Assalamualaikum,

Wah, lamanya saya tak menulis untuk PerfectExcel. Semasa awal kelahiran anak sulung kami April lepas, banyak betul nak diuruskan. Biasalah kot, young parents memang agak kelam kabut nak ‘adapt’ dengan rutin hidup baharu dan berubah 360⁰. Harap-harap anak seterusnya kami akan jadi lebih ‘expert’. Insyaallah

Tengok world cup tak semasa England menentang USA malam tadi? Wah, saya yakin para penyokong England kecewa betul bila Mr Green (penjaga gol) England melepaskan bola USA ke gawang England dengan cara yang teramat tragik. Ada orang kata, budak darjah satu pun boleh ‘catch’ bola USA tu, tetapi apa dah jadi kepada Mr Green? The ball bouncing off his hand just like that! Malahan dia telah dinobatkan sebagai penangkap bola paling teruk sepanjang World Cup dan EPL. Macam-macam.

Saya bukan nak jadi pengulas bola tetapi nak mengulas tentang betapa terjejasnya emosi para pemain England setelah Mr Green memberikan 1 mata mudah kepada USA menyebabkan kedudukan England dan USA seri pada masa itu. Setelah kedudukan mereka seri 1 sama, para pemain England banyak dilayangkan kad kuning sebab mereka banyak mencederakan pasukan USA. Itu pemain professional tu, macam mana pulak kalau bukan professional macam kita-kita ni yek. Macam tu lah manusia, apabila satu perkara buruk mula menjejaskan emosi kita, ia akan terbawa-bawa hingga merosakkan mood kita sepanjang hari. Semua perkara jadi serba tak kena. Buat apa-apa pun ada sahaja kesilapan. Semua orang nak dimarahi.

So, apa yang kita boleh buat adalah ‘don’t make things even worse’. Tarik nafas apabila dah berlaku tragedy di awal pagi. Tenag, tenang dan tenang. Berdoa semoga tiada lagi hal-hal tak elok berlaku sepanjang hari tersebut. Kalau kita dah set kan dalam otak ‘aku geram betullah si dia tu’, ‘aku benci betullah dengar suara dia pagi-pagi’, ‘menyampah betul aku dengan si dia tu’ dan macam-macam lagi ayat-ayat negatif, alamatnya sepanjang harilah hal-hal negatif berlaku pada diri kita. Benda-benda buruk mudah sahaja nak berlaku. Sedangkan kereta kita rosak pun sebenarnya ada kaitan dengan gelombang dan aura diri kita yang tak berapa betul tau. So, rileks, kalau perlu ambil wudhu’ dan solat sunat lagi bagus untuk tenangkan hati dan otak. Mana ada manusia di dunia ni yang tak ada masalah?

So, selamat menjalankan tugasan harian anda. Kita tak mungkin dapat ubah fiil manusia lain. Tetapi yang paling pasti kita dapat ubah diri kita menjadi lebih baik dan lebih hebat!

Wassalam.