MLM Coaching Program » · Register

November 2008


Dah baca artikel H.U.T.A.N.G Part 1? Itu sebenarnya mukadimah. Kali ni saya nak cerita tentang hutang dalam bisnes.

Hutang sangat merbahaya dalam perniagaan. Ya, peraturan atau tips ini semua orang yang bisnes secara serius akan faham dan mengakuinya. Hutang dalam bisnes boleh membuatkan kita kerugian besar dan paling parah bankrap! Berikut adalah 2 kisah berkenaan HUTANG!

1) Ayah saya adalah seorang peniaga suatu ketika dahulu kerana mewarisi kedai tersebut daripada arwah datuk saya yang bekerja keras membina syarikat Sdn. Bhd. Perniagaan arwah datuk (yang terus diwarisi oleh ayah) meliputi kedai runcit, syarikat padi dan kelapa kering dan getah (sekitar tahun 1950 hingga 1980-an bisnes padi, getah dan kelapa paling menguntungkan). Namun, akibat terlalu banyak orang yang berhutang di kedai runcit, perniagaan bapa saya terpaksa ditutup akibat kekurangan modal pusingan. Kejatuhan ini berlaku sekitar tahun 1998 dan sehingga kini saya masih merasai betapa peritnya kehidupan pada waktu itu. Dan sampai sekarang buku-buku hutang masih lagi ayah simpan di rumah. Banyak dan besar-besar saiznya! Yang kesiannya orang-orang yang berhutang tu kebanyakannya dah arwah pun. Akibat daripada angkara HUTANG itulah ayah saya hilang bisnes dan kena bekerja di kilang perabot dan stesen pam minyak. (Tapi sekarang keluarga kami dah okay, alhamdulillah).

2) Anda ada rumah sewa? Sekiranya penyewa kerap sangat tangguh membayar sewa, anda perlu berjaga-jaga. Macam seorang ibu kawan saya ni, dia ada sebuah apartment yang strategik tempatnya di Kajang dan menawarkan untuk menjual apartmen tersebut kepada saya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Saya tanya kenapa tak ikut harga pasaran (yelah, saja tanya sebab mana ada orang yang nak jual rumah dengan harga rendah berbanding harga pasaran kan. Mana tahu rumah tu ada misteri apa-apa ke). Rupa-rupanya apartmen tersebut sedang diduduki oleh sebuah keluarga yang dah setahun tak bayar sewa dan ibu kawan saya ni dah tak sanggup nak tanggung bayar loan rumah setiap bulan buta-buta gitu je! (yelah, siapa tahan kan). Malahan sebelum berlaku kes tak bayar langsung sewa ni, si penyewa ni kalau bayar sewa pun ikut suka-suka hati dia nak bayar berapa-berapa aje dia suka. Wah ni kira dah kes aniaya ni. Ibu kawan saya ni dah beberapa kali cuba berunding dengan si penyewa supaya tinggalkan rumah tersebut dan tetap bertimbang rasa dengan bagi banyak kali peluang untuk cari rumah baru. Tapi lama kelamaan si penyewa suami isteri ini semakin ganas dengan pandai mengeluarkan kata-kata tak elok kepada ibu kawan saya. Eh, dah terbalik ni. Patutnya tuan rumah yang marah dia sebab duduk free hampir setahun!. Ini tuan rumah pulak yang kena herdik. Tak patut kan. So, macam mana saya nak beli apartmen kalau masih ada orang duduk. Takut pulak kalau saya beli nanti penyewa tu tetap tak nak keluar juga. Saya pulak kena tanggung masalah yang sama. So, sampai sekarang urusan jual beli ni pending. Kesian ibu kawan saya ni. Kerugian yang teruk ada penyewa dari neraka yang berhutang beribu-ribu ringgit (istilah penyewa dari neraka ni Azizi Ali yang bagi bukan saya ye).

Begitulah 2 kisah sahaja yang boleh saya kongsikan. So, dalam bisnes jangan amalkan bagi hutang tak bertempat terutamanya kalau orang yang berhutang tu suka berhutang banyak kali. Bagi hutang kena bertempat dan kepada yang layak. Bukan kedekut. Cuma tak mahu terjadi macam dua kisah yang saya ceritakan tadi.

Wassalam.

Tengahari tadi saya dengar segmen bersama Pak Nil di ERA. Topiknya agak hot iaitu Pak Nil minta mana-mana pendengar yang nak menuntut hutang supaya hubungi Pak Nil dan Pak Nil akan call orang yang berhutang supaya pulangkan semula wang yang dipinjam.Fuh, cayalah Pak Nil! At least dapat jugak membantu orang-orang yang dah bosan nak tuntut hutangnya terus kepada si orang yang berhutang. Dah lah time agak gawat macam sekarang. Everybody needs money masa macam ni. Kebanyakan yang call tu memang dah desperate sangat perlukan wang. Kesian betul. Ye lah, jangan pandang simple je hal-hal hutang ni. Kadang-kadang orang yang berhutang ni lupa tentang hutang dia, kerana itulah kita sebagai pemberi hutang kena ingatkan semula tentang hutang lapuk tu. Bukan kejam. Tetapi itu adalah peringatan demi kebaikan bersama.

