May 2009
Monthly Archive
Fri 29 May 2009
Posted by Najib Mohamed under
Tips MLMNo Comments
Satu fenomena yang saya pasti sedang melanda banyak networkers. Sudah daftar jadi ahli, lepas itu SENYAP. Adakah salah mereka? saya rasa TIDAK. Cuba bayangkan jika anda merekrut seorang askar untuk berperang, tetapi anda tidak menyediakan senjata untuknya. Adakah mereka sedia untuk berperang? Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil berat sebelum anda menyalahkan downline duduk diam…..
- Adakah saya menaja prospek yang betul untuk menjalankan bisnes ini?
- Adakah saya sudah menyediakan latihan ilmu produk untuk pengedar baru?
- Sudahkah saya berikan masa yang mencukupi kepada mereka untuk belajar bisnes?
- Sudahkah saya memotivasikan mereka secara kosisten dan persis untuk berjaya?
- Adakah anda pasti pengedar anda melakukan aktiviti jualan dan tajaan?
- Sudahkah anda sediakan cara/ strategi/ sistem untuk pastikan mereka dapat menaja & menjual?
- Adakah anda menyediakan latihan yang intensif seperti….
- menyediakan senarai prospek
- tetapkan jadual harian
- tetapkan matlamat, nampakkan matlamat itu jelas
- cara atasi penolakan
- cara menjual
- cara bercakap
- cara membuat hubungan professional
- bagaimana untuk menutup apabila membuat penerangan
- apa yang perlu anda terangkan kepada prospek (industri, syarikat, produk, latihan, pelan pemasaran)
Thu 28 May 2009
Posted by Najib Mohamed under
MotivasiNo Comments
Sibuk mengemas pejabat, terjumpa satu handout dari Billi Lim, penulis buku Dare To Fail, yang diperoleh sewatu menghadiri seminarnya. Sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama dengan pembaca blog ini.
Bila segalanya menjadi salah, sebagaimana yang selalu ditelagah.
Bila jalan yang diredah, bagaikan tinggi sebelah.
Bila pendapatan begitu rendah, dan hutang makin bertambah
Anda ingin tersenyum tabah terpaksa merenung lelah
Bila pemeliharaan menekan dengan tak sudah, hidup ini menjadi terlalu susah.
Jika perlu, berehatlah.. tetapi jangan anda mengalah.
Hidup ini aneh bagai putaran dan belitan,
sebagaimana setiap orang mendapat pengajaran.
Ramai pula teman terumbang-ambing tanpa haluan,
bila kemungkinan ia berjaya, lalu tersekat hingga terkilan.
Jangan putus asa, lambatnya giliran,
kerana anda akan berjaya dengan satu lagi kesempatan.
Selalunya arah tujuan terlalu dekat,
kepada yang lemah dan yang tergugat.
Selalunya yang berusaha, berhenti sekerat,
bila piala kemenangan ia patut rembat.
Dan malam menjelang, dipelajarinya lambat,
betapa hampirnya mahkota berkilat.
Kejayaan adalah kegagalan yang dipusing-pusingkan,
warna perak dari awan yang meragukan.
Dan tak dapat anda teka betapa berhampiran,
Ia mungkin dekat bila jauh dilihatkan.
Jadi teruskanlah perjuangan,
Walau bertambah buruk,
Jangan anda mengalah dan dikalahkan.
Tue 26 May 2009
Posted by Najib Mohamed under
Tips MLMNo Comments
Semalam, kami sempat mengadakan satu perjumpaan dengan para leaders di bawah pimpinan kami. (Bukan senang hendak kumpulkan leaders ini, maklumlah asyik sponsor & memberi service kepada downlines). Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dibangkitkan dan mencapai kata sepakat. Bukan pasal perjumpaan itu yang saya ingin terangkan, tetapi mengenai satu sikap yang diperlukan untuk menjadikan seorang itu usahawan MLM yang berjaya. KEBERANIAN!
