MLM Coaching Program » · Register

October 2011


Assalamualaikum,

Semoga para pembaca Perfect Excel sentiasa ceria dan bertenaga!

Betapa ramainya MLMian yg asalnya bersemangat waja akhirnya kecundang di pertengahan kan.

Salah satu sebabnya kerana MLMian yang bergerak berseorangan memang akhirnya rasa lemau dan jiwanya kacau. MLM sebenarnya memerlukan kumpulan untuk bertukar-tukar motivasi dan cerita. Perlu sentiasa ambil tahu ttg aktiviti terkini syarikat dan sertai acara-acara yang dianjurkan oleh pihak syarikat atau upline.

Baiklah soalnya mcm mana kalau syarikat induk jauh dan upline juga jauh? Memang jadi masalah kan? Dengan siapa nak mengadu hal-hal bisnes apabila upline jauh. Macam mana nak hadiri majlis-majlis anjuran syarikat dan upline. Rasa bersendirian, sebatang kara dan akhirnya bisnes tak jalan. Akhirnya mengeluh dan menyesal kerana join bisnes. Katanya upline tak tolong dan sebagainya.

Saya ambil pengalaman diri sendiri. Upline saya pun jauh nun di Johor. Jadi, perkara pertama saya lakukan ialah saya yang hubungi upline. Bukan upline yang hubungi saya. Maklumlah beliau ada ramai downline takkanlah semua dia nak call. Lagipun siapa yang nak berjaya kenalah usaha lebih sikit iaitu rajin2 tanya upline sampai dia naik boring kita asyik sms/call.

Kedua, saya wujudkan kumpulan saya sendiri dan buat perjumpaan setiap minggu.  Kalau saya tak bina kumpulan sendiri alamatnya saya pun jadi lemau dan buntu sebab tiada semangat & tempat sharing. So, kepada MLMian, semua kena jadi leader di kawasan anda. Buat perjumpaan selalu supaya kumpulan anda bergerak. Jangan tunggu upline. Maklumlah upline tu jauh kan.

Kita ni berniaga kan kerana mahu mendapatkan Keberkatan Allah. Jadi kita harus usaha lebih. Siapa mau berjaya mesti kena usaha lebih dan lebih. Kita berniaga bukan kerana upline, jadi jangan tunggu upline ‘manja’kan dan pujuk2 kita baru nak bergerak.

Lastly, sekarang kan ada Facebook. Buat kumpulan bisnes anda dalam Facebook. Invite semua ahli kumpulan anda supaya masuk kumpulan Facebook. Barulah rasa tak bersendirian dalam industri MLM ni dan sentiasa dapat update terkini. Betul tak? Tanya upline anda, ada buka tak kumpulan di Facebook sebab anda nak masuk.

Zaman sekarang ni nak berjaya tiada lagi alasan. Yang ada cuma otak manusia yang berusaha sedaya upaya mengada-adakan alasan. wallahu a’lam…

pelancaran buku REVOLUSI MLM

Salam sejahtera.

Saya dan Najib Mohamed amat terharu apabila buku REVOLUSI MLM (Multi level marketing) turut mendapat perhatian dan sokongan dari orang bukan Melayu (walaupun ia ditulis dalam Bahasa Melayu).

Yang lucunya, kebanyakan pembeli bukan Melayu ini mengaku secara terang-terangan kepada saya bahawa mereka bukan 100% faham Bahasa Melayu tetapi mereka membeli puluhan buku Revolusi MLM untuk dibawa pulang. Tahukah anda mengapa?

Kerana MLMian bukan Melayu ini tahu bahawa pasaran orang Melayu di negara ini amat luas. Kebanyakan orang Melayu belum tahu tentang produk dan peluang bisnes MLM yang tersedia. Oleh itu, orang bukan Melayu ini amat bijak mengambil peluang; iaitu orang Melayu yang berpotensi akan dihadiahkan buku Revolusi MLM supaya mereka lebih bersemangat dan bermotivasi dalam bisnes MLM.

Biarlah orang bukan melayu ini tak berapa faham apa yang dituliskan dalam buku Revolusi MLM, tetapi mereka kempen distributor orang Melayu supaya membaca buku tersebut sebagai panduan dan motivasi.

Inilah yang dinamakan ‘power sharing’ – iaitu berkongsi kuasa. Dalam MLM, kita perlu bijak berkongsi kekuatan dengan orang lain supaya kita terus bergerak dan meloncat ke hadapan! Kita ‘pergunakan’ orang lain (dengan cara yang betul @ win-win situation) supaya kita berjaya dalam bisnes MLM.

Sejujurnya saya kagum dengan strategi ini.

Sekian!

P/S: untuk membeli buku Revolusi MLM secara terus dengan penulis,

boleh email nurul_ainjamil@yahoo.com

Atau sms/ call: 012-3566076/ 012-3056076 (Dr Nurul Ain)

Berita baiknya, ada DISKAUN 10% (harga selepas diakuan hanya RM36 saja), FREE DELIVERY dan AUTOGRAF dari kedua-dua penulis buku Revolusi MLM.

Jika mahu membeli di kedai buku, ada di MPH, KINOKUNIYA, POPULAR, BOARDERS seluruh Malaysia dan kedai-kedai buku lain.

Selamat sejahtera,

Buku Revolusi MLM nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada yang telah membelinya dan sokongan anda kepada Industri MLM amat saya kagumi.

Ada beberapa poin yang amat saya tekankan kepada para pembaca buku Revolusi MLM iaitu mereka wajib membaca Bab bertajuk:

“KEGAWATAN EKONOMI dan MLM”

Dalam bab yang simple dan mudah difahami tersebut saya ada menceritakan kesan kegawatan ekonomi kepada industri MLM. Malahan saya turut menyertakan beberapa contoh syarikat MLM yang telah mengharungi 8 kali kegawatan ekonomi seantero dunia semenjak 50 tahun yang lalu. Ya, kebanyakan pembaca buku Revolusi MLM terkejut apabila mendapati kegawatan ekonomi bukan memberi kesan negatif kepada perniagaan MLM. Malahan kegawatan ekonomi semakin melonjakkan nilai jualan syarikat MLM dan meningkatkan pendapatan para MLMian di seluruh dunia!

Bab tersebut amat penting sebagai motivasi kepada MLMian supaya jangan mudah give up dengan cabaran MLM dan percayalah bab tersebut boleh digunakan untuk ‘closing’ bisnes anda semasa bertemu prospek.

Terkejut kan? Tetapi inilah realitinya industry MLM. Dan untuk mengetahui BAGAIMANA dan MENGAPA kegawatan ekonomi meningkatkan pendapatan MLMian, dapatkanlah buku Revolusi MLM di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Boarders dan kedai-kedai buku lain.

Boleh juga membeli Revolusi MLM secara terus dengan saya kerana ada diskaun dan autograph penulis (Dr Nurul Ain dan Najib Mohamed). Berita baiknya, ada DISKAUN dan KOS PENGHANTARAN FREE sahaja.

Boleh email di nurul_ainjamil@yahoo.com

Atau sms/call Dr Nurul Ain 012-3566076/ 012-3056076 untuk pembelian buku Revolusi MLM.

Sekian, moga sama-sama kita mendapat manfaat. Terima kasih