April 2009


MatlamatSelamat Pagi semua! Topik kali ini ialah TETAPKAN MATLAMAT ANDA! Salah satu topik yang begitu meluas di dalam kehidupan kita. Adakah anda sebelum melakukan apa-apa kerja, anda terlebih dahulu menetapkan matlamat anda? Jika YA, berikan tepukan bagi diri anda sendiri, bagi yang TIDAK, lu fikir la sendiri!

Selama 2 tahun kebelakangan ini, saya telah melibatkan diri dalam macam-macam perniagaan, skala kecil besar dan lebih-lebih lagi di dalam bidang MLM. Saya sudah melihat ramai orang yang terjun (menjalankan perniagaan) terus tidak timbul-timbul (tidak aktif). Anda hendak tahu mengapa? Sebab mereka mempunyai matlamat yang tetap! Saya bukan mengatakan mereka semua tidak mempunyai matlamat. Kadang-kadang matlamat tersebut tidak menunjukkan yang anda yakin dengan apa yang anda lakukan dan laburkan.

Ok juga buat bisnes ini. Dapat sikit-sikit jadilah. Tak jadi kaya pun tak apa, asalkan senang.

Contoh matlamat yang TIDAK TETAP dan TIDAK MANTAP! Jadi kesimpulannya, tetapkan matlamat anda! MACAM INI!

Mulai saat ini (hari pertama berniaga), aku buat keputusan untuk menjadi bebas kewangan dan sekali gus mencapai status jutawan masa berumur 30 tahun. Aku kena patuh dengan segala keputusan dan tindakan yang aku buat untuk mencapai matlamat itu!

4# THINGS TO DO:

  • Tulis sebanyak mana matlamat anda di atas kertas
  • Tuliskan sekali langkah-langkah untuk mencapai matlamat tersebut
  • Buat Pelan Tindakan
  • Berikan 110% Komitmen terhadap matlamat anda!

Apa matlamat anda? Jika tidak keberatan, kongsilah bersama :)

Assalamualaikum,Anda apa khabar? Semoga semuanya sangat bagus dan ceria.

Kali ni saya taipkan tentang kisah yang bagus juga jika saya share dengan anda. Maksud saya rakan-rakan sebangsa saya lah ni. Ha, nak kata saya perkauman lah tu. Saya peduli apa (quote dari Ally Iskandar kat TV3). Tajuk artikel ni maksudnya ialah seseorang yang nak jual barangnya tetapi pilih kasih gitu.

Beberapa minggu lepas, ada seorang hamba Allah ni survey lah kedai-kedai komersil di sekitar Ban** dan Kaj***. Dua kawasan ni sangat strategik dengan tempat hamba Allah ni berniaga. Rancangannya nak sewa atau beli la kedai-kedai kosong di sekitar kawasan ni. Hamba Allah ni berlegar-legar lah di sekitar dua bandar ni sambil mendail nombor-nombor telefon yang ditayang bagi urusan sewa/jual. Hamba Allah ni minat sangat nak beli beberapa buah kedai kerana status kedai-kedai ni hak milik kekal. Boleh lah diwariskan kepada anak cucu cicit dan jadi aset kelak.

Hamba Allah ni dengan penuh harapan pun mendail lah satu demi satu nombor yang dah dikumpul. Yang menjawabnya pun semuanya bangsa ****** (ha ni saya buat dot dot dot supaya anda fikir sendiri bangsa apa tu agaknya). Ha, nak tahu apabila manusia-manusia bangsa ****** ni dengar aje suara Hamba Allah ni dan tahu hamba Allah ni bangsa MELAYU, nak tahu apa respon bangsa ****** ni? Hamba Allah ni dah siap senaraikan:

1) Segera membatalkan call.
2) Cepat-cepat membatalkan call.
3) Tanpa berlengah membatalkan call.
4) Menjawab soalan-soalan hamba Allah mengenai harga sewa kedai tu. Kata manusia bangsa **** ni lagi, hamba Allah ni tak boleh beli. Kalau nak beli harganya sekian-sekian juta. (ala, cakap aje tak nak kasi beli, tak payah bagi figure yang tak logik, macam lah hamba Allah ni tak tahu harga semasa kedai-kedai di kawasan ni).
5) Sumpah seranah hamba Allah dengan bahasa bangsa dia. Sabar-sabar.
6) Cakap yang bukan-bukan mengutuk hamba Allah ni dengan bahasa omputih. sabar, sabar dan sabar.

