MLM Coaching Program » · Register

September 2008


Ramai orang kata, ia perlukan wang, jika kita hendak menjadi kaya. Yang mana ianya tidak benar sama sekali. Sering kali kita dengar, ramai yang mendapat sejumlah wang yang besar dengan sekelip mata, tidak boleh bertahan. Kita juga pernah juga mendengar orang yang menang loteri, hilang kesemua wang mereka dan orang yang mendapat wang pampasan menjadi keadaan seperti biasa setelah membelanjakan kesemua wang pampasan tersebut.
Jadi, wang tidak akan menjadikan anda kaya. Tetapi kepandaian dalam menguruskan kewangan (Financial IQ), YA!

Tiga golongan manusia mengikut pendapatan;

  1. Golongan miskin – mengharapkan bantuan kerajaan dengan mendapat wang kebajikan. Mempunyai kewangan yang tidak mencukupi untuk menyara kehidupan seharian.
  2. Golongan sederhana – mempunyai pendapatan yang sekadar mencukupi untuk sederhana. Kadang kala kehidupan atau keinginan terbatas, tidak boleh berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Mempunyai tahap pelajaran yang tinggi, gaji tetap oleh syarikat, mendapat faedah-faedah lain dari syarikat, membeli rumah dan kereta sendiri, menyimpan duit di dalam bank, cuba mengeluarkan diri dari belenggu hutang, bergantung kepada wang simpanan pekerja apabila bersara, adakalanya melabur di amanah saham untuk pelan pembelajaran anak-anak dan persaraan tambahan.
  3. Golongan kaya – Mempunyai pendapatan yang melebihi dari jumlah perbelanjaan. Selalunya mereka ini mempunyai perniagaan ataupun melabur di ketiga-tiga kelas aset, aset kertas (saham), hartanah dan perniagaan. Mempunyai pengalaman dan kepandaian dalam menguruskan kewangan. Kebanyakannya memperolehi pendapatan dari ketiga-tiga jenis pendapatan; iaitu pasif, porfolio dan gaji.

Saya rasa ramai di antara kita berada di golongan yang sederhana. Tidak ada salahnya untuk menjadi golongan yang kaya tetapi dengan rezeki yang halal. Jadi apa yang saya ingin bawakan di entri di sini ialah, bagaimana orang kaya menguruskan kewangan, apa yang perlu ada menjadi kaya. Dengan kekayaan kita boleh membantu golongan yang memerlukan. Kita berada di mana?

ramadhan.jpgKejam celik.. Kejam celik.. kita sudah berada di bulan Ramadhan yang mulia. Bersyukur pada yang Esa kerana diberikan nyawa untuk bertemu pada ramadhan kali ini, memberikan peluang kepada kita untuk beramal ibadah dan mengalami nikmat puasa. Jadi jangan pula pagi ini kita buat-buat lupa nak pergi sarapan pagi di kedai mamak. Bagi yang berpuasa, jangan sahaja menahan lapar dan dahaga, tunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baik mungkin.

Ramadhan kali ini, saya berkesempatan untuk berpuasa 12 hari di bumi Jerman ini. Jauh dari isteri yang tersayang dan keluarga. Tetapi InsyaAllah kita akan bertemu dan menyambut separuh Ramadhan bersama dan juga Aidilfitri yang mulia.

Walaupun berpuasa, banyak juga agenda yang telah saya rancangkan setibanya saya di Malaysia nanti. Saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Bulan Ramadhan bukan menjadi penghalang untuk kita melakukan apa jua kerja, malah sepatutnya memberikan kita banyak masa untuk memajukan diri kita, agama dan bangsa. Maklumlah kita ada banyak masa yang terluang, kita tidak perlu untuk bersarapan, kita tidak perlu makan tengahari. Tetapi yang pelik, masa tersebut di kumpul di petang hari untuk keluar awal dari tempat kerja semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadhan. Jadi ini tiada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Berusahalah untuk berubah, tingkatkan produktiviti kita pada bulan yang mulia ini.

Selamat mengimarahkan bulan yang mulia, Bulan RAMDHAN Al-Mubarak. Salam Ceria dari bumi Jerman