October 2008


Hujung minggu lepas saya dan Najib ada menghadiri training dan kursus motivasi syarikat tempat kami bernaung. Alhamdulillah semuanya bagus malahan kami kalau boleh kami nak terima lagi banyak input tetapi apakan daya kurusus ni hanya 3 hari 2 malam..bagus betul menghadiri kursus seperti ni sebab ia boleh charge semula motivasi dalam diri kita dalam setiap aspek..Thanx to Rohn Rajen and Hanzo Ng..

Semasa saya dan najib menunggu untuk acara red carpet, saya sempat menanya seorang lelaki ni yang solo untuk acara red carpet (sebab untuk yang sudah berkahwin akan berpasangan untuk acara ni). Katanya, isterinya tak dapat ikut kerana mereka baru dapat baby girl setelah 4 tahun menunggu.. Katanya lagi, sebelum ini isterinya ada masalah ketakstabilan hormon menyebabkan pada masa itu sukar untuk mengandung tetapi setelah mereka menemui jus 23 herbs dan mencubanya dengan penuh kesabaran, si isteri akhirnya mengandung dan kini mereka memang sangat bahagia dengan kelahiran baby girl.. lelaki ini juga tanpa ditanya bercerita kepada kami bahawa kehidupan mereka berdua sebelum ini sangat sukar kerana kejatuhan perniagaan yang mereka jalankan (perniagaan perubatan alternatif) hingga bankrap.keadaan ini berlaku sekitar tahun 1997 hingga 2006 hinggalah mereka bertemu dengan jus 23 herbs dan mengambil langkah bijak dengan menyertai perniagaan syarikat pengeluar jus 23 herbs ini. Ya hasilnya sangat memberangsangkan, bukan sahaja mereka beroleh pendapatan yang lumayan (wajib 5 angka sebulan kerana mereka menumpukan menjalankan bisnes 23 herbs sepenuh masa sampaikan si isteri melahirkan anak semasa mereka buat talk jus 23 herbs di Penang), malahan cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama juga akhirnya muncul menceriakan hidup mereka.

Saya berpendapat jus 23 herbs ini memang memberikan 1001 hikmah dalam hidup mereka. Lelaki ini juga dengan gembiranya menceritakan bahawa baby yang dilahirkan sangat cantik kulitnya dan perkembangan otaknya sangat cepat (baby tu cerdik) walaupun baru berusia 3 bulan (ya, jus 23 herbs ini sangat bagus untuk semua orang dan ibu mengandung kerana ia tiada bahan pengawet. Untuk pengetahuan anda, pil-pil yang anda diketahui bagus (apa-apa jenis brand pun) sebenarnya ada bahan percantuman sebanyak 40% dan tak hadam pula tu. so, bahan ini ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada manusia apabila banyak sangat terkumpul. So, saya harap anda elakkan lah ambil supplemen dalam bentuk pil ya, memang bahaya sangat. (saya buat research dalam bidang kimia, so saya boleh pastikan hal ini benar).
Berbalik ke kisah lelaki tadi, sebenarnya saya dan najib dah dengar banyak kisah-kisah tragis di kalangan rakan bisnes kami. Ya, dahulunya tragis, menderita, lapar, rumah dilelong dan bankrap pula tu, tetapi SEMUA mereka ni sekarang sudah kaya raya dan ada beberapa orang tu dah jadi jutawan sampai masuk dalam newspaper. Itulah hikmahnya apabila kita ditimpa musibah dan kesusahan, secara tidak sedar ada gergasi dalam diri kita yang menjadikan kita kuat hingga dapat menghadapi semua rintangan dan otak kita jadi kreatif untuk survive! Berbanding dengan orang yang berada dalam zon selesa, mereka rasa ok je dalam zon tersebut kerana tidak pernah dicabar dengan musibah, kepokaian dan kelaparan menyebabkan hidup mereka slow and steady dan mereka dalam kategori ini selalunya pencapaian dalam hidupnya biasa-biasa sahaja, tidak sehebat mereka yang pernah menghadapi kesusahan (cabaran). Lagi satu, orang yang pernah susah ini pandai manage wang dengan betul menyebabkan mereka akhirnya menjadi jutawan. Berbanding orang yang semenjak kecil dilimpahi kemewahan, mereka akan sukar appreciate nilai wang dan boros, macam Azizi Ali kata, orang ini akan menjadi ex-millionaire.
Hal-hal yang menyedihkan ini saya dan najib juga pernah menghadapainya. Cuma setelah menjalankan bisnes jus 23 herbs, life kami 100% berubah. Ya kami happy TETAPI tidak sekali-kali boros kerana kami appreciate susah payah mencari wang. Sebab itulah yang paling berharga dalam hidup kita semua ialah PENGALAMAN dan ILMU PENGETAHUAN dan ini semua tidak boleh dibeli dengan wang.
p/s: next week kami nak jumpa Azizi Ali pulak. Seronoknya..

