Thu 24 Jul 2008
Saya ada menonton Majalah 3 bertarikh 5 Julai 2008 berkenaan segmen penanaman anggur di Perlis hasil bantuan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Teknologi yang sangat mmeberangsangkan kerana anggur berjaya ditanam dalam iklim di negara kita dan yang menerima hasilnya adalah rakyat tempatan negeri Perlis. Salah seorangnya ialah Che Yah Hanafi, 44 tahun, bapa kepada 2 orang anak sudah 4 tahun berkecimpung dalam pembangunan nurseri buah anggur di sana. Beliau memang meminati bidang penanaman anggur dan sukakan pekerjaan yang mencabar. Lantaran, beliau berusaha menjalankan projek tersebut bermula 4 tahun lalu hinggalah nurseri beliau berjaya menghasilkan anggur yang enak dan segar. Tambahan lagi beliau turut menjual anak-anak benih buah anggur yang mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia (harga 1 anak pokok sahaja mencecah RM25. Wow!). Dan jangan anda tak percaya beliau adalah seorang yang cacat kakinya. Kagumnya melihat beliau menjalankan pekerjaan hariannnya walaupun dalam keadaan kurang sempurna fizikal dan menerima hasil pendapatan daripada buah anggur.
Apabila melihat kecekalan orang Melayu di hujung utara Malaysia sana sedang mengerjakan pekerjaan yang bermanfaat, dalam masa yang sama bagaimana pula dengan kekalutan orang Melayu di sekitar ibu kota Malaysia. Dengan protes kenaikan harga minyak, protes terhadap kerajaan dan bermacam-macam lagi hingga tercetusnya adegan tumbuk menumbuk, saling mencaci semuanya semacam orang Melayu ini tiada lagi maruah dan macam tak ada kerja lain nak dibuat. Asyik-asyik menyalahkan pihak-pihak tertentu. Kenapa tak kita perbaiki diri kita dan tingkatkan taraf hidup kita dari pelbagai bidang termasuklah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kekuatan mental untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tak menentu ni. Sayangnya masa yang dihabiskan untuk protes memprotes, menyertai perhimpunan untuk menentang pihak-pihak tertentu, tenaga yang digunakan untuk melaungkan slogan bahawa pihak tertentu kejam, jahat dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik masa itu digunakan untuk bersama keluarga, mencari nafkah keluarga dan beribadat? Saya yakin hasil perlakuan mereka BELUM PERNAH BERJAYA memberi apa-apa kebaikan pun kepada para penduduk Malaysia… Cuba renungkan, berita terbaru mengenai tanah-tanah milik orang Iraq sedang cuba dikuasai secara senyap-senyap oleh pihak Israel melalui penyamaran nama syarikat Israel di Iraq sangat menakutkan. Dan tanah-tanah pilihan adalah yang mempunyai sumber minyak sahaja. Ya, sumber minyak sedang dimonopoli oleh pihak Israel yang asalnya tiada kaitan langsung dengan Negara Islam Iraq itu! Negara Islam sebesar dan sekuat Iraq boleh jatuh ke tangan Amerika dan sekutunya hanya kerana penduduknya yang kononnya mahukan pembaharuan kerajaan suatu ketika dahulu…
Akhir sekali, tahniah para petani anggur Perlis, tabik pada semua petani di Malaysia!
Note: sedang menunggu buku yang saya baru order bertajuk HOW TO MAKE MONEY OUT OF THIN AIR ::: mesti menarik !
September 28th, 2008 at 10:25 am
zaman sekarang ni tah lah.kerja susah,nak makan pun susah.bila dengar kerja kosong p minta tapi x dapat.bukan sebab xdak kelulusan tp jawatan tu dah pun orang lain masuk sebab pakai orang dalam.saya tengok2 sekarang ni,memang zaman rasuah ja banyak.pernah ada kejadian yg terjadi pada pak cik saya,polis mintak duit kopi.hai,!!! xkan duit gaji x cukup-2 kot.elaun semua kerajaan bagi.yang susah makin susah.yang senang bertambah senanglah.
najib: Memang itulah yang berlaku sekarang. Kalau dari atas macam itu, apatah lagi anak2 buah. Sama-sama la fikir sendiri.
October 28th, 2008 at 1:56 pm
Assalamualaikum,
Saya bertugas di Jabatan Penjara Malaysia yang terletak di Melaka. Nama pejabat saya ialah PENJARA AGRO, DUSUN DATO’ MURAD AYER KEROH, 75450 MELAKA.
Kami menjalankan proses pemulihan terhadap banduan melalui konsep pertanian. Tempat telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 4 Mac 2008.
Kami tertarik untuk menanam anggur di tempat kami dan sedang merancang untuk mengadakan lawatan dan mendapat ilmu bagaimana tanaman ini dapat dimenafaatkan oleh kakitangan khususnya orang banduan yang baki hukuman mereka kurang dari 2 tahun.
Surat memohon akan menyusul dalam masa yang terdekat.
Mohd Fauzi bin Md. Bazid
Urusetia Penjara AGRO
0176051689
najib: memang bagus program ini. Jadi sesiapa yang berkenaan, boleh lah berurusan dengan en. fauzi kita ini. Terima kasih, en. fauzi kerana berkongsi info.
January 19th, 2009 at 10:19 am
Assalamualaikum.
saya guru kaunseling di Sek. Men. Teknik Nibong Tebal berminat ingin melawat penanaman anggur di Perlis, dengan siapa saya perlu berurusan dan bila masa yang sesuai untuk kami melawat disana?
harap maklum.
terima kasih.
April 11th, 2009 at 11:52 pm
Sesiapa yang berminat dengan anggur Perlis, saya boleh tolong bawa jalan2 ke ladang anggur tu, insyaAllah, kalau nak tengok gambar anggur Perlis, cuba masuk blog plantingpineapple.blogspot.com
masa yang sesuai untuk lawatan ialah pada April-Jun, selain dari bulan tsbt, boleh tengok pokok je la, tapi kalau Feb Mac, boleh ambil gambar dengan buah anggur yang baru putik je….
April 12th, 2009 at 9:53 pm
kalau datang ke Perlis, boleh hubungi saya untuk melawat ke tempat2 menarik disana, bulan April-Mei, buah anggur mula mengeluarkan hasil, buah mangga ‘harum manis pula pada April sehingga Jun. boleh ke laman HTTP://WWW.PLANTINGPINEAPPLE.BLOGSPOT.COM untuk melihat gambar anggur Perlis
April 20th, 2009 at 3:18 pm
orang melayu kena bersatu, baru kita boleh berjaya.melayu boleh.sapa kata tak boleh.
August 28th, 2009 at 5:45 pm
Cantik tu pokok anggur kalu di tanam di halaman rumah dan berbuah. Kenapa rakyat malaysia x mahu buat gitu. Dari tanam bunga yang tak berhasil lebih baik tanam anggur dan buahan. Kat dalam pasu pun hidup asal kan rajin di siram. Saya ada mengusahakan benih2 pokok anggur jenis white malaga, IAC, merah madu. Boleh hidup dan berbuah manis di malaysia kalu mengikut teknik2 penanaman saya. Hubungi 017-2396413 harga 1 polibag RM30