November 2009


Pernahkah anda tertanya-tanya soalan ini kepada diri anda?

“Mengapakan anda masih belum menjadi jutawan walaupun sudah mempunyai perniagaan?”

“Bagaimanakan aku boleh menjadi seperti mereka (Jutawan-jutawan)?”

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 6 orang Jutawan Malaysia!

Kini, Jutawan Kewangan, Mentor Jutawan, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal, Jutawan Internet dan Jutawan Misteri mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan dengan cepat!

>> DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN <<

Memang tidak dapat dinafikan lagi, para jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia para mentor jutawan ini?

Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap

Dato’ Dr Azman Ching, Mentor Jutawan

Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

Abang Abu, Jutawan Kewangan

Irfan Khairi, Jutawan Internet

Jutawan Misteri ??

Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda.

Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi 101 kunci kejayaan!

Bukan MUDAH nak dapat pendapat dan pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya.

Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam konvensyen ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Strategi-strategi yang mereka gunakan adalah strategi jutawan-jutawan seluruh dunia, bermula daripada kosong, sehingga menjadi Jutawan.

Ingatlah, resepi untuk berjaya menjadi jutawan adalah berguru dengan jutawan itu sendiri, jadi sertai Konvensyen ini yang sarat dengan info, tips dan strategi secara terus daripada bukan 1 tapi 6 orang jutawan.

Anda juga berpeluang bersemuka dengan setiap seorang dari mereka dan terus mengajukan soalan yang berlegar-leagar di kepala anda selama ini. Mungkin soalan-soalan itu tidak dapat dijawap dari pembacaan atau dari mana-mana produk keluaran mereka sebelum ini, dan inilah peluangnya…

>> DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN <<

1 BULAN LAGI KITA AKAN MELANGKAH KETAHUN 2010

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI AZAM?

APAKAH AZAM ANDA?

CAMPAK KETEPI SEMUA AZAM ANDA YANG BIASA-BIASA TU..

JADIKAN AZAM TAHUN 2010 ANDA ADALAH AZAM YANG PALING LUAR BIASA DALAM SEJARAH HIDUP ANDA!!!

BERAZAM UNTUK MENJADI JUTAWAN!!!

BERAZAM UNTUK MENDAPAT 1 JUTA YG PERTAMA!!!

BERAZAM DARI  MILLIONAIRE KEPADA MULTI MILLIONAIRE!!!

Anda akan MEMPEROLEHI 101 kunci, strategi dan prinsip para jutawan daripada jutawan-jutawan popular Malaysia termasuk…

jutawan

________________________________________

Dato’ Dr Rusly B Abdullah (Chef Li) – Jutawan Senyap

Penulis buku trilogi terkenal, “Jutawan Senyap”, Chef Li mendedahkan rahsia untuk menjadi jutawan bidang masakan (food & beverage). Pengasas Institut Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar dalam bidang masakan, tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan bidang masakan.

Antara topik yang di dedahkan:

• Membongkar rahsia menjadi Jutawan Senyap

• apa yang membuat Chef Li memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar?

• tentunya langkah beliau dikritik oleh keluarga dan kenalan- apa yang dilakukannya?

• masakan yang sedap tidak menjaminkan perniagaan makanan anda berjaya! Ketahui prinsip 3C

• perniagaan makanan margin untung lebih 100%!

• apakah maksudnya formula kejayaan Chef Li TNS x L?

• teknik di mana walaupun perniagaan kecil- cara ini menjaminkan anda untuk menjadi jutawan!

… dan banyak lagi!

“Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif” – Chef Li

________________________________________

Dato’ Dr Azman Ching – Mentor Jutawan

Mentor Jutawan terkemuka, Dato’ Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya, bagaimana daripada kosong, menjadi seorang jutawan. Pakar motivasi dan juga usahawan yang disegani, Dato Dr Azman Ching mendedahkan rahsianya bagaimana beliau menjadi jutawan dengan lebih 250,000 orang prospek!

Antara topik yang didedahkan:

• Kenapa bukan semua jenis perniagaan boleh menjadikan anda jutawan?

• Membina pemikiran usahawan jutawan

• pentingnya komunikasi dalam perniagaan dan bagaimana sekiranya anda yang pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi!

