Beberapa hari lepas saya ke Mid Valley menemankan adik membeli kemeja untuk pembentangan di Putrajaya minggu hadapan. Masa sale ni la boleh dapat harga rendah kan. Kalau ikutkan saya agak malas nak ke Mid Valley (besar sangat), saya lebih sukakan Alamanda yang kecil dan lengang.

Pusing punya pusing saya terjumpa purse dan wallet yang memang berkenan di hati. Saya memang dah lama nak beli purse sebab purse yang saya gunakan sekarang dah dipakai semenjak form 3. Dah 11 tahun saya pakai! Saya ingat lagi saya beli purse ni di Batu Pahat masa balik dari asrama dengan harga RM90. Bagi saya dah mahal sangat masa tu tau. Bagi saya purse kulit genuine ni masih cantik, tahan lama dan sesuai dipakai. Tapi dek kerana dah lama sangat pakai apa salahnya tukar…? Adik saya selalu komplen kata purse saya nih perlu ditukar.

Berbalik ke kisah di Mid Valley, jam tu juga saya sms suami saya sebab nak tanya dia nak tak wallet yang saya jumpa tu. Konon-kononnya, kalau dia nak juga, kira sepasang la dengan purse saya. he-he.

Suami saya balas sms dan bagitahu dia tak nak sebab duit tak cukup banyak nak isi dalam wallet banyak-banyak (melawak dalam serius la ni).. Tergelak saya baca sms dia ni. Eh, bukan gelak sahaja, saya juga berasa insaf dan tak jadi beli purse untuk diri saya sendiri. Suami saya suruh saya beli je untuk diri sendiri sebab memang sejak saya kat Germany haritu, saya minta dia belikan purse, tapi tak jadi beli sebab tak ada yang berkenan.

Kesimpulannya saya rasa tawar hati dah nak beli purse kat Mid Valley tu. Lagipun kesian pulak kat si suami yang bekerja susah payah di Germany ni tak beli apa-apa yang baharu. Takkan saya pulak nak habiskan wang belikan sesuatu yang tak urgent kat sini.. Betullah kata orang, hanya orang yang tahu susah payah mencari wang sahaja akan menghargai wang.

Begitulah kisahnya, selamatlah RM300 daripada melayang beli purse. Adik saya pelik kenapa saya tak jadi beli purse yang beriya asalnya nak beli tadi. Saya jawab, tak jadi beli sebab purse lama ni ada ‘ong’. Sayang pulak nak tukar.. (in fact, memang saya sayangkan purse lama ini sebab beli guna duit simpanan masa form 3 tu).

Moralnya, saya bersyukur kerana suami banyak mengajar tentang pengurusan wang dan beringat untuk masa hadapan. Saya banyak belajar daripada dia semenjak zaman berkawan lagi dengan dia sampailah dah berkahwin ni. Bagi saya tak menjadi masalah kerana kami sama-sama mengerti perit jerih mencari wang. Siapa anda adalah cerminan dari pasangan anda!

Merdekakanlah diri anda daripada belenggu hutang supaya hidup berkat dan bahagia dunia dan akhirat- Dr. HM Tuah