Wed 19 Nov 2008
Assalamualaikum,
Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya ? saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Saya juga begitu walaupun saya adalah pengusaha MLM yang memperoleh 5 angka sebulan. Kenapa?
Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ni dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM ni iaitu Elken. Saya dan Juli diajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami. Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ni beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa tu kami belum ada kenderaan ? baru sangat dalam hal bisnes ni). So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik ‘orang baru ke’? makcik jawab ‘ya dari KL’ (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari ‘KL’). Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘cikgu’ alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kiterang datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa ‘tertipu’. so, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..
Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulak kami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku! Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabila suami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!
Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.
Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab tu lah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu. Kerana itulah apabila saya serius dalam bisnes Lifestyles, saya TIDAK sekali-kali menipu rakan-rakan saya atau sesiapa sahaja berkenaan bisnes yang saya jalankan. Jikalau saya menjemput mereka untuk taklimat dan sebagainya, saya akan nyatakan secara jelas apa bisnes yang saya lakukan, syarikat apa, berasal dari negara mana, apa agenda nya etc supaya mereka bebas membuat pilihan nak datang atau tak (kerana inilah yang diajar oleh Syarikat Lifestyles). Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang ‘malu-malu’ nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?). Umpan mereka ialah MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah / UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah/ JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah/ TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan. Kalau kita call pula, si penjawab akan kata”Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain” tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.
Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat ‘trick’ macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.
p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan tu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.
p/s 2: Juli, I love you. Harap kita semakin kuat menjalankan bisnes yang penuh onak dan duri ni. You are the best!
November 22nd, 2008 at 9:12 pm
Salam sejahtera…
Aku tertarik sekali dengan topik yg dibincangkan iaitu anti MLM.. Tak sangka ada juga yang senasib dengan aku yang jadi mangsa agresif ahli MLM Elken yang tidak bermoral.. Kisah aku hampir sama je, aku seorang guru, pada masa tu aku baru je posting di Sarawak.. Hendak dijadikan cerita, pd suatu hari ada cikgu dari Sabah yg ajak aku keluar hujung minggu konon nak bw aku jalan2.. So aku nak le ronda2 kat bandar baru.. Rupa2nya aku dibw ke bangunan Elken dan dipaksa dengar ceramah yg ntah apa2.. Lepas tu aku dipaksa jadi ahli dengan bayaran RM75.. Selagi aku tak sain borang selagi tu diaorg tak lepaskan kita.. So, aku terpaksa sain.. Yg aku sakit hati, masuk je gaji pertama aku, cikgu dari Sabah ni paksa beli barang pula.. Tensen betul, selagi tak beli selagi tu promosi itu dan ini.. Yg aku hairan kenapa cikgu dari Sabah tu tak bermoral sangat.. Dah la bertitle cikgu, main paksa2 beli barang pula.. Cikgu tu pun ada tunjuk juga cek maybank dia yang mencecah angka beribu kat aku.. Aku rasa semua ahli Elken diajar strategi yang tidak bermoral.. Sebab kisah aku sama je dengan kisah si Najib ni… Nasihat aku berhati-hatilah dengan MLM yang agresif… Jangan sampai korang terkena macam aku…
najib: Memang sedih dan sakit hati jika kita dibuat oleh seseorang sebegitu rupa. Terima kasih, sly atas perkongsian cerita anda. Sesiapa lagi ada cerita sedih mengenai topik ini?
November 24th, 2008 at 10:39 am
artikel y bagus. mmg stuju apa y ditulis..
aku mmg paling benci kalo org nk promote MLM, tp x mo bgtau awl, nama sykt ape, produk ape, jual barang ape.. hampeh!!!
dan aku ske org MLM y mcm penulis nih. bukan jenis paksa n kaki cramah je.. hehe
smoga bjaya wahai si pnulis..
ain: terima kasih!
December 5th, 2008 at 5:21 pm
Salam,
aku tertarik la ngan ko punyer artikel Anti MLM ni. memang bagi aku orang Elken ni kurang etika ketika nak sponsor kita join biz derang. aku pernah kena sekali macam ko jugakla. derang ajak aku pegi minum kat Penang, aku pun ikut la sebab derang cakap nak dengar aku nyer biz. Tup tup, aku di bawa dengar Elken nyer Biz Plan. Tak mahu lah aku camtu. aku lak cakap biz yang aku buat ni terang terang biar derang faham. Dahler jual penapis RO yang akan menghabiskan kalsium dari badan orang(ini doktor yang cakap tau)…
sekian,
Terima kasih. len kali kita sembang lagi
salam.
