Hari ini seperti biasa, melangkah keluar rumah pada jam 7.00 pagi untuk menaiki keretapi OSB (Ortenau S-Bahn) untuk pergi ke tempat kerja. Cuaca kelihatan tidak begitu baik, hujan renyai-renyai sejak dari malam semalam tanpa henti. Sambil mendengar radio regenbogen (radio favourite waktu pagi dengan dj Mimi dan Nik) ala-ala Fara dan Faizal di Hotfm , kawasan di sempadan German-Switzerland di landa banjir. Maklumlah hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari. Selama beberapa hari inilah, saya kebasahan apabila sampai di tempat kerja. Satu lagi berita tentang GDL ( Gewerkschaft Deutscher Lokführer), perkerjanya buat mogok pada hari ini.  Jadi, tiadalah keretapi yang membawa kontena atau barang lalu hari ini. Patut la rasa lain macam, kalau tak setiap kali berjalan pergi ke stesen keretapi mesti kedengaran bunyi bising. Tapi hari ini senyap sahaja, hanya deraian air hujan.

Sedang asyik berjalan, teringat pula dekat Die Bahn (syarikat keretapi german). Jikalau GDL tak jalan, maknanya besar kemungkinan keretapi penumpang Die Bahn pun tak jalan. Huh! macam mana nak pergi kerja. Setibanya kat stesen, Alhamdulillah, tersadai indah keretapi yang selalu aku naik di platform yang sama dan papan tanda digital yang tidak menunjukkan apa-apa notis. Jadi landasan antara Offenburg – Kehl tidak ada masalah atau tergendala akibat keretapi barang yang tersadai.  Cuma yang mengalami masalah adalah keretapi-keretapi dari Hambung dan Berlin.

Bulan lepas pekerja Die Bahn yang buat mogok. Sekarang sudah senyap, sebab dah bagi kenaikkan gaji. Sekarang tiba giliran GDL pula. Selepas itu siapa pula. Begitulah yang terjadi di negera maju. Mereka buat mogok bukannya lama. Cuma 2 jam sahaja dari pukul 8 hingga 10 pagi. Dan syarikat mereka menanggung berbillion-billion euro kerugian. Begitu dasyat.. Sekadar hendak berkongsi ..