Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Azam tahun 2009 anda masih membara? Dah mula laksanakannya atau dah berjaya dan selesai dilaksanakan?

Bagi saya dan Najib, semasa sekitar akhir 2008, banyak perkara yang kami perlu selesaikan. Macam-macam perlu diperbaiki dan disudahkan. Tak lekang juga, beberapa masalah yang harus diselesaikan. Masuk 2009, banyak perancangan telah kami lakukan untuk memajukan perniagaan. Jadi, pelbagai kajian dan bacaan perlu kami lakukan. Maklumlah kami bukan berasal dari lulusan bisnes yang hebat-hebat macam anda semua, jadi semua ilmu pengetahuan kami perolehi daripada pengalaman, pembacaan, statistik dan kajian sahaja.

my_ng2009_ainnajib.jpg

Dari kiri: David DeBora (CEO Lifestyles International), Ain, Najib & Penny Lum (General Manager Lifestyles Malaysia)

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya menerima reward daripada Syarikat Lifestyles sebagai Full Term Qualifier in a Leadership Development Fund Achiever. Saya amat bersyukur dengan anugerah ini kerana Allah mengizinkan usaha dan penat lelah saya selama 2 tahun ini berbalas dengan kejayaan. Segalanya saya lalui bukan dengan mudah. Saya adalah penerima reward paling muda dan satu-satunya wanita dalam kumpulan pemenang ini. Perasaan apabila menerima reward ini semacam perasaan semasa Hari Konvokesyen. Terharu, gembira dan puas. Sama juga apabila melihat rakan-rakan perniagaan sebangsa yang lain turut sama naik pentas. Gembira melihat mereka gembira dan ceria. Kejayaan ini pastinya berkat redha Allah, hasil usaha sama bersama Mohd. Najib yang bijak dan ceria serta doa ibu ayah yang mustajab.

Sempena dengan zaman kegawatan ini, memang banyak masalah sebenarnya berlaku di arena bisnes. Tetapi jangan lupa bahawa masalah selalunya menjadi peluang kepada kita. Langkah pertama untuk menjadi usahawan berjaya adalah menerima hakikat bahawa kadang-kadang kita ada masalah dan setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti ada masalah, tetapi setiap masalah pasti ada penyelesaian. Seseorang yang saya hormati pernah berkata (kata-kata ni menjadi ingatan saya setiap masa): Sesiapa boleh survive semasa recession (dalam bisnes), ia akan hidup senang-lenang apabila tamat recession. Ya, kata-kata ini keluar daripada seorang pensyarah kimia. Orang-orang seperti inilah yang banyak memberi input dan motivasi kepada saya walaupun mereka bukan dari latar belakang bisnes.

Walau apapun, ingatlah bahawa kejayaan bukan destinasi tetapi ia suatu perjalanan dan perjuangan yang banyak cabaran. Najib sentiasa ingatkan anggaplah orang-orang yang cakap bukan-bukan di sekeliling kita macam KUMAN. Mereka ini boleh ditepis dan diabaikan. Jadikan kata-kata mereka sebagai kayu api untuk membakar semangat. Ya, mereka memang berjaya membakar semangat saya! Ironinya, setakat ini, saya belum lagi melihat insan-insan tersebut ada peningkatan dalam kerjaya mereka tetapi mereka menyebabkan saya berjaya! Terima kasih banyak-banyak, saya ikhlas.

p/s: Salah satu tips dari Dr. Fadzilah Kamsah, cari circle of friends yang berhikmah dan banyak ilmu. Kita pasti boleh berjaya dalam bisnes.