December 16th, 2008 at 7:11 pm
Semua jenis ahli MLM ni tak beretika, mungkin ada yang baik, tapi setakat ni semua yang berjumpa dengan saya nak promote MLM end up menambahkan kebencian saya pada mereka. muka tak malu, cakap samar-samar, tunjuk cek orang lain dengan tujuan supaya kita tertarik untuk jadi ahli. Itu bukan menipu ke ?
Ini meniaga orang namanya sebab cuba tengok apa yang mereka fokuskan, mencari orang bawahan kan. BUkannya fokus kepada produk tu sendiri.
MLM=Meniaga Larut Malam, mereka ni aktif waktu malam sahaja.
Senang je nak elakkan diaorang ni, cakap je tak minat…habis citer
najib: Betul jugak tuh. Yang penting kita dapat tahu, MLM mane yang hanya menekankan bonus dari segi tajaan. Tiada tajaan maknanya tiada wang. (MLM ini yang patut di elakkan). tetapi ada juga, MLM yang mempunyai produk yang bagus, tetapi mereka gagal dalam mempromosinya kerana terlalu pentingkan tajaan ahli baru sahaja. Teknik tajaan untuk sesetengah syarikat MLM pun berbeza. Tetapi, tak semua Ahli MLM mcm tuh. Nak cakap MLM nih meniaga larut malam, tak jugak. bak kate, semuanya ikut orang tu..
December 25th, 2008 at 4:26 am
Salam, good topik ni..saya ni dah lama terbuku di hati nak komen stail org MLM ni nak tarik kita masuk niaga sama dgn dia org. Kdg2 mbebel sorg2 tkpun suamilah yg terpaksa dgr. Maklumlah yang paksa2 dan buat trick ni bukan org lain kengkawan lama dan sedara mara lama yg tk jupe.Beria2 nk jupe. Ingtkan ikhlas nk jupe, rupenya nk suh msuk MLM. Org mcm ni mmg pntgkan diri..demi k’untgn sanggup menggadai sebuah ikatan psahabatan/psaudaraan.Muka kita ni dia dh nmpk boleh “masuk” duit ke tk..sampai hati.Tak berkat hidup tau.Bnyk dah pniagaan MLM yg saya tpaksa dftr jadi ahli, tp tk aktifpun..namun dgn kuasa ALLAH hati terbuka dgn MLMS yg satu ni sbb ada jual ayam organik lg halal. Emm..tk was2 lg nak bg anak2 mkn.Syukur sngt2.
December 29th, 2008 at 10:20 am
Emm..bnyk cerita sbnrnye mengenai MLM ni.Saya sendiripun pernah berada dlm situasi yg sama. Seorang kwn telah menjemput saya mkn mlm kt luar, sayapun pergilah..diapun kata tak nak cerita ape2 dlm telefon, hanya nak cerita nanti jumpa. Ingatkan nak cerita ape..rupenya pasal MLM yg dia sertai sekarang dan minta saya turut serta..alahai.
December 29th, 2008 at 10:43 am
Itulah ingat2 bila nak kaya..berniaga MLM, jangan sampai orang hilang rasa hormat pada kita akibat suka buat “trick”.
January 8th, 2009 at 12:22 pm
elken? saya ahli elken gak, tapi saya tak pernah approach downline2 saya cam tu :D kita nak orang berbusiness sebab kenal produk kami.. bukan kena tipu.. tah ape2 kan?
actually tujuan makcik tu baik.. dia nak kongsi yang u all pon bole berjaya kat elken..tapi caranya salah.. dah le kata nak dengar u berniaga agik , tapi dia plak suruh kita dengar dia kan??
najib: betul tu syima. Bukan syarikat yang tak ok.. kadang2 pengedar tu, buat cara sendiri. Sebab tu jarang orang berjaya, kerana menggunakan pendekatan yang memaksa dan berbohong. Itu tak baik dari segi sosial dan juga agama. Sesiapa yang tahu cara yang betul, die akan berjaya.. yang penting kene ada USAHA, IMPIAN dan RAJIN BELAJAR.. Belajar untuk pandai SALES & MARKETING dalam apa jua anda lakukan.