Bila waktu kegawatan ekonomi? Ekonomi semakin lembab, pengguna tidak lagi membelanjakan wang mereka, jual beli tidak berlangsung dengan begitu mudah, syarikat buang pekerja, elaun overtime tiada, dan macam-macam lagi boleh kita kaitkan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Jadi sekarang kepada anda yang ingin menjadi usahawan (saya menasihatkan diri saya sendiri juga), agar membuat persiapan yang mantap untuk bertarung dengan tempoh ini. Bersiap bagaikan anda ingin berperang. Sebenarnya di sat dan ketika ini anda sedang bertarung di 2 kawasan. Anda bertarung di MEDAN PEPERANGAN (perkara yang anda hadapi setiap hari) dan anda bertarung di dalam MINDA anda. Saya pasti, ramai di antara anda tahu, apabila anda menang bertarung di MINDA, tidak kira betapa susahnya MEDAN PEPERANGAN itu, ANDA PASTI BERJAYA!
KEBERANIAN memerlukan ketakutan, rintangan dan kesusahan. Di waktu ini, sepatutnya kita menerima masalah dan rintangan dengan hati yang terbuka. Bukan lari daripadanya. Tough times don’t last, but only tough people do. Kegawatan ekonomi bukan selamanya, tetapi orang yang tabah akan bertapak selamanya.
Menyalahkan pihak lain, rungutan dan alasan adalah sikap PENGECUT! TIADA KEBERANIAN! Kita perlu menerima keadaan semasa ini bagaikan seorang panglima perang yang menerima arahan daripada jeneral untuk bertarung di medan perang. Tidak disangkal lagi, ramai pengedar MLM (tidak kira MLM apa yang mereka buat) akan berhenti menjalankan segala aktiviti jualan dan tajaan yang patut mereka tingkatkan. Anda hendak tahu sebab apa? Sebabnya di dalam keadaan kegawatan ini, mereka asyik menerima jawapan negatif sahaja. TIDAK! TIDAK! Mereka tidak dapat menghadapinya. Mereka melarikan diri. Menyorok dan menjadi pasif.
Jadi secara realitinya, ramai pengedar MLM yang mempunyai aktiviti jualan dan tajaan yang bagus ketika ekonomi baik dan terus terkejut apabila mendapat jawapan negatif dari prospek, seterusnya berhenti mencuba. BERANI dan hadapi penolakan, serangan, tekanan dengan hati terbuka. Sekarang anda sedang belajar, SEPAK TERAJANG PERNIAGAAN!
Wed 13 May 2009
Posted by Ain Jamil under
Tips MLM1 Comment
Assalamualaikum,
Sebelum saya menaip untuk blog kali ni, saya nak komen tentang tajuk puisi terbaru (ya, puisi tahap 1 mungkin) saya bertajuk ‘Bergenang air mata…sebak’. Tajuk puisi itu diberikan oleh Encik Najib. Saya berpendapat tajuk yang diberikan tu terlalu sentimental (agak melucukan juga sebab macam dalam lagu). Anyway, danke (thank you) En. Najib!

Fakta menarik, menurut Larry C. Farrel, seorang penulis buku berkaitan keusahawanan, 70% manusia berhasrat menjadi usahawan, hanya 15% akan meneruskan niatnya dan hanya 5% akan berjaya. Lihat tu, Cuma 5% sahaja akan berjaya. Jadi, kita dalam kategori yang mana tu?
