Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan dan para pembaca Perfect Excel.

Banyak yang berlaku semasa beberapa bulan kebelakangan ini. Pada bulan April 2010, saya telah selamat melahirkan anak sulung yang kami namakan Muhammad Al Amiin sempena gelaran Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas kurnianNya ini.

Selain daripada itu, saya akhirnya berjaya menyudahkan dan telah lulus pengajian PhD in Chemistry pada bulan Julai 2010. Insyallah hari konvokesyen pada tahun hadapan around Ogos. Saya ada juga bertemu beberapa kawan yang turut mengambil PhD dalam bidang masing-masing di universiti lain. Dengar cerita ramai juga para penuntut PhD ni yang akhirnya give up dan tak dapat menyiapkan tesis masing-masing. Terfikir juga saya, payah juga nak menyiapkan tesis PhD ni. Semasa buat research memang seronok tetapi dugaan besarnya adalah semasa menulis tesis. Mungkin yang give up ni adalah semasa dalam stage menulis. Apatah lagi kalau sudah berkeluarga, komitmen perlu dibahagikan antara menulis tesis dan keluarga, banyak betul gangguan. Nak menulis tesis PhD sememangnya memerlukan suatu masa dan ruang yang paling kondusif supaya boleh fokus semasa menulis tesis.

Satu lagi perkara yang saya tumpang gembira adalah satu-satunya adik saya (maklumlah saya cuma ada seorang adik sedarah sedaging) yang berjaya mendapat 11A+ dalam exam SPM 2009. Wow, good for her sebab dia bukan kaki study tetapi kaki tidur (Nampaknya saya terpaksa mengaku bahawa dia memang lebih genius dan bijak daripada saya). Sekarang dia berada di KYUEM Lembah Beringin membuat A Level sebagai persediaan ke United Kingdom menggunakan biasiswa Petronas. Saya tumpang gembira jugalah atas kejayaan adik.

Terlalu banyak yang berlaku menyebabkan saya tak dapat menumpukan kepada bisnes. Kali ni bila perkara-perkara yang penting ini dah berlalu, saya berharap dapat kembali semula menjalankan perniagaan dengan lebih fokus. Seronoknya bisnes, matlamat kita bukan hanya pada wang dan comfort zone. Sebaliknya kepuasan wujud apabila melalui macam-macam pengalaman naik turun. Lagi puas hati apabila kita berjaya mengatasi macam-macam permasalahan tersebut. Bisnes memberikan sebab untuk para usahawan bangun awal pagi dengan wajah ceria. Bisnes menyebabkan para usahawan terus bernafas dengan tenang. Ya, ceria dan tenang sebab para usahawan ini sedang melakukan apa yang mereka suka, iaitu berniaga-(walaupun banyak halangan melanda)! Wassalam – Maaf Zahir & Batin.