ingin menjadi rakan kongsi, boleh sahaja hubungi saya. Perniagaan apa yang saya akan buat, TUNGGU!!

Kali ini, saya ingin meng’tag’ rakan-rakan bloggers saya, yang still menulis artikel-artikel menarik:

Next Page »