Anda dah beli ‘kuih tunjuk’? ala, kuih muih yang dibeli di kedai untuk hidangan kuih raya lah. Maklumlah ramai yang busy sampai tak sempat buat kuih kan. saya ada satu kisah yang mengharukan plus sedikit lucu..berkaitan kuih tunjuk ni lah.

Saya ada menempah kuih tart daripada salah seorang staf di tempat saya. Kata staf ni inti nenas buat sendiri dan kuih dibuat hanya 2-3 hari sebelum kuih tu kita ambil. Kuih fresh la gitu (promosi bagus punya ? betul atau tak tuhan sahaja yang tahu). Siap bagi kuih contoh untuk dirasa sebelum puasa. Untuk menjaga hati, saya tempah 2 balang kuih tart. Setiap balang ada 50 biji tart bersamaan RM22, so jumlah yang saya bayar ialah RM44. Harga 50 biji tart dengan RM22 tu memang standard la, sama harga kalau beli biskut berjenama macam Noraini’s atau Shazz Delight dsb. Tetapi bila saya terima kuih tart tersebut alangkah terkejutnya saya kerana tak percaya betapa halusnya kuih tart yang dibuat sampaikan 1 BALANG KECIL tu tak penuh langsung walaupun ada 50 biji tart (lihat gambar). Jangan tak percaya harga kuih dalam balang kecil yang belum dibuka tu harganya RM22 (entahlah cukup ke tak 50 biji sebab saya tak kuasa nak kira). Dahlah tak ada alas untuk setiap tingkat kuih menyebabkan kuih cepat hancur dan tak tersusun sebab berlaga. Ha, jangan tak percaya ada orang buat begini walaupun bisnes dengan kawan-kawan sendiri. Kalau andalah, sampai hati tak nak jual kuih tart dalam balang tu dengan RM22? Aduh jatuh reputasi tu. malu malu. Begitulah betapa kalutnya orang yang tak agak-agak nak cepat kaya ni. Saya teringat kata staf ni – tahun lepas pun dia buat dan jual kuih raya dan memang untung banyak sampai boleh shopping sakan anak beranak untuk hari raya. mungkin tahun ni dia nak untung lebih lagi kot so dia buat trick macam ni. so, boleh shopping lebih sakan lagi walaupun membuatkan orang lain tak redha dengan duit yang dihulur. Rasa kuih ni pun memang biasa2 sahaja, jauh berbeza dengan rasa kuih tart terkenal yang lain. Bukan nak berkira sangat terutamanya dengan orang yang kita kenal dan saya tak komplen pun depan staf ni cuma moralnya buat bisnes jangan sampai orang yang membayar wang tu tak redha. bahaya dunia dan akhirat, minta dijauhkan, nauzubillah.

tart.JPG

Harga satu balang kuih tart ini ialah RM22. believe it or not?

p/s: confirm tahun depan saya tak beli kuih raya lagi dari staf ni