• rahsia menjadi hebat

• Teknik “Doktor dalam peperangan” yang pasti akan melipatkali gandakan prospek anda!

• strategi A-B-C dalam mendapatkan prospek pada bila-bila masa sahaja, tidak kira keadaan kewangan anda!

• formula kekayaan Azman Ching = K-A-S-H

… dan banyak lagi!

“Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat” – Dato’ Dr Azman Ching

________________________________________

Billi Lim – Jutawan Berani Gagal

Jutawan yang berani gagal, World’s No #1 Failure Guru, Billi Lim. Sejak kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau gagal. Dalam pendidikan, beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam perniagaan beliau gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal! Kini Billi Lim merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan gayanya tersendiri memberi fokus bahawa kegagalan adalah batu loncatan untuk berjaya.

Antara topik yang didedahkan:

• Cara mencipta kejayaan disebalik kegagalan demi kegagalan

• kisahnya yang gagal dalam segala-galanya!

• bagaimana ubahkan kegagalan menjadi kejayaan

• menjadi gembira tidak memerlukan syarat- rahsia berfikiran positif!

• cara menghilangkan perasaan takut pada rejection dan bagaimana mengurangkan rejection!

• apakah yang dimaksudkan dengan X-Factor di mana semua jutawan perlu ada?

… dan banyak lagi!

“Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu” – Billi Lim

________________________________________

Abang Abu – Jutawan Kewangan

Abang Abu adalah motivator kewangan terkenal di Singapura! Seorang usahawan, motivator dan juga ikon TV Singapura, Abang Abu mendedahkan rahsianya menjadi jutawan pada umur 26 tahun. Bagaimana seorang insan ini yang melalui satu kemalangan yang ngeri yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya dan hampir mengambil nyawanya juga, telah bangun dan menentang arus dan menjadi seorang jutawan?

Kisah inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura!

Antara topik yang didedahkan:

• Cara mengekalkan RM1,000,000 yang pertama

• bagaimana Abang Abu bangun daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga menjadi seorang jutawan pada umur 26 tahun?

• kata Abang Abu, semua orang yang ingin berjaya memerlukan PHD!

• mencapai matlamat semudah A-B-C-D

• 6 Peringkat penting bebas kewangan

• Cara INVEST dalam perniagaan

• mengapa memilih rumah kedai sebagai pelaburan dan bukan rumah?

• 8 Langkah untuk jadi kaya… raya

… dan banyak lagi!

“Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda” – Abang Abu

________________________________________

Irfan Khairi – Jutawan Internet

Peneraju program “Jutawan”, Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi jutawan? Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi? Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda. Ketahui tips dan strategi Irfan Khairi, jutawan Internet kita!

Antara topik yang didedahkan:

• Mencipta RM1,000,000 dalam abad ke-21

• apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur 18 tahun?

• untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa?

• satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan

• 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari!

• strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari!

… dan banyak lagi!

“Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini” – Irfan Khairi

________________________________________________________

JANGAN BUANG MASA ANDA, TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG!!!

DAFTAR SEBELUM 15 DEC 2009 PADA HARGA RM399-/-

SEBELUM IANYA MENJADI HARGA SEBENAR RM 899-/-

TEMPAT ADALAH TERHAD !!!

Telefon: 012 3056 076

__________________________________________________

CF101Pernah tak anda mendengar CASHFLOW 101 Board Game? Saya percaya anda di antara anda sudah pun bermain permainan ini. Best bukan? Boleh saya katakan, permainan ini merupakan satu alat bagi saya untuk mengukur kemajuan saya dalam ilmu ‘permainan’ kewangan yang mana ianya tidak mempunyai kesudahan. Ramai antara rakan-rakan saya setelah membaca buku Rich Dad Poor Dad, hasil tulisan penulis bestseller Robert Kiyosaki, telah menukar persepsi kerjaya mereka dan ingin menjadi usahawan. Ia merupakan satu ‘wake up call‘ bagi sesetengah orang dan memberikan kesan terhadap kehidupan mereka. Sekarang apa yang perlu anda buat ialah BERTINDAK!

