MLM Coaching Program » · Register

July 2009


Assalamualaikum semua, Apa khabar pada hari ini? Hari isnin, Moday Blue… Hari ini, saya ingin coretkan apa yang tersimpan di lubuk mata hati saya mengenai beberapa kejadia yang berlaku sejak kebelakangan ini. Mungkin ini tidak ada kena mengena dengan perniagaan, MLM atau sebagainya, tetapi sekadar untuk membawa pembaca berfikir mengenainya.

Nasib Islam di bumi Allah…

Baru-baru ini di Malaysia, kita gempar dengan kematian Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik Selangor. Kematiannya masih menjadi tanda tanya. Tetapi kenapa tiga parti politik Cina, MCA, DAP, Gerakan serta parti pembangkang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menunding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu siasatan. Mereka semua patut bertenang, Suruhanjaya Bebas Diraja telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Kenapa seorang Cina meninggal (masih dalam siasatan punca kematian), Malaysia seolah-olah seperti mahu kiamat atau dilanda tsunami. Kenapa jika seorang Melyu Islam dengan nasib yang sama, tiada Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan, tiada siasatan lanjut dan akhirnya kes itu senyap sampai sekarang tiada orang yang memperingatinya. Mungkin anda pernah mendengar nama, Mustakizah Jaafar,seorang eksekutif wanita syarikat pengedar video, ditemui mati di hadapan rumahnya dengan beberapa liang luka kesan tetakan di tengkuk, manakala bahu kirinya ditembusi peluru.

Apakah nasib kita?

Kejadian baru-baru ini di German, seorang jururawat hospital, Marwa El-Sherbini, ditikam 18 kali dan mati di dalam mahkamah akibat seorang warga German, Alex tidak puas hati kerana beliau memakai tudung. Suaminya, Elwi yang ingin menghalang Alex pula dikatakan penyerang. Kejadian tersebut berkesudahan begitu sehingga kumpulan warga Mesir bertindak, membuat bantahan dan tuntutan keadilan terhadap kematian Marwa. Nasib Marwa lambat dibela dan mungkin tidak akan dibela serta dilupakan.

Saya ingin bertanya, adakah anda sudah mengetahui cerita atau nasib malang yang ditimpa oleh Marwa? Saya pasti ramai yang tidak tahu. Media kita telah dikuasai oleh barat. Berita mengenai kesalahan orang Islam dibesar-besarkan.

Apa nasib kita?

Tahun lepas juga, negara kita kecoh mengenai perebutan jenazah seorang saudara baru. Sewaktu itu juga, agama Islam dan juga mahkamah syariah dikecam habis-habisan.

Apa nasib kita?

Penganut Islam Cina Uighur pula perlahan-lahan di’lenyap’kan oleh kerajaan China. Mana pembelaan nasib mereka? Mana sifat berperikemanusiaan penduduk dunia? Hanya orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina tidak Islam, sudah tentu mereka naik berang dan terus melompat.

Allah berfirman di dalam Al-Quran: Jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Seminar, seminar dan seminar. Bayarannya mahal pulak itu, bukan RM100 ke, RM200 tetapi kadang-kadang mencecah ribuan ribu ringgit. Pada pendapat anda, berbaloikah untuk berbelanja sejumlah wang sedemikian? sedangkan kita boleh memperolehi informasi yang kita perlukan di internet (PERCUMA!) dan juga buku (MURAH!).

Internet telah mengubah kehidupan manusia. Kita hidup di zaman informasi. Kalau dulu, seorang penjual boleh asyik bercakap mengenai produknya dari A sampai Z tanpa ditegur, tetapi sekarang pengguna lebih tahu. Jadi, cakap sahaja tidak akan berhasil. Semuanya akan beralih ke internet. Mencari penyelesaian untuk semua.

Sudah tentu, ada yang mengatakan, buat apa pergi seminarnya, jika saya sudah membeli bukunya dan membaca blognya setiap hari. Sama juga yang dicakapnya. Sama juga diajarnya. Sebenarnya, anda silap.

sifukomputer

Bagi saya, saya pergi ke seminar adalah perkara yang penting untuk mempelajari sesuatu. Mugkin saya sudah terbiasa dengan cara pengajaran yang tradisional. Pergi ke kelas, dengar guru bercakap, tulis nota, tak paham angkat tangan, dapat jawapan yang saya inginkan. Sebenarnya ini semua, back to basic, hubungan sesama manusia. Eye contact, body gestures membuatkan pembelajaran lebih aktif dan effektif.