Saya ada membaca buku Dr. HM Tuah, ada dinyatakan di situ bahawa pada zaman Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan supaya membuat surat perjanjian sekiranya ada urusan hutang piutang ni. Maknanya kena ada hitam putih dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tujuannya supaya kedua-dua belah pihak tidak lupa tentang hutang tersebut termasuklah amaunnya sekali. Katakanlah satu hari nanti orang yang berhutang ni mati, at least ahli keluarga si mati ni tahu yang si mati ni ada hutang dan bolehlah cuba dijelaskan jikalau mampu demi kebaikan si mati. Lihatlah betapa Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W amat menitik beratkan hal hutang piutang ni.

Dalam rancangan Pak Nil tu, ada juga yang sengaja BUAT-BUAT LUPA pada hutang mereka. Ini adalah kategori yang saya rasa sangat tak elok dan menyusahkan. Saya tidak maksudkan kepada orang yang sememangnya miskin dan susah tetapi ini adalah kategori ORANG YANG MAMPU! Orang macam ni memang muka tebal. Mereka selalunya akan meminjam wang berulang-ulang kali dan buat-buat tak tahu dengan hutangnya walaupun dia sebenarnya boleh membayar hutang tersebut. Saya katakan begini adalah kerana orang dalam kategori ini adalah orang yang boros! Ya, boros hingga menyusahkan orang lain seperti kawan-kawan dan ahli keluarganya sendiri kerana suka sangat berhutang. Bak kata pepatah Biar Papa Asal Bergaya kot. Jutawan Malaysia, Azizi Ali ada menyatakan dalam artikelnya bahawa orang seperti ini tidak akan menjadi kaya walau sebesar manapun pendapatannya, manakala, orang yang berpendapatan kecil boleh menjadi kaya raya dengan berjimat cermat dan bijak melaburkan wangnya (wah, ada harapan untuk kita semua ni! Insyaallah).

Dahulu, masa zaman agak susah masa belajar, saya lebih rela tak makan daripada berhutang dengan orang lain sebab MALU nak berhutang. Elakkanlah hutang supaya kehidupan anda lebih tenang, bahagia dan berkat (kalau ada hutang mesti kita rasa ada benda yang tak settle atau tak best dalam hidup kita kan? Saya rasa macam tu! Tak tahulah anda pulak camne). Lagi satu, takut-takut kalau orang yang memberi hutang tu rasa geram je dengan kita sebab dah berabad tak bayar hutang padahal dia nampak kita beli kereta baharu, baju lip lap lip lap, gelang emas sampai siku etc. Ha, kan dah jadi tak berkat hidup tu kerana kita menjadi kebencian manusia lain.

So, anda di kategori yang mana? Jadi sebelum tidur malam ni, cuba ingat-ingat semula ada tak kita berhutang dengan si Mat, Vasu, Karim, Ah Chong atau Markonah? (nama contoh la ni). Jika anda ada berhutang, cubalah bayar sedikit demi sedikit (sekaligus lagi cantek kalau mampu) sementara kita masih hidup di dunia yang fana ini, daripada kena membayarnya di Padang Mahsyar kelak! Nauzubillah.

Wassalam.

P/s: Elakkanlah berhutang dan meminta-minta, sebaliknya bekerjalah lebih keras untuk survive ok! Anda akan lebih appreciate wang diperolehi itu disebabkan keberkatannya. Insyaallah.

Assalamualaikum,

Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya ? saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Saya juga begitu walaupun saya adalah pengusaha MLM yang memperoleh 5 angka sebulan. Kenapa?

Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ni dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM ni iaitu Elken. Saya dan Juli diajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami. Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ni beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa tu kami belum ada kenderaan ? baru sangat dalam hal bisnes ni). So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik ‘orang baru ke’? makcik jawab ‘ya dari KL’ (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari ‘KL’). Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘cikgu’ alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kiterang datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa ‘tertipu’. so, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..

Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulak kami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku! Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabila suami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!

Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.

Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab tu lah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu. Kerana itulah apabila saya serius dalam bisnes Lifestyles, saya TIDAK sekali-kali menipu rakan-rakan saya atau sesiapa sahaja berkenaan bisnes yang saya jalankan. Jikalau saya menjemput mereka untuk taklimat dan sebagainya, saya akan nyatakan secara jelas apa bisnes yang saya lakukan, syarikat apa, berasal dari negara mana, apa agenda nya etc supaya mereka bebas membuat pilihan nak datang atau tak (kerana inilah yang diajar oleh Syarikat Lifestyles). Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang ‘malu-malu’ nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?). Umpan mereka ialah MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah / UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah/ JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah/ TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan. Kalau kita call pula, si penjawab akan kata”Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain” tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.

Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat ‘trick’ macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.

p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan tu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.

p/s 2: Juli, I love you. Harap kita semakin kuat menjalankan bisnes yang penuh onak dan duri ni. You are the best!

Assalamualaikum!