Semalam sementara menunggu barang-barang kabinet rumah sampai saya bersembang dengan taukeh pembuat cabinet yang tiba lebih awal di rumah saya. Owh, tentunya dia bangsa Cina kerana saya panggil dia taukeh. Saya bertanya kepada taukeh bagaimana dengan bisnes ’sempena’ dengan kekalutan politik negara kita dan kekalutan ekonomi sedunia. Kata taukeh, memang bisnes ’slightly’ merosot tetapi masih boleh survive kerana yang penting usaha kena lebihlah. Sebenarnya rakyat Malaysia ni telah ditakutkan dengan cadangan harga minyak naik menyebabkan kebanyakan orang mula berjimat hingga menyebabkan kegiatan ekonomi mulai lembap (tapi belum habis lembab lah). Petanda ekonomi masih ok ialah masih ada lori-lori mengangkut barang ke sana sini (ada aktiviti perniagaan) dan masih banyak kereta bersimpang siur di jalan raya (ramai orang masih keluar bekerja dan shopping mungkin). Sampai suatu tahap apabila lori-lori besar dah mulai berkurangan menyesakkan jalanraya maka itulah petanda awal ekonomi merosot. (ampun maaf kepada pakar ekonomi, saya bukan pakar seperti anda yang boleh mengeluarkan statistik dan teori sebenar. Ini andaian melalui pengamatan sahaja).

Menurut kata taukeh, mereka tak kisah pun sama ada harga minyak naik atau turun, mereka tak akan bising-bising dan buat rusuhan atau menulis blog menghentam orang lain sebaliknya akan terus bekerja keras untuk menampung kos penggunaan minyak yang semakin meningkat. Mereka akan terus bisnes dan memajukan bisnes walaupun badai melanda. Mereka tak kisah sesiapapun memerintah negara asalkan tiada pergaduhan dan peperangan yang menyebabkan mereka tak boleh bisnes lagi. Mereka tiada masa nak bergaduh atau berdebat tentang minyak kerana setiap saat sangat berharga untuk mereka menjana wang. Dan yang paling mengejutkan saya kata si taukeh – bagi mereka, harga minyak di Malaysia ini sangatlah murah berbanding dengan negara-negara lain yang keadaan sosioekonominya setaraf dengan negara kita dan kerana itu mereka BERSYUKUR yang amat sangat. Peliknya segelintir rakyat negara kita suka membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara lain yang tentunya taraf hidup rakyatnya dan keadaan geografinya jauh berbeza berbanding Malaysia… (saiz sumber lingkaran minyak, kedudukan sumber minyak dsb).

