Mon 25 Aug 2008

JOM JALAN! merupakan satu segment atau kategori yang baru di laman web PerfectExcel.com ini. Ianya adalah daripada catatan kami sewaktu kami pergi bercuti. Apa yang cuba kami bawakan ialah, tempat-tempat percutian yang pernah kami lawati tidak kira, dalam negara mahupun luar, kemudahan, macam mana hendak pergi ke sana, tempat yang perlu dilawati, perkara-perkara yang perlu diambil kira dan paling penting, kos perjalanan. Kemungkinan kami akan sertakan kos untuk setiap tempat yang kami lawati agar dapat menjadi panduan kepada semua pembaca yang mempunyai niat untuk berbulan madu, ataupun bercuti bersama keluarga tersayang.
Bukan itu sahaja, kami juga akan memberikan pandangan mengenai penginapan dan layanan yang diberikan sewaktu kami bercuti ditempat-tempat tersebut. Jika tempat itu baik, boleh saya mengesyorkan dengan anda, tetapi jika ianya tidak bagus, kami akan memberitahu sebagai catatan kami.
Boleh saya katakan, saya dan Ain mempunyai hobi yang sama, iaitu melancong. Banyak juga tempat-tempat yang sudah kami lawati, cuma kesuntukan masa sahaja yang menghalang kami dari membuat catatan untuk pembaca blog ini. Jika anda mempunyai masa yang terluang dan keadaan kewangan yang mengizinkan, saya syorkan supaya anda pergi melancong tidak kira ke mana sahaja. Bak kata orang ”jauh perjalanan, luas pengalaman”. Dengan erti kata lain, anda dapat menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri.
Jika anda juga mempunyai catatan sewaktu anda melancong, tidak kira di mana sahaja, malah balik ke kampung sekalipun, emailkan mengenai catatan anda kepada kami melalui admin [at] perfectexcel.com. Catatan yang terpilih akan mendapat hadiah misteri daripada kami.
Salam Ceria :)