Thu 22 May 2008
Semalam (21 Mei), hara minyak global melonjak melepasi paras AS$ 130 setong. Apabila saya menonton berita di ZDF (saluran televisyen german) pada pagi ini, harga minyak naik lagi sehinggan AS$ 135. Dan ia tidak menjadi sesuatu yang pelik dan mustahil jika dalam tempoh yang berdekatan, ia akan menjadi AS$ 150 setong. Antara sebab kenaikan harga minyak global:
- Kekurangan bekalan di Amerika Syarikat. Bekalan minyak tidak selari dengan keperluan.
- Kelemahan mata wang dolar Amerika ( AS$ 1 = RM 3.21 pada 21 Mei)
- Inflasi dunia
Kenapa Amerika? Sebab Amerika merupakan pengguna bekalan minyak yang terbesar di dunia.
Sekadar memberi ulasan terhadap keadaan semasa. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Saya ada menulisnya di dalam artikel Jika harga minyak mencecah AS$ 200
Artikel-artikel yang berkaitan dengan Blog Seharian: