July 2010
Monthly Archive
Sat 24 Jul 2010
Posted by Najib Mohamed under
Blog SeharianNo Comments
Semua insan tidak terlepas daripada kesalahan. Kepada anda yang pernah bergiat di dalam bidang MLM, mungkin pernah menghadapi downline yang terus senyap apabila sudah bergelar pengedar. Tetapi mengapa ya? Kerana mereka sering melakukan beberapa kesalahan pada awal penglibatan mereka di dalam dunia ini. Tidak kira sudah beberapa MLM yang mereka sertai, mereka tetap melakukan perkara yang sama. Tidak hairanlah sampai sekarang masih lagi keluar masuk atau melompat-lompat dari satu MLM ke MLM yang lain. Kit pengedar penuh di bilik stor, boleh dikatakan semua MLM yang masuk di Malaysia pernah disertainya. Mana tidaknya, ada sesetengah orang yang bongkak dan rasa bangga mengatakan `Aku sudah masuk semua MLM. Tiada satu pun yang bagus! Buat habis duit saja.´ Takkanlah dari 50 syarikat yang dia sertai, tiada satu pun yang OK. Kita dapat lihat di sini, bukan syarikat MLM yang menjadi masalah utama, tetapi diri mereka sendiri menjadi penyebab kegagalan mereka.
Tiada perancangan datang tanpa angan-angan
Vince Lombardi, seorang jurulatih bola sepak Amerika Syarikat yang terkenal pernah berkata
Seseorang boleh menjadi yang terbaik seperti mana yang mereka mahukan. Jika anda percaya kepada diri anda dan mempunyai keberanian, keazaman, sifat untuk bersaing dan jika anda rela untuk berkorban perkara yang kecil di dalam kehidupan untuk melakukan perkara yang berfaedah, perkara tersebut boleh dilakukan.
Kejayaan ialah satu tempat yang anda ingin tujui. Oleh sebab itu, anda perlukan peta jalan. Sebuah pelan tindakan. Tiada peta jalan, anda akan sesat. Tanpa perancangan bermakna anda merancang untuk gagal.
Mon 19 Jul 2010
Posted by Najib Mohamed under
CoffeeLatte@MLMNo Comments
Salam sejahtera semua! Agar minggu ini mendatangkan kebahagian kepada pembaca PerfectExcel.com. Di sini, saya ingin memperkenalkan kategori baru dalam blog ini iaitu CoffeeLatte@MLM. Ia merupakan nota ringkas berkenaan MLM. Nota-nota ini merupakan mini feed saya di dalam facebook. Tetapi, di sini saya kumpulkan dan kepada sesiapa yang terlepas dan tak sempat untuk membacanya, jangan khuatir… sentiasa layari blog ini. Kepada pembaca yang belum menjadi sahabat saya di facebook, saya amat mengalu-alukan jika anda +Add as Friend sebagai rakan facebook anda. Kenapa saya bagi nama categori CoffeeLatte@MLM? Dengan satu kali hirup Coffee Latte, anda dapat satu tips MLM!

@@@@
I always tell my downlines that their goal shouldn’t be to be SELL or ‘CLOSE’ anyone, but rather to give the prospect enough INFOMATION, so they can make the best decision for them.
@@@@
Why am I doing Network Marketing business? Enjoying the opportunity for an UNLIMITED INCOME and having the chance to build my success while EMPOWERING OTHERS to succeed :)
@@@@
Always people ask me, why I choose this company? Is it because its product? YES! I didn’t want a knockoff product. I wanted a unique product and it had to be one with a ‘sexy’ product story that people understand.
@@@@
Someone says “I don’t like to do sell and prefer to do networking in MLM. I don’t like and can’t sell the products.” Who ask you to sell the products to the people you don’t know? Remember! MLM is network marketing business. So you must build the network, build the trust and grow your business. Every business needs selling skills. Most important SELL YOURSELF 1st!
@@@@
To Turn the fantasies into dreams, and dreams into commitment, your dreams must be stronger than your FEARS! Many peoples have a lot of FEARS and that’s why they can’t commit.
@@@@
Masih ramai rakyat Malaysia yang tak serik-serik dengan SCAM. Bila ditegur, melenting dan banyak hujjah yang dikeluarkan mengalahkan seorang pakar.
@@@@
Most people make judgments on very limited knowledge and they don’t realize the drastic extent of their own self-imposed limitations.
@@@@
You must apply the concept of leverage to escape the time-trading-for-money dilemma.
@@@@
Have an honest, realistic view of the business, know that you really can do this and have a detailed, step-by-step plan for making that happen.
Sat 10 Jul 2010
Posted by Najib Mohamed under
Tips MLMNo Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda, pembaca blog perfectexcel.com! Saya harap anda semua dalam keadaan yang terbaik!
Terdapat satu aplikasi terbaru di blog kami iaitu MLM Coaching Program di mana terdapat satu area khas untuk semua pengedar di bawah kami. Buat masa ini kami hanya memberikan akses kepada ahli-ahli kami. InsyaAllah, kami akan cuba membuat modul latihan ini secara umum agar anda semua boleh mendapat akses dan sedikit sebanyak mempelajari selok belok bisnes MLM ini. Jika anda mahukan program latihan ini secara umum, anda boleh tuliskan komen di bawah dan apa yang anda mahukan dari sesi latihan nanti. Mungkin juga, bayaran yang sanggup anda laburkan untuk program latihan ini.
Kenapa anda perlu program latihan ini?
Program ini dapat menjimatkan banyak masa anda untuk melakukan perniagaan MLM. Kenapa? Kami akan mengajar cara bisnes MLM yang sebenar dan berkesan setelah apa yang kami sudah lalui, kekecewaan yang kami hadapi dan kegagalan yang kami tempuhi. Yang paling penting, anda tidak perlu lalui itu semua. Jadi anda dapat membina rangkaian anda dengan cepat dan menjimatkan banyak masa anda. Dalam program ini, anda akan pelajari, bagaimana untuk:-
- membezakan mana satu prospek dan mana satu suspek
- mengambil hati prospek
- membuat pembentangan dengan berkesan
Setelah anda mahir dengan proses tajaan ini, anda akan pelajari bagaimana untuk :-
- menguruskan dan mengembangkan rangkaian anda
- menguruskan masa anda sebagai leader
- melahirkan leader dalam kumpulan anda
- melatih leader bawahan anda
Setelah anda menghabiskan sesi latihan ini, anda akan fahami asas yang paling penting dalam bisnes MLM ini. Ingat, anda tidak perlu mengembangkan rangkaian anda, anda cuma melatih orang bawahan anda dan mereka akan mengembangkan kumpulan anda. Ini sistem duplikasi.
Nasihat kami, agar anda semua melakukan bisnes MLM ini dengan penuh integriti, jujur dan memahami bisnes MLM ini beroperasi secara sebenar. Percaya yang anda boleh lakukannya! Buat perancangan masa, strategi dan langkah demi langkah untuk mencapai impian anda.
Selamat maju jaya!