Menurut Dr. Sulaiman Sajilan, budaya keusahawanan sangat penting kerana ia mendidik dan memberi pendedahan kepada sesuatu kaum berkaitan dunia perniagaan. Kaum yang sangat aktif berniaga sebenarnya berpendapat dunia perniagaan merupakan satu-satunya jalan untuk meningkatkan martabat dan status ekonomi kaum mereka. Jadi, kita sebagai bangsa Melayu cuba tanamkan sikap yang sama supaya tidak ketinggalan. Beliau tidak menafikan bahawa salah satu kelemahan usahawan bumiputera ialah kurang kemahiran kejurujualan (salemanship). Beliau juga menulis dalam artikelnya supaya generasi muda yang berhasrat untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan supaya memahirkan diri dalam kejurujualan dengan menyertai multi-level marketing (MLM). Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dengan menyertai MLM. Di samping memahami perangai pelanggan, kehendak pelanggan dan ciri-ciri pelanggan kita boleh meningkatkan kemahiran komunikasi dan mendisiplinkan diri. Cubalah berusaha sendiri tanpa memohon bantuan sesiapa. Jadilah usahawan yang tulen. Usahawan yang tulen perlu melakukan pengorbanan yang sangat besar dalam hidupnya, perlu banyak sabar dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi (dipetik dari Majalah Usahawan)
Begitulah ringkasan ulasan oleh Dr Sulaiman Sajilan yang merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Tekno dan Inovasi UniKL. Memang benar MLM banyak mengajar erti perjuangan dalam perniagaan. Dalam buku Menjadi Jutawan MLM ada ditulis bahawa MLM mengajar ahlinya mengenali sepak terajang dalam perniagaan. Ha, betapa ganasnya MLM yang sebenar. Tetapi bila kita dah melalui yang ganas, kita jadi lebih kuat dan tabah dan lagi cemerlang. Paling penting dalam MLM, bagaimana nak menjual diri (bukan jual body ya), kemahiran, servis dan produk kepada orang ramai yang macam-macam ragamnya di luar sana. Kalau tak kena caranya, akan give up, malas nak teruskan berniaga, merajuk, menangis, penat dan patah semangat. Jangan begitu rakan-rakan. Kalau bukan payah, kurang tidur, kurang rehat, kurang bersama keluarga, tak ada cuti, susah, kena marah, kena kutuk, bukan bisnes tulen namanya. Kajian menunjukkan MLM adalah perniagaan yang paling kurang risiko, mudah dan basic (asas) tetapi mampu memberikan pulangan lumayan. Jika anda mampu lakukan bisnes yang basic (asas), insyaallah anda boleh jalankan yang advance (perniagaan konvensional yang lebih mencabar di luar sana). Jadi, cuba test diri anda dalam MLM! Bagi masa kepada diri anda 2 tahun (bukan 2 bulan, bukan 9 bulan ya) tetapi DUA TAHUN sekurang-kurangnya untuk buat MLM. Ingat, 2 tahun yang jalankan MLM sepenuh jiwa dan raga dan rajin 200%. Bukan 2 tahun yang malas-malas dan banyak ‘alah-alah’ dalam MLM. Itu memang dah merancang nak gagal kata Dr. HM Tuah. Selepas 2 tahun yang penuh pengalaman dan cabaran tadi, barulah anda ceburi bidang keusahawanan yang lebih advance (mencabar) di luar sana jika mahu menjadikan ‘usahawan’ sebagai kerjaya seumur hidup. Malahan berkemungkinan besar anda akan kekal menjalankan MLM yang telah memberikan anda banyak KELEBIHAN tu seumur hidup. Macam Wlliam Hesketh cakap (pengasas Lever Brothers ? Unilever), untuk memastikan perniagaan yang berjaya adalah dengan menjalankan tugasan dengan cara yang paling mudah (murah, kurang risiko kerugian) tetapi mesti dilakukan secara berterusan dan jangan cuba meninggalkannya. Ingat, jangan kerja main celup-celup kaki (buat sikit-sikit lepas tu tinggalkannya, rugilah kalau buat macam ni kawan-kawan) tetapi buatlah kerja dengan penuh fokus dan iltizam. Selamat berjaya!
Wassalam.
p/s: dedicated to bakal usahawan berjaya: Anuar, Azrul, Yati, Waheedah, Fahmi, Fairuz, Dayang dan kawan-kawan yang diingati; Juli, Hanum dan Mariam dan kesemua businessman bawah pimpinan NMD Siti Nurul Ain. Jangan lupa baca email yang kami (saya dan Najib) hantar. We wrote because we care & we want all of you to SUCCESS! Viel Gluck!
Mon 4 May 2009
Posted by Najib Mohamed under
Motivasi ,
Tips MLM[2] Comments
Bertemu lagi kita. Ya, masih lagi membincangkan perihal matlamat! Sudahkah anda lakukan 4 perkara di dalam artikel sebelum ini? Kalau belum, BUAT! Jangan tunggu lagi. Tidak kira anda buat apa, ambil pen dan kertas, catatkan matlamat anda!
Baik! Anda telah menulis matlamat anda dan MUNGKIN anda tergiang-ngiang dan ada suara-suara halus ditelinga anda yang mengingatkan dengan matlamat anda. Kalau begitu BAGUS! Maknanya anda benar-benar inginkan matlamat anda menjadi satu yang REALITI, tetapi pada anda mungkin MUSTAHIL!