Buku Rich Dad Poor Dad hanya boleh memberikan kita kesedaran bahawa pentingnya ilmu kewangan dan perniagaan. Mungkin ada di antara anda, tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk berjaya dalam kedua-dua aspek ini dan masih takut-takut untuk menceburi bidang perniagaan. Jadi, permainan ini direka khas untuk mengajar anda kedua-dua ilmu ini secara praktikal. Ia merupakan sebuah pengalaman kewangan yang tidak ternilai yang dimampatkan ke dalam satu permainan.

VIDEO CASHFLOW 101

Dengan CASHFLOW 101 BOARD GAME :-

  • Meningkatkan kebolehan anda dalam ilmu kewangan untuk membaca penyata kewangan (mengetahui mana aset dan liabiliti)
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi untuk berunding mengenai urusan perniagaan
  • Memberanikan diri untuk mempunyai kredit yang baik untuk menambahkan lagi kekayaan
  • Mempunyai impian, mencipta matlamat, merancang strategi  dan taktik yang effektif untuk mencapai impian
  • Menambahkan keyakinan diri untuk berurusniaga
  • Dapat mengenali peluang disekeliling anda setiap hari untuk menjadi kaya dan bahagia
  • Keluar dari RAT RACE!
  • Mengumpul lebih banyak aset untuk menjana pendapatan pasif
  • Melatih duit anda untuk bekerja keras untuk anda
  • Meningkatkan kebijaksanaan kewangan
  • MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN!

Permainan ini akan mengubah mindset kewangan sesiapa sahaja yang bermain , tidak kira mereka masih baru dalam memahami ilmu kewangan ataupun merupakan usahawan atau pelabur yang berjaya.

“The more you play the game the richer you become”. – Robert Kiyosaki

95% perniagaan kovensional gagal setelah beberapa tahun beroperasi
95% syarikat MLM gagal memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengedar
95% pengiat MLM gagal untuk mencapai impian mereka

YA! sememang ini amat menakutkan kepada sesiapa yang ingin meceburi bidang perniagaan. Sebenarnya kesemua yang gagal ini mempunyai sesuatu yang sama dan banyak yang berjaya juga dalam perniagaan mempunyai persamaannya juga.

Fikirkan…

  1. Dunn & Bradstreet menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana membuat pengiklanan yang effektif
  2. Buku ”E-Myth” menyatakan bahawa 95% syarikat yang berjaya kerana mempunyai sistem pemasaran yang terbaik
  3. Buku ”Cash Flow quadrant” menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana menggunakan struktur petak B/I iaitu (Business and Investor)
  4. Jika anda mengaplikasikan prinsip-prinsip di dalam “Think and Grow Rich” anda mempunyai 95% untuk berjaya

Keempat-empat prinsip ini mempunyai kadar kejayaan yang sama. Jikalau saya jumlahkan, 95% x 4 prinsip = 390% kadar kejayaan. Jadinya, jika anda menggunakan keempat-empat prinsip yang disebutkan, anda mempunyai 390% kadar kejayaan yang mana perkara ini SUNGGUH MUSTAHIL! Tak kira perniagaan apa yang anda lakukan, di mana sahaja anda lakukan, bagaimana anda lakukan, anda tetap mempunyai 100% kadar kejayaan.

Robert Kiyosaki, menyatakan 9 daripada 10 perniagaan akan gagal. Dan sewaktu beliau ingin memulakan perniagaan, beliau akan merancang untuk menjalankan 10 perniagaan satu per satu yang mana, beliau tahu 1 perniagaan akan pasti berjaya.

Beliau sudah bersedia untuk menjalankan perniagaan dan menempuh kegagalan sebanyak 9 kali. Setiap kegagalan yang beliau tempuhi, pasti beliau mempelajari sesuatu yang tidak dapat belajar di mana-mana termasuk universiti sekalipun. Sewaktu beliau memulakan perniagaan yang kesepuluh, beliau sudah tahu persamaan perniagaan-perniagaan yang berjaya.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk gagal? huh.. pelik sungguh bunyinya.

p/s: rentetan daripada Preveiw Peopleprenuer Biz School semalam yang bertajuk Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan oleh Dr. Irfan Khairi, Abg Abu dan Dato’ Dr. Azman Ching. Malam yang paling seronok buat PBS2 kerana ada majlis graduasi :) good luck to all PBS member.

