October 2009


Assalamualaikum,

motivated
DON’T WASTE YOUR TIME OR MINE IF YOU DON’T DARE TO GIVE COMMITMENT IN MLM

Seringkali kita mendengar ayat ini:

Saya dah join 5 jenis MLM, tapi tak ada satu pun yang berjaya, buat penuh sales kit aje dalam stor saya, MLM ni tak boleh buat saya kaya!

Oh, dahulu hati saya terguris mendengar ayat ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya dah dengar ayat ni dari ribuan orang Melayu. Beginilah dahsyatnya persepsi mereka tentang MLM di Malaysia.

Balasan untuk ayat tadi ialah – Ada banyak faktor menyebabkan anda belum berjumpa MLM yang boleh buat anda berjaya/ kaya ANTARANYA:

1)      Kelima-lima MLM tu tak genuine dari segi produk (boleh buat repeat sale tak produk tu? Adakah produk tu berguna ALL TIMES for EVERYBODY?), pelan pemasaran (ada royalti dan bonus organisasi tak MLM tu? Jika ya, that MLM can make you RICH friend!) dan adakah syarikat itu benar-benar kukuh dari segi kewangan dan sistem? So, lepas ni kalau nak join mana-mana MLM, study dahulu perkara-perkara penting ini. Jangan lihat bakal upline naik Mercedes, awak terus sign jadi ahli J.

2)      Kalau lah PRODUK, PELAN PEMASARAN, SYARIKAT dan SISTEM syarikat MLM tu dah cantik, dah molek, dah terbukti bagus, TETAPI anda masih lagi tak berjaya, tak kaya-kaya maksudnya siapa yang salah? Yang salah ialah ’MYSELF’. Ingat, nak jadi businessman yang pro, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Ia akan menampakkan lagi kebodohan kita dalam menjalankan perniagaan.

3)      Kalau ada yang mengeluh dah join berpuluh MLM tetapi masih tak berjaya, cuba tanya mereka semula, dah berapa lama anda bertahan dalam satu-satu jenis MLM tu? Yes, as what has been expected, mereka hanya sertai MLM yang kononnya buat mereka gagal tu tak sampai 1 TAHUN pun. Ya, baru 3 bulan, 6 bulan dah give up. Baru 9 bulan tak dapat jual produk, tak dapat cari networking, dah isytihar diri gagal dan mula mencari MLM lain. Mula memburukkan MLM yang kononnya buat mereka rugi dan gagal tu. Cuba fikirkan dalam masa yang singkat dalam sesuatu MLM, berapa banyak ilmu yang boleh anda pelajari? MLM adalah tempat untuk BELAJAR mengendalikan bisnes yang sebenar, tempat buat EKSPERIMEN tentang kemahiran dan bakat kita berniaga & akhirnya tempat MEMBINA KEKAYAAN. Semua ini perlukan masa bertahun-tahun kawan-kawan. Bukan 9-13 bulan. MLM bukan semudah yang disangka. Sebab itu, sesiapa yang serius dalam MLM, orang ini Insyaallah akan berjaya membina kekayaan tetapi tentunya mengambil masa yang agak lama. Jadi, kenalah sabar dan tabah.

Wassalam.

Assalamualaikum,

successinbad
SUCCESS EVEN IN BAD

Pernah tak anda jumpa orang yang gagal dalam perniagaan? Jika anda memang dalam field business dan banyak terlibat dalam melebarkan networking, anda akan kerap bertemu dengan orang yang menceritakan kisah silam mereka dalam perniagaan yang menyedihkan. Kalau yang jatuh dalam perniagaan sikit-sikit tu biasalah, ini yang jatuh melibatkan kerugian berjuta ringgit ataupun diisytiharkan muflis.

Di antara ramai orang yang pernah jatuh ini akan ada seorang dua sahaja yang akan bangun menjadi Brand New Businessman. Ya, bilangannya amat sedikit. Yang lain akan terus meratapi kegagalan dan asyik menyalahkan orang lain atas kegagalannya sampai mati. Tahu tak kenapa? Untuk Brand New Businessman, mereka sebenarnya ada satu sikap yang amat jarang tersemat dalam hati para usahawan (terutamanya melayu). Iaitu sifat ENTHUSIASM – iaitu kepercayaan kepada diri sendiri. Kepercayaan bahawa matlamat mereka dalam sesuatu perniagaan memang bagus (walaupun orang lain kata tak bagus) dan yakin akan dapat dicapai. Orang yang ada sifat Enthusiasm ni ada semangat yang berkobar-kobar dalam perniagaan dan apa sahaja halangan di hadapannya akan dihadapi secara profesional. Orang seperti ini misi dan visi nya dalam perniagaan sentiasa jelas. Tidak samar-samar. Berniaga bukan hanya kerana wang semata-mata tetapi kerana minat untuk mempelajari APAKAH ITU CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN mereka. Sifat Enthusiasm hanya dapat diukur apabila kita berada dalam tekanan perniagaan. Sama juga mengikut kajian psikologi, kalau nak mengetahui sifat sebenar seseorang, lihatlah sifatnya sewaktu berada dalam tekanan atau situasi buruk (bad times). Kalau masa sedang gembira, ketawa-ketawa, suka, kita tak akan dapat tahu sifat sebenar seseorang tu. Jadi, bagaimana dengan anda? Walau apa pun saya jamin kita akan berjaya dalam perniagaan jikalau kita ada ENTHUSIASM yang TINGGI! Ia wajib bermula dengan DIRI KITA SENDIRI, bukan kerajaan, bukan pakar motivasi, bukan ORANG LAIN!

