Sat 22 Nov 2008
Tengahari tadi saya dengar segmen bersama Pak Nil di ERA. Topiknya agak hot iaitu Pak Nil minta mana-mana pendengar yang nak menuntut hutang supaya hubungi Pak Nil dan Pak Nil akan call orang yang berhutang supaya pulangkan semula wang yang dipinjam.Fuh, cayalah Pak Nil! At least dapat jugak membantu orang-orang yang dah bosan nak tuntut hutangnya terus kepada si orang yang berhutang. Dah lah time agak gawat macam sekarang. Everybody needs money masa macam ni. Kebanyakan yang call tu memang dah desperate sangat perlukan wang. Kesian betul. Ye lah, jangan pandang simple je hal-hal hutang ni. Kadang-kadang orang yang berhutang ni lupa tentang hutang dia, kerana itulah kita sebagai pemberi hutang kena ingatkan semula tentang hutang lapuk tu. Bukan kejam. Tetapi itu adalah peringatan demi kebaikan bersama.
Saya ada membaca buku Dr. HM Tuah, ada dinyatakan di situ bahawa pada zaman Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan supaya membuat surat perjanjian sekiranya ada urusan hutang piutang ni. Maknanya kena ada hitam putih dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tujuannya supaya kedua-dua belah pihak tidak lupa tentang hutang tersebut termasuklah amaunnya sekali. Katakanlah satu hari nanti orang yang berhutang ni mati, at least ahli keluarga si mati ni tahu yang si mati ni ada hutang dan bolehlah cuba dijelaskan jikalau mampu demi kebaikan si mati. Lihatlah betapa Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W amat menitik beratkan hal hutang piutang ni.
Dalam rancangan Pak Nil tu, ada juga yang sengaja BUAT-BUAT LUPA pada hutang mereka. Ini adalah kategori yang saya rasa sangat tak elok dan menyusahkan. Saya tidak maksudkan kepada orang yang sememangnya miskin dan susah tetapi ini adalah kategori ORANG YANG MAMPU! Orang macam ni memang muka tebal. Mereka selalunya akan meminjam wang berulang-ulang kali dan buat-buat tak tahu dengan hutangnya walaupun dia sebenarnya boleh membayar hutang tersebut. Saya katakan begini adalah kerana orang dalam kategori ini adalah orang yang boros! Ya, boros hingga menyusahkan orang lain seperti kawan-kawan dan ahli keluarganya sendiri kerana suka sangat berhutang. Bak kata pepatah Biar Papa Asal Bergaya kot. Jutawan Malaysia, Azizi Ali ada menyatakan dalam artikelnya bahawa orang seperti ini tidak akan menjadi kaya walau sebesar manapun pendapatannya, manakala, orang yang berpendapatan kecil boleh menjadi kaya raya dengan berjimat cermat dan bijak melaburkan wangnya (wah, ada harapan untuk kita semua ni! Insyaallah).
Dahulu, masa zaman agak susah masa belajar, saya lebih rela tak makan daripada berhutang dengan orang lain sebab MALU nak berhutang. Elakkanlah hutang supaya kehidupan anda lebih tenang, bahagia dan berkat (kalau ada hutang mesti kita rasa ada benda yang tak settle atau tak best dalam hidup kita kan? Saya rasa macam tu! Tak tahulah anda pulak camne). Lagi satu, takut-takut kalau orang yang memberi hutang tu rasa geram je dengan kita sebab dah berabad tak bayar hutang padahal dia nampak kita beli kereta baharu, baju lip lap lip lap, gelang emas sampai siku etc. Ha, kan dah jadi tak berkat hidup tu kerana kita menjadi kebencian manusia lain.
So, anda di kategori yang mana? Jadi sebelum tidur malam ni, cuba ingat-ingat semula ada tak kita berhutang dengan si Mat, Vasu, Karim, Ah Chong atau Markonah? (nama contoh la ni). Jika anda ada berhutang, cubalah bayar sedikit demi sedikit (sekaligus lagi cantek kalau mampu) sementara kita masih hidup di dunia yang fana ini, daripada kena membayarnya di Padang Mahsyar kelak! Nauzubillah.
Wassalam.
P/s: Elakkanlah berhutang dan meminta-minta, sebaliknya bekerjalah lebih keras untuk survive ok! Anda akan lebih appreciate wang diperolehi itu disebabkan keberkatannya. Insyaallah.