Salam semua! Indah sungguh pagi Isnin yang hening ini. Mendung berarak, sejuk-sejuk. Tetapi apa pun, apa cuaca sekali pun, saya sungguh ANTUSIAS sekali! Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat dari rakan-rakan PBS saya di Istana Budaya, walaupun sibuk dengan urusan perniagaan. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi sayang sekali, terpaksa mengundurkan diri lebih awal sebab mempunyai Preview Business Opportunity di Pahang jam 2.00 petang. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan PBS menjadikan saya lebih bersemangat! Kerana apa? Sebab saya berjumpa dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif!

Ini amaran saya kepada sesiapa yang ingin berjaya: JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG NEGATIF! Biarkan golongan ini membuat persatuan sendiri dan biarkan mereka dengan cas-cas negatifnya. Kadang-kadang saya gelarkan golongan ini sebagai LOSER! Mungkin gelaran itu terlalu kasar tetapi itu yang sepatutnya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung dan terlalu sensatif di sini. Jadi sesiapa yang tak sedar lagi, simbah muka anda dengan air sejuk  dan ikut saya di dunia yang realiti ini.

Banyak sangat loser di semua tempat, tak kira anda buat apa sekali pun, anda tetap akan berjumpa dengan loser-loser ini. Orang yang selalu bersungut, merungut, mengeluh, menyalahkan orang lain, iri hati dan mengalah apabila baru beberapa minggu mencuba. Yang paling seronok, mereka akan selalu cakap, ‘Program ini tak betullah. Bisnes ini tipu la. MLM ini scam la.’ dan macam-macam.

Secara statistik dan pengalaman sayalah, setalah hampir 3 tahun saya menceburi bidang perniagaan ini, hanya 5 – 10% orang sahaja yang mampu menjana 90% atau lebih pendapatan. Jadi, jika anda bergaul atau selalu lepak-lepak dengan 90 – 95% yang lain, anda juga satu hari jadi ’serpihan-serpihan’.

Jadi, mula dari saat ini, bergaulah dengan orang yang berfikiran positif, para-para jutawan, pemimpin-pemimpin yang hebat dan bakal usahawan yang terbilang, cemerlang dan gemilang! Ingat, pendapatan anda adalah purata pendapatan 6 orang kawan anda. Jadi, jika anda berkawan dengan 6 orang jutawan.. Sudah pasti anda akan menjadi jutawan. Bagaimana untuk berkawan dengan 6 orang jutawan?

Let the losers mingle with the other losers. You’re better than that.

Menjadi pengedar MLM merupakan pengalaman paling berharga dan paling indah buat saya. Saya sentiasa menetapkan matlamat untuk menjana 1 juta pertama saya melalui perniagaan MLM ini (anda juga harus menetapkan matlamat anda dalam apa jua perniagaan sekali pun). Menjalankan perniagaan dalam MLM amat mudah asalkan kita menggunakan sistem yang betul dan diduplikasi oleh ahli dalam rangkaian kita. Antara perkara yang saya amalkan ialah:

Berhubung rapat dengan mentor anda

Sentiasa dekati kumpulan-kumpulan upline anda yang mampu menjadi mentor yang bagus tanpa rasa segan dan timba seberapa banyak ilmu daripada mereka. Tiru cara mereka bekerja, berucap dan berniaga. Anda telah melabur sebagai pengedar MLM, maka sememangnya menjadi kewajipan upline untuk membantu anda dalam bisnes ini. Jikalau terdapat masalah, berhubung terus dengan upline. Semakin lama anda berhubung dengan upline, mahu tak mahu keyakinan dan pencapaian anda dari segi pendapatan dalam bisnes ini akan semakin luar biasa bagus!

Bina kumpulan pengguna produk anda!

