Mon 13 Oct 2008
Hujung minggu lepas saya dan Najib ada menghadiri training dan kursus motivasi syarikat tempat kami bernaung. Alhamdulillah semuanya bagus malahan kami kalau boleh kami nak terima lagi banyak input tetapi apakan daya kurusus ni hanya 3 hari 2 malam..bagus betul menghadiri kursus seperti ni sebab ia boleh charge semula motivasi dalam diri kita dalam setiap aspek..Thanx to Rohn Rajen and Hanzo Ng..
Semasa saya dan najib menunggu untuk acara red carpet, saya sempat menanya seorang lelaki ni yang solo untuk acara red carpet (sebab untuk yang sudah berkahwin akan berpasangan untuk acara ni). Katanya, isterinya tak dapat ikut kerana mereka baru dapat baby girl setelah 4 tahun menunggu.. Katanya lagi, sebelum ini isterinya ada masalah ketakstabilan hormon menyebabkan pada masa itu sukar untuk mengandung tetapi setelah mereka menemui jus 23 herbs dan mencubanya dengan penuh kesabaran, si isteri akhirnya mengandung dan kini mereka memang sangat bahagia dengan kelahiran baby girl.. lelaki ini juga tanpa ditanya bercerita kepada kami bahawa kehidupan mereka berdua sebelum ini sangat sukar kerana kejatuhan perniagaan yang mereka jalankan (perniagaan perubatan alternatif) hingga bankrap.keadaan ini berlaku sekitar tahun 1997 hingga 2006 hinggalah mereka bertemu dengan jus 23 herbs dan mengambil langkah bijak dengan menyertai perniagaan syarikat pengeluar jus 23 herbs ini. Ya hasilnya sangat memberangsangkan, bukan sahaja mereka beroleh pendapatan yang lumayan (wajib 5 angka sebulan kerana mereka menumpukan menjalankan bisnes 23 herbs sepenuh masa sampaikan si isteri melahirkan anak semasa mereka buat talk jus 23 herbs di Penang), malahan cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama juga akhirnya muncul menceriakan hidup mereka.
Saya berpendapat jus 23 herbs ini memang memberikan 1001 hikmah dalam hidup mereka. Lelaki ini juga dengan gembiranya menceritakan bahawa baby yang dilahirkan sangat cantik kulitnya dan perkembangan otaknya sangat cepat (baby tu cerdik) walaupun baru berusia 3 bulan (ya, jus 23 herbs ini sangat bagus untuk semua orang dan ibu mengandung kerana ia tiada bahan pengawet. Untuk pengetahuan anda, pil-pil yang anda diketahui bagus (apa-apa jenis brand pun) sebenarnya ada bahan percantuman sebanyak 40% dan tak hadam pula tu. so, bahan ini ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada manusia apabila banyak sangat terkumpul. So, saya harap anda elakkan lah ambil supplemen dalam bentuk pil ya, memang bahaya sangat. (saya buat research dalam bidang kimia, so saya boleh pastikan hal ini benar).
Berbalik ke kisah lelaki tadi, sebenarnya saya dan najib dah dengar banyak kisah-kisah tragis di kalangan rakan bisnes kami. Ya, dahulunya tragis, menderita, lapar, rumah dilelong dan bankrap pula tu, tetapi SEMUA mereka ni sekarang sudah kaya raya dan ada beberapa orang tu dah jadi jutawan sampai masuk dalam newspaper. Itulah hikmahnya apabila kita ditimpa musibah dan kesusahan, secara tidak sedar ada gergasi dalam diri kita yang menjadikan kita kuat hingga dapat menghadapi semua rintangan dan otak kita jadi kreatif untuk survive! Berbanding dengan orang yang berada dalam zon selesa, mereka rasa ok je dalam zon tersebut kerana tidak pernah dicabar dengan musibah, kepokaian dan kelaparan menyebabkan hidup mereka slow and steady dan mereka dalam kategori ini selalunya pencapaian dalam hidupnya biasa-biasa sahaja, tidak sehebat mereka yang pernah menghadapi kesusahan (cabaran). Lagi satu, orang yang pernah susah ini pandai manage wang dengan betul menyebabkan mereka akhirnya menjadi jutawan. Berbanding orang yang semenjak kecil dilimpahi kemewahan, mereka akan sukar appreciate nilai wang dan boros, macam Azizi Ali kata, orang ini akan menjadi ex-millionaire.
Hal-hal yang menyedihkan ini saya dan najib juga pernah menghadapainya. Cuma setelah menjalankan bisnes jus 23 herbs, life kami 100% berubah. Ya kami happy TETAPI tidak sekali-kali boros kerana kami appreciate susah payah mencari wang. Sebab itulah yang paling berharga dalam hidup kita semua ialah PENGALAMAN dan ILMU PENGETAHUAN dan ini semua tidak boleh dibeli dengan wang.
p/s: next week kami nak jumpa Azizi Ali pulak. Seronoknya..