January 23rd, 2009 at 4:41 pm
Jgn salahkan MLM tu, MLm tu adalah system perniagaan.Salahkan org yg menjalankan tu. Kadang2 mereka guna cara yang salah. Mereka tidak ikut prosidur yang betul. Dalam kepala mereka nakkan duit dgn cepat saja.
January 23rd, 2009 at 5:04 pm
It is a relationship business; it is about helping people build a business or focusing on your customers for your products and services. Network Marketing really is an unseen business and it is all about sales.
It is businesses in which anyone can invest a small sum of money and through sheer tenacity achieve staggering levels of financial reward and personal freedom. But it requires education based on market tested results
January 23rd, 2009 at 5:07 pm
The Network Marketing / MLM industry has a very shady reputation. Many of the people you will talk to feel it is a scam
March 19th, 2009 at 7:09 pm
Sebenarnya, bukan syarikat tak bagus, tapi pengedar yang tak beretika yang tidak ikut system yang disediakan. Kebanyakkan mereka ini adalah orang yang pernah dan telah mencerburi syarikat MLM lain yang sebetulnya tidak bersistem. Jadi apabila kantoi disana, mereka ini akan cuba membawa konsep yang sama di ELKEN. Mereka ini tidak ikut sistem yang digariskan 100%. Disebabkan lembu2 ini lah yang membawa lumpur, habis terpalit ke semua warga ELKEN yang lain yang sebetulnya mengikut sistem dengan betul. Bukan produk dan syarikat yang tidak betul. Pengedar itu sendiri yang mesti betulkan dulu cara mempromosikan sesuatu produk. Sekian… Dari ANTI MLM, sekarang sudah PRO-MLM.
July 29th, 2009 at 9:53 am
Yaa.. sya sokong KerisHangTuah kata tue.. ELKEN merupakan syarikat yg betul dan mmpunyai produk yg baik.. ada sya terbaca taD ada orang kata RO Elken bikin kalsium hlg dr bdn.. dr doctor mana yg kata tue? doc Malaysia ka Doc org putih? sebab ni lar informasi telah salah dterima.. ELKEN RO BIOPURE ini diiktiraf oleh badan kesihatan plg brkuasa di dunia iaitu WHO(World Health Organisation) n dpt cap EMAS lg tau.. Emas bermaksud plg hebat ka,No 1 gtu kan.. n klo mmg RO ni xbaik utk kesihtan,mungkin kita ckp Singapore tu bodoh lar kan sebab loji air dorang sekarang dah tukar UPGRADE jaD RO tau.. best sapa2 tggl d Sgapore,free2 dpt air RO.. mcm kita ni Mlaysia nak tukar saluran paip ja bun dah mkn nth brp bilion RM.. mana kerajaan nak.. so xsalah bukan kita mlbur stkt Rm2-4k utk mesin RO Elken,tp seisi rumah dpt menikmati air bersih.. bdn prlukan H2O bukan H2O+kalsium atau mcm2 khasiat lg.. kan khasiat kita trma dr maknn bukan dr mnuman.. klo dr mnuman,sah penyakit batu karang menunggu.. coz suma mineral brkumpul kat buah pinggang.. nak tau lbh lnjut,blh check kat website or dgr sharing dr org ELKEN YG BETUL ttg Air RO ni.. sekian.. =)
October 14th, 2009 at 11:59 am
Yup i agreed with u haruka.kalsium kita boleh dapat dari pemakanan yg lain.bukan dari air.same goes to mineral gak.mineral dalam air tu mineral yg tak boleh diserap oleh tubuh.dah sah2 ada arsenik,plumbum drugs etc..nak minum gak ke air mcm tu?? tu aa kalo tak tau jgn main cakap jer..kosongkan diri tu sekejap..dgr informasi2 orng nak bagi..i pun mmber elken..my whole family mmg consume product ni dan jalankan perniagaan ni.sistem elken sistem yg bagus.sbb dia mendidik bukan suruh kita invest beribu2 lepas tu barang2 tu terduduk je x kemana2..setakat jadik ahli 75 hengget..and u can have all the good infos dan boleh dapat duit berlipat kali ganda..lu pikir laa sendiri..huhuhu
March 4th, 2010 at 1:55 am
aslmulaikom…ELKEN adalah syarikat yg di iktiraf oleh DSAM,ISO dan banyk lagi mendapat world award…ko nak cite2 mcm bgs ni apahal…nak kutuk ELKEN jee tau….hallo bro2 n sister,ELKEN bangunan beli bkn sewa laa..HQ dkt ,malaysia lepas tu bukak lagi dekat 6BUAH negara lua…semue bangunan beli bkn sewa2…di ulang semula BKN SEWA!…seblm anda buat satu cmpny MLM sila tgk latar belakang cmpny,ada ISO atau tak,kilang GMP,dan lain2…bkn main sondol je …hallo kwn2 ELKEN punye sale 70JUTA 1BULAN bkn 70ribu/70sen….dan lebih dari 100 org berpendapatan RM1j ke ats!!!KALAU SAKIT JUMPE Dr. DAN KALAU NAK AIR YANG TULENNNNNNNN JUMPE PAKAR AIR DUNIA…kat mana???kat ELKEN LA DA PAKAR AIR DUNIA PERINGKAT KE6 TERTINGGI DI DUNIA,(MIKE ARLONG) ///
March 18th, 2010 at 2:15 pm
Saya bukan anti MLM tetapi saya anti pyramid scheme..dua dua nampak macam sama tapi sebenarnya tidak..
