MLM Coaching Program » · Register

February 2011


Assalamualaikum!

Okay, mari mulakannya dengan, “I am home!” (saya dah kembali ke perfect excel.com)

4 bulan lalu saya dan Najib membuat satu projek yang tak senang nak menyudahkannya dan memerlukan banyak masa serta komitmen untuk disiapkan. Tetapi Insyaallah berbaloi sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kami berdua kelak. Insyaallah. Sekarang boleh bersantai sedikit dan menjalankan tugas harian seperti biasa.

Saya nak berkongsi satu pengajaran yang amat menarik daripada Prof Dr Muhaya. Bolehlah dikatakan beliau ni salah seorang idola saya disebabkan latar belakangnya dan ahli keluarganya yang menunjukkan ciri-ciri keluarga Islam yang sebenar (erm, mengikut hemat saya bukan mudah nak mencari motivator muslimah seperti ni). Saya menonton rancangan beliau di Astro Oasis ‘Dari Mata ke Hati’. Menurut beliau, dalam dunia ni rezeki ada di mana-mana. Tiada istilah perebutan rezeki. Allah telah menetapkan setiap seorang daripada manusia ini rezeki masing-masing. Tidak pernah berlaku jika rezeki diperturunkan kepada Ahmad, maka si Salim tidak dapat rezekinya. Tidak pernah berlaku jika Solehah mendapat rezeki yang melimpah ruah, maka jirannya si Rahmah menjadi papa kedana. Rezeki bukan diberikan secara bergilir-gilir, tetapi Allah akan memberinya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Rezeki ini bagaikan oksigen. Ia ada di mana-mana setiap masa, tanpa kesusutan sumber selagi dunia belum kiamat! Oleh itu, janganlah pernah menyalahkan orang lain jika rezeki kita sempit, janganlah menuding jari kepada orang lain kononnya mereka telah menutup pintu rezeki kita. Janganlah memarahi orang lain kononnya mereka pesaing kita. Janganlah khuatir jika ada orang lain yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama seperti kita. Manusia lain bukan penyebab kegagalan perniagaan kita. Bukan jiran tetangga, bukan kerajaan, bukan pemerintah, bukan ibu bapa, bukan kawan, bukan bank, bukan orang Cina, bukan orang-orang kaya, bukan pesaing, bukan upline atau downline (ehem, istilah MLM ya) penyebab kegagalan perniagaan. Penyebab kegagalan perniagaan kita tentunya diri kita sendiri. Kita ni yang harus sentiasa muhasabah diri. Menyalahkan orang lain tu hanya escapism (melepaskan diri) sahaja.

Kesimpulannya, rezeki ada di merata tempat di atas muka bumi ini. Jika kita berusaha lebih giat lagi, pasti kekayaan dan kesenangan menjadi milik kita. Niatkanlah kerana Allah.

Wassalam.

Dr Nurul Ain

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan paling ceria dan bersemangat melakukan tugasan harian.

Perasan tak sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an kita semua memang sudah terbiasa dengan konsep perniagaan MLM. Para penguasaha barangan direct selling dan MLM akan memperkenalkan produk dari rumah ke rumah melalui home party dan persembahan barangan. Kini, MLM diperhebatkan lagi melalui persembahan produk melalui laman web dan lama sosial yang amat bermanfaat untuk mempercepatkan perkembangan MLM. Maklumlah sekarang semuanya perlu serba pantas.

Malangnya, MLM telah diserapkan dengan satu kaedah yang tidak lagi ‘suci dan murni’. Iaitu penyerapan konsep skim cepat kaya. Mudah sahaja nak mengetahui MLM macam mana yang ada unsur skim cepat kaya – iaitu kita tidak perlu mengadakan persembahan barangan atau risalah sebaliknya hanya dengan menjaja kejayaan seseorang menerusi gambar atau memandu kereta mewah. Atau dinamakan juga head hunting – “Mari, mari sertai MLM kami, anda tak perlu jual produk, hanya perlu melabur duit dan dapat income setiap bulan!”. Kita dijanjikan pulangan pendapatan tinggi atau komisen tinggi tanpa perlu bersusah payah jual barang.

Soalnya dan realitinya, ada tak mana-mana jenis perniagaan yang memberikan pulangan tinggi tanpa perlu bersusah payah?

Yup, perkataan bersusah payah menyebabkan orang takut nak sertai MLM yang konvensional iaitu perlu menjual produk, perlu mengadakan persembahan perniagaan, perlu follow up. Sebaliknya ramai yang meminati MLM tanpa perlu menjual barang dan hanya melakukan head hunting.

Bagi saya lebih mudah nak cari duit dalam MLM  serta mendapat income secara berterusan selama bertahun-tahun melalui ‘MLM berproduk’ berbanding cari duit dalam ‘MLM head hunting-MLM cepat kayo’. Ya, MLM sebenar haruslah memberikan pulangan secara long term. Bukan hanya short term.

Walau apapun, pilihan terletak di tangan anda. Wassalam.

p/s: Satu sindiket MLM berasaskan skim cepat kaya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis di Bandar Sunway, PJ. MLM ini mensasarkan golongan muda dan telah mempunyai 10,000 ahli semenjak 3 tahun lalu! Umpannya: kereta-kereta mewah untuk menarik golongan muda. Wallahua’lam.