MLM Coaching Program » · Register

July 2009


Walau sebesar mana halangan yang kita hadapi, kita harus fokus dalam setiap tindak tanduk kita ambil. Kita harus fokus cara untuk menyelesaikan masalah dan bukannya memikirkan bagaimana masalah itu timbul dan dari siapa ianya datang. Walaupun kini kita menghadapi masalah kewangan, tetapi kita harus fokus bagaimana untuk mencari pendapatan lebih. Jangan hanya fikirkan kegawatan tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya teruskan usaha untuk mencari peluang yang ada. Usaha dan terus usaha sehingga kita mendapat sesuatu yang benar-benar kita hajati. Bukan senang hendak senang, oleh sebab itulah kita perlu fokus dalam melakukan setiap perkara.

blue mount2

Jika terdapat SATU perkara yang mampu anda lakukan, ubah dan perbaiki pada hari ini yang boleh memberika impak atau transformasi terhadap kehidupan, kerjaya dan kewangan anda secara drastik, apakah SATU PERKARA tersebut?

FIKIR……

SATU PERKARA IALAH : __________________________

LAKUKANNYA SEKARANG!

Before Meet the People…..

prospek listKunci kepada pembinaan perniagaan MLM anda ialah merancang untuk masa hadapan dan cara terbaik untuk melakukan sedemikian adalah dengan menyediakan senarai prospek sasaran. Untuk melakukannya, anda akan mencipta apa yang saya panggil ‘Senarai Prospek Hijau dan Merah’. Ini bakal menjadi aset atau saya lebih suka panggil SENJATA terbaik perniagaan anda!

Kenalan yang berpotensi menjadi rakan niaga anda disenaraikan dalam Senarai Merah

Amati nama-namanya dan renungkan sama ada anda boleh mengingati sebab peribada mengapa individu tersebut mungkin akan berminat dengan peluang perniagaan anda. Contahnya, cubalah ingat orang-orang yang mungkin telah mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk:

  • menambah pendapatan mereka
  • pergi bercuti bersama keluarga
  • memperoleh lebih banyak masa terluang
  • memasukkan anak-anak mereka ke kolej yang terbaik
  • dan lain-lain alasan

Apabila anda menemui satu nama sedemikian, letakkan nama tersebut dalam Senarai Prospek Merah.

Pengguna Produk yang berpotensi diletakkan dalam Senarai Prospek Hijau

Cubalah mengenal pasti orang-orang yang anda kenali yang memberi tumpuan dan minat kepada faedah yang ditawarkan oleh produk anda. Ingatlah bahawa siapa sahaja memerlukan produk anda, tulis sahaja nama mereka di dalam senarai, usah keluarkan mereka dari senarai sehingga anda berjumpa dengan mereka.

Jadi anda sudah mempunyai senarai, apa lagi, lengkapkan diri anda dengan ilmu Produk dan juga Pelan Pemasaran sebelum membuat pertemuan. Tidak yakin lagi, ajak upline anda untuk membantu buat pertama kalinya.

THEN, MEET THE PEOPLE!

« Previous Page