Begitulah nasib hamba Allah ni. Sampailah akhirnya hamba Allah ni ‘ter’ telefon seseorang yang berbangsa Melayu. Lelaki Melayu ni sangat gembira mendapat panggilan hamba Allah ni dan offer untuk sewakan kedainya dengan diskaun RM500 pulak tu kerana katanya, hamba Allah ni sama bangsa dan dia niat nak saling membantu. Habis cerita. Untuk pengetahuan anda, lelaki Melayu ni orang Kelantan.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda peduli dengan nasib manusia sebangsa dan seagama anda?

Kata hamba Allah mengakhiri kisahnya : Apa lah nak jadi dengan nasib bangsa Melayu di tanah nenek moyang kita ni. Macam duduk kat oversea je kita ni kan kerana dilayan sebegitu teruk macam kisah di atas. Hal ni dah macam kanser tau, berlaku senyap-senyap, tidak kelihatan tetapi menyebabkan bangsa Melayu boleh MAUT dengan tragis. Jadi, adakah bangsa Melayu masih nak aniaya bangsa sendiri melalui agenda politik, dengki mendengki dan fitnah. Bangsa lain tengok aje dan bersorak di belakang tabir. Kita buang masa bergaduh. Ya Allah adakah bangsaku ni hanya layak jadi badut sahaja kat Malaysia ni kelak. Jangan sampai hak kita sebagai pemilik tanah Melayu dinafikan kelak. Macam Israel dengan Palestin. Nauzubillah.

Takkan Melayu hilang di dunia (quote orang-orang tua).

Memang tak hilang dari dunia, tapi takut hilang negara (Nurul Ain).

Sekian.

Dalam bisnes banyak dugaannya
Ingat senang ke
Boleh buat kita menangis, marah dan geram
Kadang-kadang kena buli
Aku dah laluinya
Hujan, ribut, salji, musim luruh, panas menyengat
Ada indah, ada pahit, ada manis
Aku serahkan segalanya pada Allah
Itupun setelah aku berusaha
Memperbaiki apa yang salah kepada yang benar
Paling perit adalah nak menegakkan kebenaran
Yang benar itu pahit untuk dinyatakan
Yang benar itu selalunya sukar mendapat sokongan
Yang benar itu banyak dihambur caci maki
Yang benar itu selalunya dipinggirkan
Yang benar tak semestinya orang boleh terima
Yang benar itu selalunya orang bodoh cuba terbalikkan
Maka jadilah yang benar itu nampak salah
Yang salah pula nampak macam benar
Eh biar betul
Gila ke dunia ni
Yang salah selalunya dapat sokongan
Dapat sanjungan
Dapat perlindungan
Dapat pujian
Memang tak adil
Itulah perbuatan orang munafik
Egois dan perasan bagus
Mungkin betul kata Najib
Orang macam tu akan sentiasa berada di takuk lama
Tak akan maju
Apatah lagi nak jadi jutawan
Kerana tak faham fakta
Bodoh sombong
Aku kesal kerana gagal mentarbiahkan orang-orang kategori purba ni
Aku nak screw up mereka tapi kesian
Kesian tengok apabila hal yang mereka cuba ceritakan dan terangkan berdegar-degar macam nak bergaduh tu sangat salah
Auta semata-mata
Auta! Auta!
Ummi pernah nasihat aku
Tak guna bercakap dengan orang sombong
Bodoh pulak tu
Yang berduit tak semestinya banyak ilmu
Yang banyak cakap tak semestinya banyak ilmu
Tong kosong

Sedangkan Qarun yang bancuh emas pun ditelan bumi
Jadi jangan rasa diri tu hebat sangat
Sampai tak nak dengar pendapat dan nasihat orang
Auta je lebih
Ya, kebenaran itu perit dinyatakan
Tetapi hasilnya pasti indah macam yang Dr. HM Tuah tulis dalam bukunya
Ya aku percaya
Aku maafkan orang-orang bodoh sombong macam Israel ni
Supaya aku tak dibebani dengan perasaan dendam dah geram pada manusia purba ni
Inilah nasihat Irfan Khairi dalam buku dia
Inilah resepi nak jadi jutawan
Ya aku yakin
Buat perkara yang betul walaupun pahit
Boleh lah aku tidur sambil tersenyum lepas ni

1:38 am; Tuesday
A.I.N