Kekalkan kesetiaaan pengguna dan cari pengguna baharu setiap hari. Siapakah kumpulan pengguna produk anda ? Mereka ialah kumpulan yang tidak mahu menjalankan bisnes. Jangan buat kesilapan yang seringkali dilakukan oleh kebanyakan pengedar: mula-mula anda jual kepada kumpulan ini, kemudian anda cuba naik taraf (upgrade) mereka menjadi pengedar. Hasilnya: anda akan menakutkan golongan pengguna ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada anda. Mengapa hal ini berlaku? Kerana mengikut kajian, dalam dunia ini, 90% populasi manusia ialah jenis ’tak mahu menjual’ tetapi mereka merupakan pembeli yang bagus. Manakala hanya 10% manusia benar-benar ’suka menjual’. Jadi, jangan jejaskan perhubungan anda dengan 90% populasi manusia yang suka membeli ini. Sebab itulah, dikatakan 9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan! Jangan buang masa memaksa kumpulan 90% ini berniaga sebaliknya mari kita cari 10% lagi yang amat ’suka menjual’ untuk menjadi pengedar aktif. Jadi, dari manakah datangnya kata-kata karut bahawa pasaran Malaysia sudah tepu dengan produk anda? Sudahkah anda kongsi kebaikan produk anda dengan 90% (23 juta) orang rakyat Malaysia?

Konsisten, konsisten dan konsisten!

Dalam mana-mana bisnes pun, kita perlu konsisten. Hatta menjual pisang goreng di tepi jalanpun perlu hari-hari buka gerai. Begitu juga dalam bisnes MLM (malahan mana-mana bisnes pun). Konsisten dalam berkongsi kebaikan produk, konsisten dalam menjalankan follow-up kepada para pengguna dan paling penting gunakan produk anda setiap hari! Tetapkan matlamat kepada diri sendiri bahawa anda memberi masa kepada diri sendiri selama 2,3 atau 4 tahun untuk menjadi jutawan MLM. Jangan jalankan bisnes ini untuk ’test market’ untuk sekadar ’balik modal’. Jalankan perniagaan ini kerana anda adalah businessman yang komited dan akan menjadi jutawan MLM! Kesemua perniagaan ada cabaran dan halangan. Jadi, hadapinya dengan profesional dan dapatkan bantuan mentor anda.

Sedia belajar

Inilah perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan pengamal MLM iaitu belajar. Masalahnya ialah apabila dalam hati mereka ini seringkali melaungkan satu slogan pemusanah motivasi iaitu ”I know that..!”. Mulai hari ini, tukar slogan ini kepada ”I want to know more…!” setiap kali BOP atau program-program dijalankan oleh leader anda. Contohnya kalau anda ingin naik pangkat dengan kenaikan gaji RM20 setahun sahaja pun (bekerja makan gaji) anda perlu hadiri kursus-kursus dan mengambil peperiksaan yang memecahkan kepala! Bagaimana pula kalau anda ingin menjadi seorang businessman yang bakal menjadi seorang jutawan? Haruslah dibayar dengan begitu banyak pengorbanan (keluar dari zon selesa) iaitu kesediaan mahu belajar dan jangan bermalas-malasan di rumah!

Beza menjual dan berkongsi

Ada antara kita malu berkongsi kebaikan produk kepada orang ramai di luar sana. Dalam hati selalu berkata ”Dengan siapa aku nak jual produk aku ini?”. Mulai hari ini tukar ayat ini kepada ”Dengan siapa aku nak tunjukkan peluang untuk sihat dan menjana pendapatan lebih ni?”. Inilah bezanya antara menjual dan berkongsi. Jika niat kita ingin menjual, kita akan kelihatan seperti salesman. Jikalau niat kita ingin berkongsi kebaikan, kita akan kelihatan seperti seorang businessman. Kedua-kedua situasi ini akan memberikan dua body language yang berbeza tanpa kita sedari! Dalam MLM, produk kita amat eksklusif maka cara kita berkongsi juga adalah secara profesional dan jujur. Jangan sekali-kali malu atau takut untuk memperkenalkan produk anda kepada orang di luar sana kerana sudah tentu produk anda amat berkualiti! Jadi, apa yang nak ditakutkan atau dimalukan menjadi pengedarMLM ?

Kesimpulannya, belajarlah dan selidiklah rahsia bagaimana leader-leader anda bertahan cukup lama dengan penuh cabaran dalam sesebuah syarikat MLM. Peringatan, jauhkan diri anda daripada mereka yang seringkali melaungkan kata-kata mengarut untuk melemahkan semangat anda dalam perniagaan ini. Sebaliknya dekatkan diri anda kepada mereka yang berfikiran positif dalam perniagaan ini. Ingat, mengikut kajian, pendapatan kita adalah purata pendapatan 6 orang kawan-kawan rapat kita! Jadi, berkawanlah dengan mereka yang berfikiran positif! Kerana hanya orang yang berfikiran positif mampu menjadi jutawan MLM!

