MLM Coaching Program » · Register

December 2009


Sudah lama betul tidak menulis mengenai MLM. Hari ini tajuk yang sangat mudah. Saya rasa semua orang yang pernah bergiat di dalam MLM pun tahu, bagaimana caranya.

Bagaimana anda menjana pendapatan melalui MLM?

Di dalam skim piramid yang haram (hanya mencari ahli, tiada produk), anda akan memperolehi pendapatan daripada yuran kemasukan ahli baru yang anda taja. Di dalam skim MLM yang sebenar anda memperolehi pendapatan melalui jumlah VOLUME yang anda hasilkan di dalam sesuatu bulan. Jika, volume banyak, bonus anda pun banyak.

Segala komisen yang diberikan akan berpandukan dengan volume produk yang telah dijual kepada pengguna, tidak kisahlah pengguna itu ahli ataupun tidak, yang paling penting produk itu digunakan. Selain daripada kerja ini, kita hanyalah buat-buat sibuk. Kita akan dibayar jika kita menghasilkan volume. 3 cara untuk mendapatkan volume:-

  1. Jualan runcit
  2. Jualan borong
  3. Sponsor pengedar baru

Itu sahaja. Inilah caranya untuk kita menjana pendapatan melalui MLM. Tiada cara yang mudah.

Salam Jumaat buat semua! Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu pakej sofware yang lengkap untuk internet marketing. Jika anda sedang mencari-cari sofware untuk memajukan bisnes internet anda, jangan buang masa lagi. Cuba sofware ini!

Kadang-kadang, banyak marketing sofware yang ada di luar sana cuma digembar-gemburkan sebagai satu sofware yang terbaik untuk internet marketing dan kadang-kadang harganya terlalu mahal, luar daripada jangkauan kita. Jika anda pernah membeli sofware-sofware ini, anda akan faham sebab saya pernah terkena :(

Sebenarnya, alat untuk internet marketing atau SEO tidak perlu yang mahal. Di PerfecrExcel.com, anda boleh muat turun 5 sofware internet marketing dengan segera yang akan membuat transformasi bisnes internet anda dan anda hanya melabur serendah RM15 sahaja. Maknanya satu sofware berharga RM3. Harga Gila!

warriortools

>> Klik di sini untuk mendapatkan Warrior Tools<<

Jika RM15 masih lagi terlalu mahal untuk anda, maknanya anda belum lagi bersedia untuk menjalankan bisnes internet.

5 sofware internet yang terulung:-

  1. Keyword Warrior – Keyword adalah aspek yang paling penting bagi anda untuk membina sesuatu website perniagaan internet anda. Jika anda memilih keyword yang tepat, maka anda telah menjana pendapatan internet secara automatik. Selalunya sofware kajian keyword ini berharga lebih dari RM1040. Sekali lagi, saya tegaskan, anda hanyak beli sofware yang powerful ini dengan harga RM3, diskaun sebanyak 99.997%.. uh.. Gila
  2. Blog Warrior - Memberi komen dan berkongsi link dengan blog orang lain merupakan cara internet marketing. Tetapi anda perlu ingat, memberi komen terhadap artikel dan blog yang berkaitan dengan bidang anda sahaja dapat menarik pelawat ke blog anda. Jadi, sofware ini menjimatkan masa anda dalam pencarian artikel mahupun blog untuk anda meninggalkan link dengan memberikan komen. Harga sofware ini masih lagi RM3!
  3. Affiliate Warrior – Sofware yang terbaik jika anda terlibat dalam bisnes affiliate. Sofware ini dapat manjaga affiliate link anda daripada dicuri oleh pencuri-pencuri di alam maya. Yang paling best, anda boleh menyembunyikan affiliate link anda, sehinggakan pelawat tidak perasan itu ialah affiliate link. Harga sofware ini masih lagi RM3!
  4. Forum Warrior -  Untuk berjaya di dalam bisnes internet, anda mesti banyak bergaul dengan rakan-rakan alam maya menerusi forum. Jika anda mempunyai lebih dari satu forum untuk berinteraksi, mungkin anda hilang tumpuan terhadap topik yang dibincangkan. Tetapi dengan sofware ini, anda dapat mengurus post-post forum anda dan segala username dan password forum telah disimpan, jadi anda tidak perlu lagi buang masa untuk meletakkan butir-butir sebelum berforum. Anda juga boleh mengurus senarai forum yang anda sertai. Harganya masih lagi RM3!
  5. Directory Warrior – letakkan link website anda di merata tempat. Di dalam sofware ini terdapat lebih 200 direktori untuk anda letakkan link anda.