Bangsa si taukeh sebenarnya pelik dengan sikap bangsa kita. Mereka bersyukur dengan apa yang ada di negara kita dan mengambil peluang tersebut untuk mengaut keuntungan sebanyak banyaknya daripada kemakmuran negara kita tanpa banyak soal. Tetapi bagaimana dengan bangsa kita ni? Ada-ada sahaja komplen. Berkemungkinan kerana bangsa taukeh ni kebanyakannya berniaga dan banyak menguasai kegiatan ekonomi negara kita menyebabkan cara mereka berfikir berbeza dengan bangsa kita yang kebanyakannya bekerja makan gaji. Orang yang makan gaji bersama dengan gaji yang tak naik-naik mestilah takut dengan harga minyak yang kian meningkat sebab harga barang harian juga meningkat. (ha, mulalah orang yang makan gaji nak marah saya tu). Janganlah marah, saya pun bakal bekerja dengan government. Dan saya tahu ramai yang bekerja makan gaji tetapi dengan gaji yang lumayan.. Cuma orang yang berniaga sebenarnya mempunyai keupayaan yang lebih untuk mempertahankan cara hidup mereka dengan syarat sanggup untuk mempertingkatkan usaha mereka (macam yang taukeh cakap tadi lah).

Itulah hakikatnya betapa berbezanya motivasi bangsa mereka dengan bangsa kita yang mengharapkan semuanya melalui subsidi dan minyak, diesel kalau boleh nak percuma dan tak habis-habis mempertahankan ahli politik kegemaran masing-masing. Apa kata kalau kita berusaha pula untuk jadi taukeh?

p/s: bakal taukeh kopi, kambing dan ayam kampong

Anda dah beli ‘kuih tunjuk’? ala, kuih muih yang dibeli di kedai untuk hidangan kuih raya lah. Maklumlah ramai yang busy sampai tak sempat buat kuih kan. saya ada satu kisah yang mengharukan plus sedikit lucu..berkaitan kuih tunjuk ni lah.

Saya ada menempah kuih tart daripada salah seorang staf di tempat saya. Kata staf ni inti nenas buat sendiri dan kuih dibuat hanya 2-3 hari sebelum kuih tu kita ambil. Kuih fresh la gitu (promosi bagus punya ? betul atau tak tuhan sahaja yang tahu). Siap bagi kuih contoh untuk dirasa sebelum puasa. Untuk menjaga hati, saya tempah 2 balang kuih tart. Setiap balang ada 50 biji tart bersamaan RM22, so jumlah yang saya bayar ialah RM44. Harga 50 biji tart dengan RM22 tu memang standard la, sama harga kalau beli biskut berjenama macam Noraini’s atau Shazz Delight dsb. Tetapi bila saya terima kuih tart tersebut alangkah terkejutnya saya kerana tak percaya betapa halusnya kuih tart yang dibuat sampaikan 1 BALANG KECIL tu tak penuh langsung walaupun ada 50 biji tart (lihat gambar). Jangan tak percaya harga kuih dalam balang kecil yang belum dibuka tu harganya RM22 (entahlah cukup ke tak 50 biji sebab saya tak kuasa nak kira). Dahlah tak ada alas untuk setiap tingkat kuih menyebabkan kuih cepat hancur dan tak tersusun sebab berlaga. Ha, jangan tak percaya ada orang buat begini walaupun bisnes dengan kawan-kawan sendiri. Kalau andalah, sampai hati tak nak jual kuih tart dalam balang tu dengan RM22? Aduh jatuh reputasi tu. malu malu. Begitulah betapa kalutnya orang yang tak agak-agak nak cepat kaya ni. Saya teringat kata staf ni – tahun lepas pun dia buat dan jual kuih raya dan memang untung banyak sampai boleh shopping sakan anak beranak untuk hari raya. mungkin tahun ni dia nak untung lebih lagi kot so dia buat trick macam ni. so, boleh shopping lebih sakan lagi walaupun membuatkan orang lain tak redha dengan duit yang dihulur. Rasa kuih ni pun memang biasa2 sahaja, jauh berbeza dengan rasa kuih tart terkenal yang lain. Bukan nak berkira sangat terutamanya dengan orang yang kita kenal dan saya tak komplen pun depan staf ni cuma moralnya buat bisnes jangan sampai orang yang membayar wang tu tak redha. bahaya dunia dan akhirat, minta dijauhkan, nauzubillah.

tart.JPG

Harga satu balang kuih tart ini ialah RM22. believe it or not?

p/s: confirm tahun depan saya tak beli kuih raya lagi dari staf ni