Sekarang ini, saya membuat latihan praktikal kali kedua di bumi Germany ini. Kali ini saya telah bekerja di Badische Stahl Engineering GmbH (Consultant and Technical Services for Steel Mills) selama 6 bulan. Secara umumnya saya amat menyukai tempat kerja ini, suasana kerja yang ‘friendly’ dan tugasan-tugasan yang mencabar. Banyak pengalaman yang saya perolehi, lebih-lebih lagi dalam bidang reka bentuk mesin. ( Pelik plak didengarnya :P ) Sebab banyak tugasan saya cenderung kepada mereka bentuk design baru untuk kilang-kilang besi di seluruh dunia. Tetapi saya berkerja di dalam kumpulan yang menguruskan satu projek kilang di Romania. Tempat untuk saya membuat thesis akhir saya pun di sini. Jadi saya mempunyai masa yang agak lama untuk menabur budi di BSE. Cukup lah pasal kerja saya. Sekarang ini saya cuma hendak berkongsi kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan di dalam perniagaan berteknologi tinggi.

Sememangnya setiap hari, saya cuba untuk menimba ilmu pengetahuan di dalam bidang yang saya ceburi, lebih-lebih lagi bidang kejuteraan mekanikal. Dan sejak saya berkerja di sini, saya mulai suka mengenai teknologi kilang besi. Heavy Mechanical Device la katakan. huhu.. Pernah satu hari saya berbincang dengan Manager of Asia Representative BSE tentang peluang perniagaan untuk alatan atau khidmat runding di Malaysia. Memang dia mencari seorang atau sekumpulan yang berkebolehan untuk menjadi ‘runner’ untuk BSE di Malaysia, menguruskan segala hal yang berkaitan. Memang sedap bila didengar, tetapi kerja pun kena keras. Bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga kemahiran dalam bidang ini amatlah diperlukan. Kepada sesiapa yang tahu untuk memulakan perniagaan dealer atau membawa teknologi asing ke Malaysia, saya harap kita boleh berkongsi bersama ;)