Kedua, sudah tentu kita akan mendapat teknik-teknik yang terkini yang belum diajar atau dikongsikan di laman web. Jadi, segala informasi yang RAHSIA, BERHARGA, STRATEGI TERBARU, sudah tentunya boleh didapati sekiranya anda pergi ke seminar.

Ketiga, tanpa anda sedari anda mempunyai mentor. Tunjuk ajarku sifu. Sudah tentunya anda pergi ke seminar idola anda. Jika anda terlibat di internet, anda pergi ke seminar IK, anda minat hartanah, anda pergi ke seminar Azizi Ali dan macam-macam lagi seminar.  Anda bertanyakan soalan, jadi anda telah mendapat nasihat daripada seseorang yang pakar dalam bidang tersebut. Nasihat ini sudah tentunya tidak akan terdapat di internet malah di buku walaupun bahan informasinya ada di sana.

Azizi Ali cakap, dia baca 500 buah buku untuk menjadi jutawan. 500 buah buku untuk mendapat segala informasi untuk jadi jutawan. Tetapi, adakah anda tahu bagaimana untuk mengaplikasi teknik-teknik di dalam buku tersebut? Bila masanya? Apa langkah seterusnya? Apa perlu anda buat? Jadi, anda perlukan mentor yang berikan nasihat!

Anda pasti kenal dengan Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin A.M. Amin kan? Ya beliau adalah orang Melayu yang paling menonjol dalam industri automotif Malaysia. Beliau memulakan ‘kerjaya’ pada tahun 1975 dalam usia 21 tahun! Cukup muda bukan? Pada masa itu Allahyarham menubuhkan Syarukat Kumpulan NAZA bagi memulakan perniagaan menjual kereta terpakai secara kecil kecilan di Taman Maluri Cheras. Modal beliau pada masa itu hanya RM80,000 dan digunakan bagi membeli 20 permit import kereta untuk bumiputera (AP) dan berjaya mendapatkan 20 buah kereta import terpakai untuk dipasarkan di Malaysia. Dalam masa 3 bulan, kesemua kereta tersebut berjaya dijual dan anak muda ini memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa itu. Seterusnya beliau meneruskan usaha dengan membuka cawangan di Kampung Baru, KL pada tahun 1979 dan dalam tempoh sebulan, 60 buah kereta import berjaya dijual!

nasimuddin

Paling menarik, bekas Perdana Menteri Malaysia memuji jasa dan pencapaian Allahyarham Tan Sri Nasimuddin dengan menyifatkan beliau sebagai contoh usahawan bumiputera tulen yang berjaya membangunkan empayar perniagaannya tanpa banyak bergantung kepada kerajaan. Allahyarham turut menubuhkan Akademi Kia bagi melatih kumpulan anak muda tempatan agar mahir dalam bidang automotif terutama teknologi Kia.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada 2 Mei 2008 dalam usia 53 tahun akibat kanser paru-paru. Namun demikian, beliau tetap diingati kerana sumbangannya dalam industri automotif negara sesungguhnya tiada tandingan. Semoga menjadi inspirasi dan iktibar kepada kita semua terutamnaya anak-anak Melayu!

Great people talk about ideas

Average people talk about themselves

But small people talk about others

(John C. Maxwell-The 360 Leaders)

Wassalam!

p/s: so, kurangkanlah ‘talk about others’. It won’t benefit you in any way!

Semua perniagaan tidak kira kovensional atau MLM adalah untuk mendpat keuntungan. Para penjual mahupun pengedar, sebelum keluar rumah lagi, telah setkan dalam minda mereka bahawa mereka mempunyai tujuan, matlamat jualan dan juga bertenang apabila menghadapi penolakan sebelum membuat closing. Hari ini saya hendak kongsikan dengan anda semua mengenai mindset sesetengah pengedar MLM. Mindset yang membuatkan ramai pelanggan dan prospek jelik apabila anda mendengarnya.

Produk kami ialah produk terbaik di dunia!
Syarikat kami lebih baik daripada pesaing kami!
Produk kami boleh mengubati semua penyakit!
dan bermacam-macam lagi….