YOU CAN LOSE EVERYTHING,

BUT NOT YOUR ENTHUSIASM…

Dalam artikel tips MLM kali, saya akan kupas satu perkara yang saya rasa betul-betul penting di dalam perniagaan MLM. Ramai yang gagal atau putus asa disebabkan perkara ini. BINA PERNIAGAAN MLM YANG MEMPUNYAI JUALAN BERULANG!

Tiada jualan ulangan, maka anda tidak menjalankan perniagaan ini sepenuhnya. Apabila anda menaja, anda cuma mendapat bonus tajaan sekali, tetapi menghasilkan pengguna setia, akan dapat pendapatan yang tetap setiap bulan.

Perkara ini mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang. Kebanyakkan orang yang saya lihat, apabila mereka menyertai sesuatu MLM, mereka terus berfikir: bagaimana untuk membesarkan rangkaian, berapa wang yang akan mereka perolehi nanti dan bagaimana untuk saya mencapai pangkat yang tinggi! Sedangkan perkara yang asas di dalam MLM mereka tidak kuatkan, bagaimana pula mereka untuk mencapai kejayaan secara berterusan.

Saya sering mengingatkan rakan kongsi saya, buat langkah demi langkah. Jangan terus naik pangkat dan terus dapat duit yang banyak! dan selang beberapa bulan, terus tiada pendapatan!

Bagi saya, di dalam MLM, bukannya kereta yang anda pandu sekarang jadi ukuran. Bukannya bonus anda, Bukannya pangkat anda. Tetapi berapa orang pemimpin yang dapat anda lahirkan di dalam organisasi anda. Berapa orang yang anda telah buat perubahan di dalam kedudukan ekonomi mereka.

3 cara yang boleh anda aplikasikan:

  1. Bina ‘askar’ sebagai pengguna
  2. kemudian, lahirkan satu batalion pengedar daripada askar tersebut
  3. kemudian, lahirkan satu pemimpin dalam satu batalion tersebut

Buat kerja rumah anda sekarang, jika anda hendak menjadi kaya! Buat kerja rumah seumpama anda hendak menghadapi peperiksaan sewaktu sekolah dahulu. Jadi, luangkan masa untuk anda membuat kerja rumah!

Kebanyakan orang yang kaya ataupun orang yang telah mencapai kebebasan kewangan yang pernah saya jumpa mengatakan semua kejayaan yang mereka kecapi adalah setelah melakukan kerja rumah!

Jangan silap ye! Kerja rumah itu bukan bermaksud memasak, mengemas rumah dan sebagainya.

Orang kaya bekerja keras untuk membina aset yang akan meningkat nilainya samada perniagaan atau pelaburan. Ingat! Ada di antara mereka pada permulaan perniagaan, merekalah yang mendapat bayaran gaji yang terakhir, malah lebih sedikit dari pekerjanya. Mereka secara berterusan membina beberapa perniagaan tanpa penat lelah dan kemudian menjual perniagaan mereka berjuta-juta ringgit atau mengambil seorang presiden untuk mengawasi perniagaan mereka. Jadi apa mereka buat, terus membuat kerja rumah, membina perniagaan lain.

Terus terang saya katakan, anda tidak akan kaya jika anda terus bekerja makan gaji, pergi kerja setiap hari 8  hingga 5. Anda akan menjadi kaya jika anda buat kerja rumah dan membuat keputusan apa yang harus anda lakukan dengan wang anda. Ini perlu anda lakukan setelah anda memperolehi wang dan ini juga membezakan anda antara kaya ataupun tidak.

Contoh 1: Membeli hartanah adalah kerja rumah orang kaya. Mereka memperolehi pendapatan melalui sewaan dan menggunakan wang tersebut untuk membeli hartanah lain atau membina perniagaan lain.

Contoh 2: Perniagaan internet, Perniagaan MLM, bekerja di rumah akan mendapat pendapatan yang lebih dari anda jangkakan jika anda lakukan mengikut caranya dan anda akan memperolehi pengecualian/ pelepasan cukai yang banyak.