Jadi langkah seterusnya, gambarkan matlamat anda dengan ilustrasi pula. Senang sahaja! Katakan anda ingin memiliki kereta besar jenis BWM X6, SEARCH gambarnya di internet, PRINT dan STICK di tempat yang selalu anda berada di keseluruhan masa anda dan di tempat yang memudahkan anda lihat! Sebagai contoh, jika anda suka bekerja, tampalkannya di meja kerja anda, jika anda suka bersolek, tampalkan di tengah-tengah cermin solek anda :) , jika anda suka pergi dapur (ertinya anda suka makan), tampalkannya di peti sejuk anda. Tetapi, kalau anda menghabiskan masa yang banyak untuk memandu, jangan pula tampalkan gambar matlamat anda itu di cermin hadapan kereta anda! (TEKNIK MUDAH: LETAK GAMBAR MATLAMAT ANDA DI DALAM BINGKAI GAMBAR! JADINYA SENANG ANDA BAWANYA KEMANA-MANA. MAHUPUN BERCUTI. Teknik ini saya pun belum buat.)
Jadinya, anda sudah nampak matlamat anda secara jelas tetapi masih dalam dimensi 2D. Apa yang patut anda lakukan bagi melaksanakan matlamat anda dan menjelmakan ilustrasi tersebut dalam 3D? Ikuti artikel seterusnya…
Fri 1 May 2009
Posted by Ain Jamil under
Blog Seharian1 Comment
Aku mengenang kisah
Perjalanan aku dan Najib ke beberapa tempat
Banyak yang aku jumpai
Banyak yang aku pelajari
Banyak yang aku insafi
Orang pelbagai ragam
Ada yang bertuah
Ada yang nampak susah
Memang ramai yang dalam kesusahan
Tetapi hidup tetap diteruskan
Malahan masih mampu menguntum senyuman
Kepada tetamu yang datang
Kanak-kanak kecil di Sarawak masih dalam ingatan aku
Mohd Adwa Muhyiddin
Namanya bagai bakal pemimin
Petah tutur katanya
Jelas sebutannya
Berhujah bagai orang-orang tua
Dahinya luas
Ideanya bernas
Walaupun tinggal di rumah yang kecil
Tetapi ahli rumahnya ceria dan gembira
Aku terharu melihat kanak-kanak cerdik yang gembira itu walaupun dia dalam kesakitan
Dia bertanya ”Kakak, bagaimana jus ini dapat menyelesaikan masalah kesihatan saya?” lagak seorang pemberita
Sebak dada aku
Aku bertemu seorang gadis yang aku agak hampir sebaya denganku
Orangnya pendiam tetapi ceria
Kerana itu aku sangka dia OK dan biasa-biasa
Tetapi sebelum aku dan Najib pulang
Azrul minta aku datang ke rumah gadis tersebut
Setibanya di sana
Aku lihat suasana yang muram dan menyedihkan
Malahan memeranjatkan
Kedua-dua ibu bapa gadis tersebut terlantar di katil yang saling besebelahan
Kami terkesima
Ayahnya masih boleh berkata-kata dengan baik
Tetapi tak mampu bergerak kerana kencing manis
Ibunya labih parah
Tidak boleh bergerak atau bercakap
Badannya kurus akibat kanser
Riak wajahnya nampak kosong
Kami terdiam dan hampir menitiskan air mata
Sedangkan si pesakit mungkin sudah kering air matanya
Aku berbual bersama bapa gadis
Yang aku kagum si bapa sangat berfikiran POSITIF
Bagi aku dia bijak, dia berfikiran luas
Tidak hanya berserah pada takdir
Ya, itulah yang aku kagum dengannya
TABAH & POSITIF
Lebih mengharukan
Si ibu yang terlantar
Sempat memegang tangan aku sebelum kami pulang
Walaupun tidak mampu berkata walau sepatah
Tetapi kami dapat mengagak maksud si ibu
Kami sebak
Perjuangan ini akan kami teruskan, akan kami jayakan
Sebagai motivasi
Semoga Allah sentiasa memberikan kami kemampuan untuk perjuangan ini
Semoga kami mati dalam pada kami sedang membuat kebaikan
Thank you Allah
A.I.N.
SELAMAT HARI BURUH!