Fri 23 May 2008
Ermm… Macam-macam yang berlaku di dunia sekarang. Macam-macam boleh jadi produk untuk perniagaan. Minggu lepas, di akhbar online Malaysia, saya terbaca datuk sedang mencari cucunya yang dijual oleh emak kandungnya sendiri. Tetapi di German lain pula jadinya. Produk yang sama, jual anak, tetapi konsep yang berbeza. Maklumlah negara lebih maju, jadi cara jual belinya pun maju. Seorang ibu telah menjual anaknya di ebay.de dengan harga lelongan bermula dari EUR 1, iaitu bersamaan dengan RM 5.07 . Dalam lelongan tersebut, dia melampirkan sekali gambar anaknya di dalam kerusi roda dan menulis ‘Saya buka lelongan untuk bayi baru saya. Bayi lelaki yang tingginya 70 cm. Anda boleh membawanya dengan lampin atau kereta sorong bayi’.
Pihak ebay.de telah menghentikan lelongan dan perkhidmatan akaun emak bayi tersebut dan sedang melakukan siasatan dengan polis mengenai perkara ini. Yang peliknya, emak bayi ini merupakan seorang penjual tetap di ebay dan telah melakukan jual beli dengan sempurna dan mendapat 174 komen yang positif daripada pembeli-pembelinya.
Nampaknya, sudah tiada produk lain yang boleh lagi jual. Kenapa semua ini terjadi? Tidak kisahlah jika ianya terjadi di negara yang tidak mengamalkan agama dengan sempurna. Tetapi ianya terjadi di negara kita dan orang melayu islam. Adakah dengan menjual anak dapat melepaskan kesempitan wang yang ada? Adakah ianya untuk suka-suka?