MLM Coaching Program » · Register

March 2011


Selamat mulakan minggu baru kepada semua! Baru selesai beberapa sesi latihan sepanjang minggu lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan semua rakan bisnes menunjukkan progress yang amat memberangsangkan. Ada yang naik rank dan ada yang sudah menjana pendapatan residual. Tahniah kepada semua!

Kali ini saya akan kongsikan 3 elemen penting dalam MLM iaitu 3M.

  • Market (pasaran)
  • Medium (cara penyampaian)
  • Message (informasi dan maklumat)

Market (pasaran) – Anda perlu tahu kepada siapa untuk memperkenalkan peluang bisnes dan produk yang anda ada. Kaji pasaran bermaksud siapa yang perlukan produk ini dan siapa yang ingin mencari pendapatan tambahan. Ini membuatkan anda tidak penat kerana anda boleh terus memperkenalkan peluang kepada golongan sasaran ini.

Medium (cara penyampaian) – Setelah anda mengetahui golongan sasaran, tibalah masanya anda untuk menyampaikan informasi. Di sini, saya lebih suka menggunakan medium telefon atau perjumpaan face to face. Saya belum pernah lagi menggunakan cara lain; email, laman sosial atau sebagainya untuk menyampaikan maklumat. Saya hanya menggunakan medium tersebut untuk mencari prospek.

Message (informasi dan maklumat) – informasi perlu disampaikan dengan bahasa yang senang, mudah, ringkas dan padat! Maklumat syarikat, produk dan pelan pemasaran anda ringkaskan supaya prospek melihat peluang bisnes anda sungguh MUDAH!

Salam semua! Kita sudah menghampiri hujung bulan Mac dan maknanya sudah hampir satu per empat dalam tahun 2011 telah kita lalui. Jadi macam mana dengan perkembangan mengenai matlamat anda yang anda tetapkan pada awal tahun ini? Sudahkah anda capai atau belum lagi? Atau itu adalah angan-angan sahaja.. Walaubagaimanapun kita masih ada 9 bulan lagi dan saya yakin pembaca blog saya ini seorang yang bermotivasi dan ingin berjaya, jadi untuk mencapai matlamat anda bukan mustahil.

Untuk rakan-rakan bisnes saya, semalam saya telah umumkan insentif untuk sepanjang April – Disember 2011. Hadiah yang kami akan beri, saya rasa amat berbaloi dan paling canggih. Nak tahu apa hadiahnya? hehehe…

Ya.. ipad 2.. walaupun ianya belum keluar lagi di pasaran Malaysia. Khas untuk rakan-rakan bisnes saya yang rajin, datang training dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dari bulan Januari hingga Mac.  Ini adalah salah satu pembakar semangat untuk rakan bisnes saya untuk mencapai matlamat mereka sendiri!

Saya tahu untuk membuat perubahan yang drastik dalam jadual harian kita sememangnya susah. Lebih-lebih lagi ada masalah yang tidak diduga datang menimpa. Anak sakit, hantar anak pergi tuisyen, kerja kat opis banyak, dan macam-macam lagi. Jika anda ingin mencapai impian anda, apa yang paling penting sekarang ini ialah FOKUS. Inilah yang saya selalu ingatkan rakan bisnes saya.

Ingin berjaya dalam bisnes MLM, luangkan 10-15 jam dalam seminggu untuk bisnes ini. Jika tidak, peluang untuk anda berjaya tipis.

“Anda mesti lakukan sekarang, apa yang orang lain tidak lakukan supaya pada masa hadapan, anda boleh buat apa orang lain tidak boleh buat..”

Ada sesiapa kawan atau saudara mara rapat anda boleh berikan anda alasan mengapa MLM tidak menjamin masa hadapan malah satu perniagaan yang menjijikan? (uh.. teruk benar perkataan ini. Tapi itulah hakikatnya di mata masyarakat). Saya yakin meraka boleh berikan anda banyak point-point kenapa MLM bukan real business @ perniagaan sebenar, hanya ambil duit orang, takkan berjaya, takkan berfungsi dan macam-macam lagi. Anda nak tahu kenapa? Sebab mereka LOSER!!

comic MLM

Adakah kawan atau saudara mara anda tu pernah membina satu rangkaian yang besar di dalam MLM? Jika tidak, merekalah orang yang tiada dalam list untuk anda minta nasihat. Nasihat percuma, yang akan merugikan anda..

walaupun mereka sudah menyertai syarikat Lifestyles selama dua bulan, ini tidak bermakna mereka sudah expert dalam bidang ini. Dan bukan Ahmad Dani, kawan baik anda telah menyertai CNI lima tahun lepas selama 3 bulan, yang layak mengajar anda erti kejayaan dalam bisnes ini.

Sebenarnya, anda tidak perlukan sesiapa sekeliling anda untuk menerangkan mengapa MLM tidak akan menjadi. Apa yang anda perlukan, seseorang atau satu golongan yang boleh berikan tunjuk ajar bagaimana dengan bisnes ini anda boleh capai matlamat anda.