Kemiskinan adalah jenayah yang paling kejam. – Mahatma Ghandi

Sememangnya tepat sekali kata Mahatma Ghandi.  Beritahu saya, siapa yang berada dalam kemiskinan suka dengan cara hidup mereka? Saya yakin 100% tidak ada orang yang gembira apabila kehidupannya dibelenggu dengan masalah kemiskinan, sentiasa berada dalam kesempitan wang, tidak memiliki apa-apa, hidup sentiasa kekurangan dan pelbagai masalah lagi.

Jika anda lihat, kebanyakkan latar belakang jutawan-jutawan ini berada di tahap kemiskinan sewaktu mereka kecil. Contohnya, Oprah Winfrey, Dato’ Dr. Azman Ching, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan ramai lagi.  Namun kemiskinan tidak menghalang mereka dari mengorak langkah untuk berjaya dan ianya terbukti kini. Jadi kemiskinan bukanlah punca untuk seseorang itu gagal dalam hidup atau tidak boleh menjadi jutawan.

Peluangnya begitu banyak untuk berjaya dan menjadi jutawan. Semuanya bergantung kepada anda, mahu atau tidak. Paling menyedihkan, ramai tahu peluang-peluang ini, tetapi mereka tidak lakukannya ataupun lakukan dengan sambil lewa. Rata-rata, apabila saya menanyakan soalan kepada remaja sebaya saya: Are you want to be millionaire? Pasti jawapan mereka: Yes! Mereka tahu destinasi mereka tetapi mereka tidak melakukan apa-apa. Jalan sudah tersedia, hanya menunggu mereka untuk kecapi.

Paling penting, tukar kepercayaan dan keyakinan anda terhadap diri anda sendiri, barulah perubahan yang drastik akan membawa anda ke arah kejayaan. Tetapi, bukan senang untuk menukarkan kepercayaan dan keyakinan yang telah berada di dalam diri sejak azali sekelip mata. Kalau semudah ABC, sudah pasti ramai yang kaya berbanding miskin di dunia ini. Anda perlukan sokongan dan mentor untuk membimbing anda ke arah matlamat anda. Dan pasti, anda tidak boleh bergerak berseorangan…

dksj

Pada 17 Januari 2010, di Berjaya Hotel Kuala Lumpur di dalam Kovensyen Dari Kosong Sampai Jutawan, terdapat 6 orang jutawan yang sedia berkongsi cerita dan kepakaran mereka untuk membantu anda untuk berjaya dan menjadi seorang jutawan.

Antara rahsia-rahsia yang dibongkarkan ialah:-

  • Menghasilkan jutaan ringgit daripada jutaan idea perniagaan anda
  • Teknik menghapuskan persepsi negatif dan penghalang kepada kejayaan anda
  • Menunjukkan cara wang bekerja untuk anda dan bukan anda bekerja untuk wang
  • Rahsia cara untuk membangunkan perniagaan yang bersesuaian dan khusus untuk diri anda
  • Belajar cara mendapatkan pulangan berganda daripada pelaburan yang dilakukan
  • Teknik pengurusan kewangan yang bijak dan senang diamalkan

6 jutawan yang akan menjadi panel di kovensyen ini:

  • Dr. Irfan Khairi - Membongkar rahsia menjadi JUTAWAN INTERNET
  • Dato’ Dr. Azman Ching – Membongkar POTENSI dan kelebihan diri
  • Abang Abu – Teknik BIJAK WANG
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) - Membongkar rahsia menjadi JUTAWAN SENYAP
  • Azizi Ali – Membongkar Rahsia menjadi JUTAWAN EKSTREM
  • Billi Lim – Membina KEJAYAAN disebalik KEGAGALAN

Yuran Penyertaan RM 499 seorang dan Pendaftaran awal sebelum 15 Dis 2009 RM 399 seorang. Jangan lepaskan peluang ini! Luangkan masa anda bersama-sama kami.

Berminat? Tinggalkan komen dengan alamat email yang betul supaya saya boleh menghubungi anda.

SERTAI DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN!

DKSJ

Next Page »