Sofware ini sebenarnya berharga RM235, tetapi demi untuk membangunkan komuniti bisnes internet, kami telah memberikan diskaun yang teramat banyak. 5 sofware x RM3 = RM15 satu pakej sofware.

Jika anda sedang melakukan bisnes internet, sofware ini akan memberikan perniagaan anda satu booster untuk lebih berjaya.

Jika anda baru berjinak-jinak dalam bisnes internet, sofware ini memberikan anda pendekatan untuk melakukan internet marketing dengan cara yang betul dan memberi impak yang cepat.

Jangan tunggu lagi!

>> Klik di sini untuk mendapatkan Warrior Tools<<

Diam tak diam lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010.  Bagaimana dengan azam pada tahun ini? Adakah semua terlaksana? Kalau belum, masih sempat untuk berbuat sesuatu. Maklumlah pada akhir tahun macam sekarang, saya dan Ain sibuk untuk membuat pengiraan perbelanjaan & keuntungan perniagaan sebelum bulan Jun tahun depan untuk taksiran cukai. Sibuk cari-cari resit yang mana yang penting sebagai bukti dan dikemas kini di dalam akaun.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan tips untuk bajet ringkas di dalam perniagaan. Ini bagi mengingatkan diri saya juga, yang sering terlupa mengenai topik yang penting dalam perniagaan sendiri.

  1. Tulis penyata kewangan supaya anda boleh memantau keadaan dan juga menetapkan matlamat kewangan anda.
  2. Tetapkan target untuk hasil jualan produk. Buat anggaran setepat yang mungkin.
  3. Melalui pengalaman anda sendiri,  anggaran kos barang dijual -COGS- (contohnya 70% jualan) di TOLAK dengan target jualan produk untuk mendapatkan margin kasar.
  4. Buat ramalan mengenai perbelanjaan anda. Perbelanjaan boleh ubah (cth. belanja perjalanan, promosi, komisen yang mengikut keadaan jualan semasa) Perbelanjaan tidak boleh ubah (cth. sewa pejabat, pinjaman). TOLAK perbelanjaan ini dengan margin kasar supaya anda memperolehi anggaran pendapatan bersih.
  5. Pecahkan bajet tahunan kepada suku tahunan, maksudnya anda akan memantau perjalanan perniagaan dalam setiap tiga bulan untuk memastikan masalah dan buat pembetulan.

Selamat membajet!

Temui kami di Karnival Jom Heboh pada 4,5 dan 6 Disember 2009 di Stadium Bukit Jalil, 10am-10pm, Booth No. 34.
Penampilan istimewa Irfan Khairi (IK) dan Abang Abu pada 6 Disember 2009, 5pm. Jumpa anda di sana.

p/s: saya juga akan berada di sana pada hari Sabtu & Ahad!

Saya percaya ramai di antara anda ingin menjadi usahawan. Kadang-kadang orang yang tiada apa-apa latar belakang perniagaan pun, ingin menceburi bidang ini. Maklumlah, 9 daripada 10 pintu rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Jadi, ramailah yang membaca buku mengenai usahawan-usahawan yang berjaya. Ada yang khusyuk mentelaah buku Donald Trump untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi jutawan. Selepas habis buku Donald Trump, beli pula buku Robert Kiyosaki dan kemudian, belajar pula cara untuk melabur dengan Warren Buffet serta akhir sekali baca buku Bill Gates sebab ingin mempelajari bagaimana boleh kaya-raya sedangkan dia disingkir dari universiti. Tetapi, makin banyak buku yang anda baca, makin keliru anda jadinya. Mana satu strategi anda hendak ikut? Kadang kala strategi mereka berlainan, ada yang radikal dan ada yang tunggu dan lihat. Jika anda melakukan kesemuanya strategi mereka, kemungkinan anda gagal. Kenapa?