Jika anda mahu jadi pelabur hartanah, belajarlah daripada Dr. Shah Razali, pelabur dan juga jurulatih pelabur hartanah yang terunggul di Malaysia. Jika anda ingin belajar pasal pengurusan kewangan, belajarlah dari Azizi Ali, penceramah, penulis, jurulatih kewangan peribadi No. 1 di Malaysia. Dan jika anda ingin berjaya dalam perniagaan MLM dan dapat menikmati pendapatan berterusan darinya, belajarlah dari seseorang yang telah melakukannya dengan jayanya sehingga kini. Macam kami :)

my advice: Want to be rich? Stop taking advice from broke people!

=============================================================================================================

Illustrasi dari Adik Nazmi Mohamed, 17 tahun, dari nacomi arts. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak berkongsi tentang seorang pemotong rumput/ gardener. Ini kisah benar, bukan kisah dongeng atau rekaan.

Gardener ni bernama Mustapha dan berasal dari Pakistan. Dia ni boleh dikatakan gardener ‘favourite’ di kejiranan saya sebab dia memang buat buat kerja dengan bagus, kemas dan sempurna. Satu hari tu, saya cuba menghubungi Mustapha untuk mengemas laman rumah, tetapi gagal dihubungi dan berlarutan selama berbulan-bulan. Ingatkan dia dah tak servis lagi, so saya hubungi gardener lain. Tetapi memang hasil kerja gardener lain ‘cincai’. Tak memuaskan hati padahal bayaran sama macam Mustapha.

Satu hari, entah macam mana saya berbual dengan jiran belakang rumah,katanya “Mustapaha is back!” (Wow, betapa pentingnya Mustapha kepada jiran tetangga di tempat saya). Kepulangan Mustapha bagaikan satu rahmat kepada kami. Tetapi di sebalik kegembiraan kami rupa-rupanya Mustapha ni ada cerita pahit. Beberapa bulan lalu rupa-rupanya Mustapha telah diserang oleh perompak di kilang (Mustapha bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam di kilang), akibatnya sebelah badannya cedera parah dan dia dibawa ke hospital. Kawan-kawan serumahnya (merangkap sePakistan dengannya) berpakat-pakat kumpul duit dan hantar Mustapha balik ke Pakistan untuk dijaga oleh keluarganya dalam tempoh dia tidak sihat. Setelah sembuh (walaupun bukan 100%) Mustapha kembali ke Malaysia untuk bekerja.

Sedih, sebab kalau anda lihat Mustapha tu memang tak sanggup pandang dua kali. Orangnya sangat kurus, badannya agak bongkok dan wajahnya cengkung. Jelas sekali tidak cukup makan. Ditambah dengan kecederaan akibat diserang, sudah tentu kudratnya tidaklah begitu kuat. Menurut kata jiran yang melihat parut luka Mustapha, memang keadaanya terus sebab dikelar dengan parang. Aduh!

Saya bukan nak memuji Mustapha, nanti ada pula orang kata saya memihak pendatang asing. Ish, ish. Pengajarannya, bagaimana Mustapha yang warga asing dan serba kekurangan tu tetap tegar mencari rezeki di Malaysia. Kenapa dia kembali ke Malaysia dan sanggup meninggalkan keluarganya di Pakistan? Tentunya sebab Malaysia ni negara yang penuh rahmat, banyak peluang mencari rezeki dan aman damai. Negara kita ni tempat paling kondusif untuk cari duit dihantar kepada ahli keluarga yang sedang menunggu di Pakistan yang serba daif. Berbanding kalau Mustapha tinggal di Pakistan, mungkin anak isterinya mati kebuluran!

So, apa lagi lah alasan kita yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia ni untuk berkeluh kesah duit tak cukup, merungut takda kenaikan gaji atau bonus, harga barang mahal, berdegar-degar memarahi majikan/ pemerintah atas kesusahan hidup kita? Kita yang cukup anggota badan, sihat dan berakal ni gunakanlah kelebihan ni untuk mencari rezeki di atas muka bumi yang kaya ni. Nak berniaga boleh, nak bisnes MLM boleh, nak beri servis boleh dan macam-macam lagi pekerjaan halal boleh dilakukan. Tang MLM tu, tolonglah sertai MLM yang genuine bukan ‘MLM skim copat kayo’. Peluang sentiasa ada. Malangnya ketakutan sentiasa mengatasi peluang yang terbentang di hadapan mata kita. Bila kita dok berangan-rangan nak buat bisnes untuk cari wang, dengan secepat kilat otak kita mencadangkan pelbagai alasan supaya tidak payah buat bisnes. Antaranya, ish takut rugilah, takut kene reject lah, tak pandai bercakap lah, hantu kacau lah, tak ada MASA lah, jiran dengki lah, kucing marah lah, tak dapat tengok TV lah dan macam-macam lagi. Tengoklah siapa yang bagi alasan? Diri kita sendiri kan? So, sesiapa yang terus tertipu dengan permianinan otaknya sendiri alamatnya tak akan berjaya sampai bila-bila.

Peritnya hidup jika kita jadi Mustapha kan? Tapi dia tetap okay. Hidup perlu diteruskan, takda masa nak merungut.

Wassalam.