cuma masalah orang kebanyakkan MLM ni, dia promote to recruit members first, which for me it is not right.
FIRST, you have to promote products. and you cannot ‘force’ customers to buy or to join..let he thinks first. but mostly, MLM salespersons usually do some ‘persuasive effort’ for them to sell the products as quickly as possible. That why i do not like to have direct contact with MLM people because most of them do no have skills to sell..
Skills have to come with respects, if the product is well known, that not necessary it is cheap. When the product is well known, such as AMWAY, then people would buy it..but some will not buy it because of price..even for ELKEN, most of us never heard of this product..that why markerting is important..but the MLM people mostly lack of marketing skill..people would not buy even if they know a lot of benefits from the product, simply because they cannot afford to buy..
that why LISTEN to customers is important..do you thinks MLM people like to listen?..most of them like to talk but seldom listen..
March 18th, 2010 at 2:43 pm
I like Najib’s style in the way of his response to ANTI MLM..that show that he like to listen. in this way, he can turn ANTI MLM into PRO MLM..
But still, i do not buy directly products because of several reasons. One of big issues is to make a CHOICE. when you go to big groceries, you usually have to chooce and compare price..MLM seldom give you a choice to select..they only present their product to you..you have only two ways..to buy or not to buy..whereas, when we go to shop, you can select and decide to buy or not buy..
March 18th, 2010 at 6:14 pm
Thanks AZS :) really appreciate it. Thats why, the critical thing before you join any MLM company is the product. How unique the product is. Is there any similar product in the market?
Actually I’m doing MLM because of the training, mentoring and to increase my ability to sell. The income comes as a bonus :)
April 24th, 2010 at 5:19 am
Nice finding here… wasnt’ aware of that a blog on this topic existed, thanks admin.
June 2nd, 2010 at 1:58 am
salam..nice blog..pe pun sy setuju dgn apa yg anda tulis.kebanyakan individu cam ni la yg membuatkan orang membenci industri mlm..
June 16th, 2010 at 8:13 pm
thanks untuk artikel yg baik.
cuma mcamana nak kikis rejection org bila kita jujur dan serius nak kongsi pluang bisnes MLM yg saya telah pun buktikan kejayaannyaorg taknak dengar lansung..tlg komen.tq
October 15th, 2011 at 4:51 pm
banyak company MLM yang tak menepati syariah…. penasihat syariah pun takder…
November 14th, 2011 at 5:56 pm
yeah.this is seriously good topic. ramai sharikat MLM tak mengaku mereka MLM.yang paling membengangkan adalah susah sangat nak bagitahu apa actually yang membuatkan mereka boleh kaya. kata nak kongsi.nak tolong.tapi semuanya rahsia.kena join dulu.
dahlah menipu.mulamula kata nak pergi bukak puasa.ingatkan ikhlas nak pergi bukak puasa.sekali terus je bawa pergi bukit bintang.lepastu balik pukul 4 pagi. semuanya tentang attitude dan tertipu.haish.lepastu mudah sangat bongkak…. mana orang tak panas hati.