Perkara paling asas sebelum anda menceburi bidang keusahawanan ini adalah dengan KENALI POTENSI ANDA sendiri. Jika anda sendiri tidak mengenal diri anda sendiri, apatah lagi orang lain. Jadi, soalan yang paling asas yang perlu anda tanya pada diri anda ialah “Apakah jalan ataupun strategi yang sesuai bagi saya? Dan Bagaimana saya mengetahuinya?”

Saya mengetahui profil diri saya apabila saya menyertai Peopleprenuer Business School. Peopleprenuer merupakan satu platform yang berkesan dan berdaya saing bagi meningkatkan pertumbuhan usahawan, membantu aktiviti inovasi serta membina jaringan usahawan yang berkesan. Jadi, untuk membina jaringan yang berkesan, setiap ahli mestilah mengetahui profil diri masing-masing dan tahu dengan siapa patut mereka berkerjasama. Salah satu cara untuk mengetahui profil diri dalam bidang usahawan ialah dengan menggunakan Wealth Dynamics Profile Test yang dicipta oleh Roger Hamilton.

Wealth Dynamics Test

roger_hamilton2Roger Hamilton ialah pereka sistem  Wealth Dynamics Profile Test dan merupakan Pengasas dan Pengerusi XL Nation Foundation – Rangkaian Usahawan yang terbesar di Asia. Sekarang ini XL telah berada di 13 negara dan sedang merebak ke serata dunia.

Sistem profil diri ini adalah asas bagi dua prinsip turun-temurun iaitu Arus Tekanan Kehidupan (yang dipanggil Qi, Ch’i atau Ki) dan I Ching. Dua prinsip ini digabungkan dengan teknologi moden dan pendekatan social masa kini, maka terhasilah satu formula yang tiada tolok bandingnya.

>> Klik Di sini untuk Ambil WEALTH DYNAMICS PROFILE TEST <<

Apa yang saya dapati daripada ujian ini…

Saya telah mengambil ujian ini dan amat terkejut dengan keputusannya – ia amat berketepatan dengan profil diri saya – saya adalah seorang yang mempunyai profil CREATOR seperti Bill Gates atau Richard Branson. Dan isteri saya, Ain adalah seorang yang mempunyai profil LORD.

Walaubagaimanapun, sistem profil diri ini mempunyai kegunaan yang pelbagai bukan setakat mengenali profil diri seseorang bahkan dengan siapa patut kita bekerjasama. Setiap perniagaan semestinya mempunyai kesemua asas yang diperlukan untuk menjana kekayaan yang maksimum. Contohnya, di dalam sebuah pasukan bola sepak, permainan tidak dapat dijalankan dengan sempurna jika kesemua pemain hanya pandai pada satu posisi yang sama, dan meninggalkan posisi lain tanpa dijaga. Sudah tentu, peluang untuk menang bagi pasukan tersebut amat tipis.

Jadi, setelah mengetahui keputusan ujian tersebut, saya boleh mengetahui  dengan pantas jawatan atau posisi yang diperlukan di dalam kumpulan saya. Jadi.. ambil ujian ini, dan jika anda seorang yang mempunyai profil DEAL MAKER atau ACCUMULATOR, boleh jumpa saya :)

>> Klik Di sini untuk Ambil WEALTH DYNAMICS PROFILE TEST <<

”Busuk betul di sini,” keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat sahaja kerenah bapanya.

”Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga.” Orang tua itu masuk ke dalam rumah.

”Eh, masih busuk juga. Pelik.” Orang tua itu terus marah-marah. Kenapa ke mana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.

Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, ”Ayah, cuba ayah lihat cermin…”

Orang tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia amat terkejut kerana didapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi tadi.

Patutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk… rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat yang lain, tetapi tahi yang terpalit di hidungnya sendiri.

Pengajaran: Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprangsangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.

**dipetik dari Majalah Solusi ISU#5