Adakah anda dapat kenalpasti persamaan ayat-ayat tersebut? Persamaannya adalah KAMI! KAMI! dan KAMI! Memang tidak salah untuk mengatakan semuanya terbaik datang dari pihak anda. Penjual atau pengedar dari syarikat lain pun mengatakan yang serupa.  Kalau seseorang itu berjumpa dengan penjual sebanyak 10 orang sehari, maknanya perkataan yang kerap mereka dengar pada hari itu ialah KAMI. Tiada seorang pun yang akan mengatakan produk mereka tidak baik, syarikat mereka kecil, pelan pemasaran mereka kuno dan macam-macam lagi. Ini taktik masa 90an, masa saya kecil lagi, masa mak abah saya diapproch oleh jurujual. Jika anda masih lagi melakukan taktik dan mempunyai mindset seperti ini lagi, nampaknya anda jauh tertinggal kebelakang.

Semua orang bercerita kebaikan produk, syarikat dan pelan pemasaran masing-masing. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk keluar dari kelompok tersebut? Serlahkan kelainan anda. Sudah tiba masanya anda tinggalkan ego anda dengan mengatakan kami terbaik dan bla..bla..bla.. zaman sekarang; pelanggan dan prospek adalah yang terbaik. Sejauh mana kita fokus terhadap pembeli? pelanggan? prospek? dalam bisnes kita..

Bak kata Nabil; LU FIKIRLAH SENDIRI!

Assalamulaikum!

Hari ini (Sabtu) saya duduk di rumah dan Najib ke seminar IK. Janggal pula rasanya sebab dah lama sangat saya tak berada di rumah sendiri pada hujung minggu. Saya tak joint Najib sebab sekarang kami kena buat leveraging (bukan Nate Ford aje buat ‘leveraging’ kan dalam siri LEVERAGE kat AXN).

Ada untungnya juga duduk di rumah harini ni sebab saya dapat buat sale sebanyak RM1380 walaupun duduk di rumah sahaja! Rezeki le tu, alhamdulillah. Pagi tadi ada kawan tanya saya ada beberapa jenis perniagaan yang tengah ‘ngetop’ di surat khabar kerana pengedarnya dapat buat sale RM100,000 dalam masa 3 bulan, 6 bulan dan macam-macam lagi. So, berebut-rebut la orang nak sertai bisnes tu. OK, cantikle tu sebab ada kaitan dengan RM1380 sale yang saya buat harini. Saya cerita pada kawan saya ni, perasan tak, dalam surat khabar atau televisyen selalunya mereka paparkan;

HASIL JUALAN ABDULLAH=RM100,000 dalam masa 6 bulan!

So, kita pun sibuk congak berapa le Abdullah ni dapat untung sebulan? Betul tak? So, bila kita congak, Abdullah ni dapat RM 16,666 sebulan! Fuh boleh jadi jutawan ni! J Membara le jiwa nak sertai bisnes macam Abdullah! Tetapi jangan tersilap, kadangkala kita sebagai penonton/ pembaca tak faham sebenarnya itu adalah HASIL JUALAN (harga produk sebelum ditolak modal membeli produk tu dari syarikat pengeluar) bukan HASIL PENDAPATAN/BONUS/KEUNTUNGAN!

Dalam bisnes MLM atau apa-apa bisnes pun, PENDAPATAN kita ialah beberapa peratus daripada HASIL JUALAN tu. So, jika syarikat pengeluar tetapkan bonus/pendapatan/keuntungan ialah 5% maka pendapatan Abdullah yang sebenar ialah 5% x RM100,000 = RM5000. Jika dibahagi kepada 6 bulan, secara purata Abdullah peroleh RM833 sebulan.

Amacam, jauh beza tak RM16,000 sebulan dengan RM833 sebulan? So, jikalau anda nak sertai mana-mana perniagaan jangan terkeliru dengan propaganda HASIL JUALAN. Tanyalah kepada syarikat tentang HASIL PENDAPATAN bagi mengetahui potensi keuntungan kita apabila sertai sesebuah syarikat. HASIL JUALAN digunakan hanya untuk menentukan pangkat atau kelayakan bonus yang kita terima, ia tiada kaitan dengan keuntungan jualan runcit kita. So, don’t be fooled dengan ayat HASIL JUALAN.

Kedua, ya, ada juga iklan yang nyatakan ayat ‘HASIL PENDAPATAN’. Jadi, kita sebagai peniaga yang bijak WAJIB tanya kepada syarikat/ pengedar tersebut: itu HASIL PENDAPATAN untuk berapa bulan? Kadang-kadang itu HASIL PENDAPATAN untuk 1 tahun etc, sebab tu nampak banyak. Mana aci kan. Sesiapa pun boleh buat iklan, “Hasil pendapatan RM12,000!” Padahal itu pendapatan untuk 1 tahun. Bukan pendapatan setiap bulan. To be precise kan, lihat mana-mana iklan yang paparkan secara jelas seperti:

HASIL PENDAPATAN/BONUS ABDULLAH: RM30,000 SEBULAN! (ha, ini baharulah jelas & tiada maklumat tersembunyi!).