Semalam kami baru ziarah beberapa rakan-rakan yang tak sempat kami ziarah masa bulan raya. Semasa bulan raya tu memang tak sempat nak beraya kerana sibuk berpindah ke rumah di Bandar Teknologi Kajang. (ada sesiapa penghuni tempat yang sama?). Tempat saya tinggal di Seksyen 6 (fuh, macam tulis karangan sekolah rendah pulak) iaitu seksyen terakhir di Bandar Tek (nama pendek Bandar Teknologi Kajang) sebab itulah ada short cut daripada Bangi nak ke rumah saya. So, kiranya rumah ni dekat dengan Bangi (10 min from UKM to my place) dan dekat juga dengan Kajang, Semenyih dan dekat dengan Putrajaya (kawasan hartanah favourite kami!). Anyway, asalnya kami pilih tempat tu pun sebab dekat dengan UKM tempat saya kerja. Jiran kanan kami pun professor yang mengajar di UKM. Dan jiran yang rumahnya berbandung dengan rumah kami (sebab rumah semi-D) rupa-rupanya anak taukeh developer rumah kami ni (so, dia renovate rumah dia habis-habisan plus dah tukar warna cat rumah dia 3 kali sebab bakal isteri dia tak berkenan etc. Bertuahnya jadi anak dan menantu developer yek. Wang tak jadi hal kot bagi dia. Tapi yang bagusnya tembok sebelah rumah kami pekerja dia tolong cat. Jimat jugak kami. He-he).

Jiran belakang rumah kami namnya Mr Chong. Sejak akhir-akhir ni kalau dia balik kerja (sekitar 11 malam gitu) mesti bau durian. So, kami saja buat spekulasi agaknya dia ni taukeh durian kot (spekulasi rambang je. Jangan percaya). Jiran belakang yang lagi satu ni orang Norway dan isterinya orang melayu. Si suami ni chef di restoran Perancis. Jiran lagi satu ada syarikat Home Decor di bangi (jadi, rumah dia memang cantik sangat dia buat deco. Kiterang nak tiru sikit-sikit rumah dia nanti. He-he). Itulah 5 orang jiran yang paling dekat dengan kami dan pernah kami berbual. Dalam Islam jiran kita ialah 40 buah rumah ke kanan, 40 buah rumah ke kiri, 40 buah rumah ke depan dan 40 buah rumah ke belakang. Tapi belum sempat nak berkenalan dengan semua sebab masing-masing kerja dan sebagainya.

Yang bestnya rumah kami ni terletak atas bukit dan nampak semua pemandangan indah di bawah sana dan boleh nampak Genting nun jauh di sana. Tempat ni berangin. So, harap-harap semuanya bagus. Dan tips untuk anda yang nak beli rumah dan serius untuk menghias dan mengisi rumah anda (termasuk lanskap, kabinet etc) : sediakan wang dengan nilai separuh daripada nilai rumah anda untuk tujuan ini. Sebab semakin mahal rumah anda, maka semakin besarlah rumah anda dan semakin banyaklah wang diperlukan untuk mengisi dan menghias rumah anda. Wassalam.

drshukri.jpgHujung minggu adalah hari yang sangat bertuah kerana saya terserempak dengan seorang ilmuwan yang sangat terkenal di Malaysia iaitu Dr. Mohd. Shukri Abdullah (pencipta modul Seminar Bijak Belajar) yang sering keluar di stesen televisyen dalam rancangan motivasi. Bila bertemu secara live rasa macam tergamam pulak sebab dia nak beli jus 23 herba (Intra) yang kami jual. Kebetulan masa tu group saya dan Dr Juhari sedang buat taklimat jus 23 herba Intra di salah sebuah hotel di Pahang. Sempatlah berbual dengan beliau dan anak perempuannya dan yang paling saya kagum mereka sangat humble dan berlagak seperti orang biasa walaupun terkenal. Macam-macam yang kami ceritakan dalam masa yang singkat tu. Anak perempuan beliau juga sedang melanjutkan pelajaran dalam PhD di University of Cambridge dan sekarang sedang bercuti. Dr. Shukri yang nampak garang pada awalnya tu rupa-rupanya peramah dan cerita macam-macam tentang pengalaman-pengalaman beliau. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan keluarga Dr Shukri kerana saya bertemu dengan orang bijak pandai yang hanya bercakap hal-hal yang bagus sahaja dan bermotivasi tinggi. Keesokan harinya apabila saya ceritakan hal ini pada ummi, dia juga terkejut besar dan tumpang gembira (sebab ummi saya peminat setia rancangan Dr. Mohd. Shukri Abdullah). Alhamdulillah, thank you Allah kerana mempertemukan saya dengan mereka (berkat saya jual jus intra ni). Pertemuan itu telah meningkatkan motivasi dalam diri saya sendiri. Ia adalah kenangan yang indah dalam hidup saya.

p/s: saya dengan Najib pernah terjumpa dengan artis wanita yang tak berapa glamour ni di kedai perabot dalam Mid Valley dan masyaallah dia buat muka sombong macam lah kita ni nak serbu dia dan minta autograf. Agaknya itulah bezanya kot orang yang educated macam Dr Shukri dengan yang kurang sikit macam artis ni. Kesian.