Sekian, buatlah pilihan yang bijaksana jikalau mahu jadi jutawan. Wassalam!

p/s: berkenaan HASIL JUALAN saya bernilai RM1380 tadi, HASIL PENDAPATAN ialah 40% daripada hasil jualan tadi so saya dapat le RM552 (keuntungan runcit) harini. So, ada bezanya kan antara ‘hasil jualan’ dengan ‘hasil pendapatan/keuntungan’? Jadi, jangan terpedaya dengan propaganda HASIL JUALAN/SALE ok!

Best.. Best.. Best.. itu sahaja yang dapat saya dan Ain ungkapkan apabila keluar daripada Cititel Midvalley. Menghadiri Seminar yang bertajuk “Menjadi Juara” memang tidak sia-sia. FREE pulak! Hehe.. biasalah kalau boleh semua hendak free. Tetapi kena tengok juga, free itu berkualiti bagus atau tidak. Tetapi yang ini, seminar PEOPLEPRENEUR Business School (PBS) memang BEST! …. tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

PBSKata-kata aluan oleh Jefri (Trainer PBS) menerangkan sedikit sebanyak 4 quadrant, formula oleh Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad Poor Dad dan memberi pengenalan mengenai program PBS ini. Yang paling best, Irfan Khairi pun berkesempatan memberi 1 strategi yang powerful. Sebelum ini pun saya belum pernah baca di mana-mana pun. Memang luar dari jangkaan. Strategi ini merupakan satu strategi daripada program Strategi IK2.

Strategi yang agak mudah tetapi kita tidak nampak. IK telah memberi Kedai Burger Steam sebagai contoh. Katakanlah kedai tersebut menjual sebiji burger RM7, dibungkus dengan kertas dan masa penyediaan adalah 15min. jadi kita sebagai pesaing, telah membuat beberapa strategi untuk mengalahkan pesaing kita iaitu kedai burger steam. Apa yang kita buat ialah kita turunkan harga, sebiji burger RM6.50, dibungkus dengan kotak cantik dan masa penyediaan disingkatkan sehingga 5min. Saya rasa ramai yang mengaplikasikan  strategi ini. Saya pun begitu sehingga semalam. Strategi ini adalah kita lihat KELEMAHAN pesaing dan cipta kelainan. Jadi, strategi yang terbaik ialah:

Strategi perniagaan:
lihat KELEBIHAN pesaing dan cipta kelainan.

Kelebihan kedai tersebut ialah burger steamnya. Jadi kita cipta kelebihan kita, sebagai contoh buat burger BBQ roasted. Secara tidak langsung anda akan hilangkan pesaing anda dan anda telah membuat satu industri yang baru. Anda telah berada di laut biru, kalau kita masih lagi bersaing dengan kelemahan pesaing kita, kita masih lagi berada di laut merah. Penuh dengan darah. Pancung-memancung dan masih pada tahap itu, bertungkus lumus mencipta kelainan atas kelemahan. Saya pun baru separuh baca buku BLUE OCEAN STRATEGY, insyaAllah kalau sudah siap habis baca, saya buat summary.

Kemuncak bagi seminar ini adalah ceramah motivasi 20min oleh Dato’ Dr. Azman Ching. Dahsyat. Sungguh powerful. Sampai dalam kereta, siap minum dan sampai ke rumah masih lagi tergiang-giang kata-kata dan gaya-gaya yang kelakar tetapi memberikan kesan. Kali pertama berjumpa Dr. Azman Ching face to face. Bersemangat!

PBS2Seminar percuma ini merupakan pengenalan bagi program PBS yang akan datang. Program 3D2N, online community (peoplelogy) dan mcam-macam lagi.  Program ini bukan sahaja untuk orang yang sudah ada perniagaan tetapi juga orang baru hendak memulakan perniagaan ataupun tiada lagi idea tentang perniagaan. Anda akan diajar step by step untuk berjaya dalam perniagaan. Banyak trainer, member peopleprenuer dan mentor yang boleh memberi tunjuk ajar.

Untuk seminar yang seterusnya, saya akan updatekan di blog ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu perniagaan dan berjumpa dengan orang yang telah berjaya di dalam perniagaan.

Next Page »